SIKAP BOROS DAN KESAN-KESANNYA

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "SIKAP BOROS DAN KESAN-KESANNYA"

Transkripsi

1 MODUL 4: SIKAP BOROS DAN KESAN-KESANNYA Isi kandungan 4.1 Pelbagai kegunaan lebihan wang 4.2 Membantu berbelanja bijak 4.3 Membantu menyimpan dengan bijak 4.4 Menyediakan belanjawan 4.5 Mengurangkan perbelanjaan tanpa kompromi kepada kualiti 4.6 Kesan buruk bersikap boros 37

2

3 Sketsa Tania seorang yang terlalu suka berbelanja, dia tidak akan melepaskan peluang untuk pergi ke pusat membelibelah sekiranya ada jualan murah. Mari kita lihat situasi yang Tania hadapi kesan daripada sikapnya yang terlalu boros. Tempat : Asrama sekolah Watak : Tania, Kaisara, Aspalela dan Iris Al-kisah Tania : Jom la you all kita keluar hujung minggu ni jalan-jalan shopping-shopping jom la sekarang ni kan ada sale mesti banyak barang-barang murah..jom la Kaisara : Aku takde duit..kau ajak la orang lain Tania : Erm ok la..kau Lela jom.. Aspalela : Errr.aku.ha aku nak ulang kaji. Minggu depan aku ada ujian. Tania Iris Tania : Haa..engkau mesti ikut aku aku nak beli kasut, beli baju, beli beg, bla.bla bla.. : Aku tak boleh Tania. Aku nak balik rumah minggu ni..sorry ek.. : Ala kenapa semua orang tak nak ikut aku? Ikuti sambungan sketsa dalam setiap subtopik 39

4 4.1 Pelbagai kegunaan lebihan wang Wang merupakan antara barang yang paling berharga di dunia ini. Sekiranya anda tidak menguruskan kewangan anda dengan bijak, berkemungkinan anda bakal menanggung beban hutang yang banyak. Apa itu wang? Ramai orang mendefinisikan wang sebagai wang kertas dan wang syiling. Ada sesetengah berpendapat bahawa wang adalah barang yang sangat terkenal dan berfungsi sebagai medium pertukaran untuk mendapatkan sesuatu barang yang dikehendaki. Tips: Untuk meningkatkan inisiatif menyimpan, anda boleh memberi ganjaran kepada diri sendiri sekiranya tabungan anda mencapai matlamat yang ditetapkan. Dengan ini, wang bukan sekadar untuk disimpan tetapi digunakan dengan bijak!! Formula menggunakan wang dengan bijak: Pendapatan perbelanjaan = simpanan Pendapatan simpanan = perbelanjaan (x) ( ) Mengapa anda perlu menyimpan sebelum berbelanja? Ini kerana anda perlu konsisten dalam menyimpan. Sekiranya anda telah membuat keputusan untuk menyimpan RM5 setiap minggu, maka anda perlu mengasingkan jumlah tersebut sebelum berbelanja. Tahukah anda? a? Anda boleh menambah simpanan pelaburan anda ke dalam akaun ASB atau ASN anda di mana-mana pejabat ejen-ejen ASNB di seluruh Malaysia. Sambungan Iris Tania : Eh Tania, kenapa kau tak nak menabung? : Entah.. (sambil berfikir sejenak) 40

5 Banyak perkara yang anda boleh lakukan dengan lebihan wang. Antaranya menyimpan wang untuk membeli sesuatu barang. Sebagai contoh, anda ingin memiliki telefon bimbit yang berharga RM300. Dengan memulakan simpanan RM3 seminggu, anda boleh membeli telefon bimbit idaman setelah menyimpan selama hampir setahun. 4.2 Mengapa saya perlu menyimpan wang? Wang adalah medium (perantaraan) terpenting dalam urusan seharian anda, tanpa wang anda tidak mampu melakukan apa sahaja transaksi yang anda inginkan. Contohnya anda mengimpikan sebuah jam yang berharga RM100. Tanpa wang anda tidak mampu memiliki jam tersebut. Kadangkala apa yang anda impikan tidak semestinya mampu dibeli oleh ibubapa anda, jadi anda perlu berusaha untuk memikirkan bagaimana cara untuk mencapai keinginan tersebut. Selain itu, anda juga perlu memikirkan berapa banyak wang yang anda perlu ada untuk meneruskan pelajaran anda ke peringkat lebih tinggi. Anda tidak boleh hanya mengharap ibubapa anda memikirkan sepenuhnya perbelanjaan anda nanti. Sekurangkurangnya anda perlulah memikirkan bagaimana cara untuk meringankan sedikit beban kewangan mereka. Simpanan kecemasan yang anda kumpul, dapat membantu perbelanjaan yang diperlukan dalam jangka masa pendek. Contohnya anda tinggal seorang diri di rumah kerana ibu bapa anda belum pulang dari tempat kerja, tiba-tiba rumah anda terputus bekalan elektrik dan anda dapati lilin di rumah anda kehabisan. Anda boleh menggunakan duit kecemasan daripada simpanan anda untuk membeli lilin. Tips: Sediakan tabung di rumah bagi mengumpul wang syiling. 41

6 4.2.1 Bagaimana cara untuk menyimpan wang saya? Menyimpan wang memerlukan kreativiti supaya anda akan merasa ianya sangat menyeronokkan dan mampu memberi pulangan yang anda mahu. Salah satu cara, anda boleh menggunakan sistem sampul untuk membuat agihan simpanan. Daripada belanjawan yang telah anda buat, anda pastikan simpanan anda dibahagikan kepada 3 bahagian. 1/3 daripadanya untuk tujuan pelaburan, 1/3 untuk simpanan kecemasan (simpanan tunai di tangan), 1/3 untuk disimpan di dalam bank. Sampul-sampul ini anda labekan mengikut agihan. Tips: Tampalkan sampul-sampul tersebut di dinding bilik atau di tepi katil anda, masukkan wang setiap hari sebaik sahaja pulang dari sekolah. Jadikan ianya amalan dan kebiasaan anda. Contohnya anda telah menetapkan dalam belanjawan anda setiap bulan anda akan membuat simpanan sebanyak RM18, di mana setiap hari anda menerima wang saku daripada ibu bapa anda sebanyak RM2 x 5 hari = RM10 x 4 minggu= RM40. Tetapi anggaran perbelanjaan harian anda adalah sebanyak RM1.40 Sambungan Aspalela : Simpanan ni bagus untuk masa depan. Cuba kau bayangkan waktu kecemasan Tania : Ala you all kan ada.. Aspalela : Ni yang aku tak suka ni.. (marah-marah) 42

7 sehari, maka RM2 RM1.40= RM0.60. Dengan wang sebanyak RM0.60 anda mengagihkan kepada 3 sampul setiap hari. Setiap sampul dimasukkan 20 sen setiap hari. RM0.20 RM0.20 RM0.20 Tahukah anda simpanan pelaburan anda dalam sampul ASB/ASN akan menjadi RM4 sebulan dan dalam setahun menjadi RM48. Tanpa anda sedari anda mampu membuat pelaburan ke dalam unit amanah ASB anda dengan duit anda sendiri. Web menarik. Layarilah pelbagai aktiviti menarik boleh didapati di laman web ini. Tahniah! Anda berjaya memulakan langkah pertama untuk ke gerbang kekayaan. Teruskan mengira anda pasti teruja dengan pelaburan yang anda mampu buat tanpa perlu memikirkan punca wang yang perlu anda cari untuk melabur. Anda mampu menyediakan RM240 setahun hanya dengan menyimpan RM1 setiap hari. (Sebagai alternatif bagi pelajar luar bandar mereka boleh mereka cipta tabung daripada buluh, tin atau bahan-bahan terpakai yang lain untuk dijadikan tabung. 43

8 4.3 Membantu berbelanja bijak Pernahkah anda merancang sebelum berbelanja? Ops tentu tidak. Jika anda sedar, anda hanya membeli apa yang anda perlukan. Apa yang berkenan di mata anda diambil terus hanya untuk memenuhi nafsu diri sahaja tanpa mengira nilai dan kualitinya. Bolehkah anda membezakan antara keperluan dan kehendak? Keperluan merupakan sesuatu yang diperlukan dan mesti dipenuhi untuk menjalani kehidupan. Manakala kehendak merupakan keperluan sampingan untuk hidup lebih selesa. Tips: Salah satu alternatif untuk berbelanja dengan bijak ialah membeli ketika berlangsungnya jualan murah seperti jualan tahun baru, musim perayaan dan jualan akhir tahun. Namun secara realitinya, individu tidak mampu membezakannya dan menganggap keduaduanya sama penting. Sekiranya anda mampu membezakan kedua-duanya maka anda akan berjaya mengurus dan membelanjakan wang dengan bijak. Kehendak anda tidak terbatas. Andalah yang menentukannya. Pilihan ada di tangan anda. Tahukah anda merancang ketika berbelanja amat penting dalam kehidupan kita seharian. Merancang ketika berbelanja membantu anda menguruskan wang dengan bijak bagi mengelakkan berlakunya pembaziran. Adakah ibubapa anda juga merancang? Pernahkah anda melihat ibu bapa anda membuat senarai barangan ketika membeli? Bagaimana untuk berbelanja dengan bijak??? 44

9 Tip-tip berbelanja dengan bijak 1 - Berjimat-cermat/teliti dalam mengurus perbelanjaan 2 - Meningkatkan hayat penggunaan/memberi kesan maksimum bagi setiap perbelanjaan Renungkanlah! Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. 3 - Mengawal perbelanjaan dan penggunaan mengikut keperluan bagi mengelakkan membeli perkara yang tidak perlu 4 - Bersederhana dalam berbelanja 5 - Elakkan pembaziran 6 - Merancang pembelian barang keperluan lebih awal seperti pakaian sekolah, dan pakaian ketika perayaan 7 - Membeli ketika jualan murah 8 - Bandingkan harga 9 - Membuat senarai barangan ketika berbelanja Sambungan Tania : Aku berbelanja masa sale je la. Tu pun nak kecoh ke! Iris : Memang la berbelanja masa sale tu boleh tapi masalahnya kau ni menyusahkan we all! (serentak Kaisara dan Aspalela mengiakan) Tania : Apa yang menyusahkan you all? Kaisara : Yelah. Kau tu berbelanja tak ingat dunia. Bersederhana la sikit. Beli apa yang perlu dah la 45

10 4.4 Menyediakan belanjawan Apa itu Belanjawan? Anda tentunya pernah terfikir kehidupan tanpa kawan di sisi, tanpa makanan yang memberi tenaga kepada badan, tanpa kehijauan pokok-pokok atau tanpa sebarang kehidupan yang selesa. Namun begitu, pernahkah anda terfikir kehidupan tanpa wang? Kenapa wang begitu penting dalam kehidupan kita? Apa kaitannya wang dan belanjawan? Belanjawan adalah cara yang terbaik untuk mengimbangkan perbelanjaan dan simpanan. Belanjawan yang bijak adalah berpandukan kepada pendapatan dan perbelanjaan. Memandangkan pendapatan dan perbelanjaan bagi setiap manusia berbeza, belanjawan haruslah selari dengan matlamat, keperluan dan kehendak. Selain itu, perancangan kewangan dapat membantu mengawal aliran keluar masuk wang dan dapat mengelak daripada krisis kewangan sekaligus mencapai matlamat. Macam mana nak mula??? Renungkanlah! Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal! - Pertama, senaraikan semua jenis pendapatan termasuk wang saku yang biasa diterima daripada ibu bapa atau pendapatan sampingan yang lain dan tidak ketinggalan sebarang bentuk perbelanjaan tetap untuk bulan tersebut - Kemudian, senaraikan juga senarai barang yang perlu dibeli berserta harga - Seterusnya, sentiasa rekod dan catat setiap jenis perbelanjaan yang telah dilakukan - Akhirnya, jumlahkan semua perbelanjaan yang telah di rekod pada bulan tersebut untuk mengetahui berapa jumlah sebenar yang telah dibelanjakan 46

11 Macam mana nak kekalkan??? - Berbelanja ikut keperluan - Tanamkan sifat menyimpan pada setiap bulan - Sediakan senarai barang yang perlu dibeli sebelum berbelanja - Rancang perbelanjaan dan beli ketika jualan murah - Jauhkan diri jika rasa anda akan berbelanja tanpa kawalan - Rekodkan setiap perbelanjaan dan di mana ia di belanjakan (kepilkan resit!) - Bandingkan rekod perbelanjaan sebenar dan rancangan kewangan asal 1 Web menarik. Layarilah pelbagai tips-tips perbelanjaan boleh didapati di laman web ini. Sambungan Tania Iris : Kau ingat aku tak pernah buat belanjawan ke? Aku buat tau..tapi still defisit.. : Ye la.. kau buat belanjawan tapi tak ikut pun apa yang kau tulis

12 Contoh belanjawan: TARIKH MASUK (RM) KELUAR (RM) PERKARA BAKI (RM) 1/1/09 RM10 RM7 Makan RM3 2/1/09 Catat perbelanjaan anda setiap hari di dalam jadual belanjawan anda. 4.5 Tip mengurangkan perbelanjaan tanpa kompromi kepada kualiti Berikut adalah tip-tip yang disarankan dalam membantu mengurangkan perbelanjaan tanpa kompromi kepada kualiti. 1. Jangan terlalu taksub dengan barangan yang berjenama kerana tidak semestinya barangan murah tiada kualiti 2. Amalkan sikap berjimatcermat dan berbelanja ketika benar-benar memerlukan 3. Elakkan diri daripada membeli-belah bersama golongan yang mementingkan barangan yang berjenama daripada kualiti 4. Mengambil peluang berbelanja ketika jualan murah (sale) Renungkanlah! Belilah barangan buatan Malaysia. Kalau nak jimat senang je! Pilihan ada di tangan anda.. 5. Membuat tinjauan sebelum berbelanja (window shopping) 6. Disiplin diri dan tegas dalam membuat sebarang keputusan 48

13 4.6 Kesan Buruk Bersikap Boros Banyak kesan buruk sekiranya kita bersikap boros. Kawankawan tentunya akan memulaukan kita kerana kita apabila kita tidak mempunyai cukup wang, kita akan sentiasa meminjam daripada kawan-kawan. Kawan-kawan juga mempunyai keperluan mereka yang tersendiri, jadi kita harus menghormati hal tersebut dan mengurus kewangan kita dengan bijak supaya tidak meminjam secara keterlaluan. Sikap boros juga tidak baik kerana sikap ini akan kita bawa sehingga dewasa. Apabila kita mempunyai pendapatan tetap nanti, kita akan tetap bersikap boros dan tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk memenuhi semua keperluan kita. Sikap boros akan membawa kita ke kancah hutang yang keterlaluan sekiranya tidak dikawal sejak dari remaja. Sikap boros akan menyebabkan pendapatan sentiasa tidak mencukupi dan terpaksa berhutang, contohnya dengan menggunakan kad kredit secara melampau. Sambungan Kaisara : Kau ni asyik beli barang branded yang mahal je..cuba la cari barang yang berkualiti tapi murah.. Tania : Ala, barang murah mana ada kualiti.. Iris : Siapa cakap? Kau tu yang buta menilai.. banyak je.. Tania : Apa ni..asyik aku je yang kena hentam.. aku tau la..aku dah besar.. Aspalela : Ikut la kami bagi nasihat je..kalau kau masih juga tak berubah..kau pilihlah jalan kau sendiri.. Akhirnya Tania tersedar sikapnya yang boros menyebabkan kawankawannya tidak lagi mendekati dia. Kawan-kawannya sentiasa cuba menjauhkan diri daripadanya. Mahukah anda kehilangan kawan seperti Tania? Jika tidak mahu, anda seharusnya ubah cara anda berbelanja mulai sekarang! 49

14 Mari Berfikir 7 Aktiviti Kumpulan 1 Bentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 4 hingga 5 orang rakan. Pilih mana-mana kawasan yang selesa untuk berkumpul dan berbincang. Lakukan aktiviti berikut: 1) Kumpulkan wang tunai. 2) Menyediakan belanjawan mengikut jumlah kewangan kumpulan dan senarai barang yang diperlukan. 3) Bincang bagaimana boleh berbelanja dengan bijak, contohnya melalui jualan murah, tawar-menawar, dan lain-lain. 4) Jumlah simpanan akhir kumpulan. 5) Bincangkan kesan buruk sekiranya tidak merancang kewangan dengan bijak. Aktiviti Kumpulan 2 Bentuk satu kumpulan yang terdiri daripada 4 hingga 5 orang rakan. Pilih mana-mana kawasan yang selesa untuk berkumpul dan berbincang. Lakukan aktiviti berikut: Bentukkan satu kumpulan terdiri daripada 5 orang. Anda dikehendaki menjalankan aktiviti-aktiviti pengumpulan dana seperti: i. kitar semula barang terpakai ii. jualan kecil-kecilan iii. dedication day 50

15 Matlamat: untuk membeli sebuah komputer riba (notebook) yang berharga RM1, Apabila duit yang dikumpul telah mencukupi, maka anda bolehlah membeli notebook dengan membuat perbandingan harga yang ada di pasaran terlebih dahulu. Dengan ini, anda boleh mendapatkan barangan yang lebih murah dan bermutu tinggi. 51

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian

MODUL 10: KESIMPULAN. Isi Kandungan Pengenalan Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan Soalan penilaian MODUL 10: KESIMPULAN Isi Kandungan 10.0 Pengenalan 10.2 Rumusan Buku Kerja Asas Perancangan Kewangan 10.3 Soalan penilaian 113 10.0 Pengenalan Pelajar telah mempelajari tentang asas-asas utama perancangan

Lebih terperinci

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman

MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan. 6.0 Pengenalan. 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman. 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman MODUL 6: HUTANG KAWAN ATAU LAWAN? Isi Kandungan 6.0 Pengenalan 6.1 Definisi dan tujuan pinjaman 6.2 Sumber-sumber dan jenis-jenis pinjaman 6.3 Bila hutang menjadi kawan dan lawan? 6.4 Cara mengurus pinjaman

Lebih terperinci

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda

Kandungan. Perancangan kewangan. Simpanan. Melabur wang anda. Mendapatkan produk kewangan. Pinjaman dan kad kredit. Melindungi wang anda Kandungan 1 3 4 7 8 10 11 12 Perancangan kewangan Simpanan Melabur wang anda Mendapatkan produk kewangan Pinjaman dan kad kredit Melindungi wang anda Mendapatkan bantuan berkaitan perihal kewangan Butiran

Lebih terperinci

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013

MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 SET B BAHASA MELAYU 2 jam MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (MPSM) NEGERI KEDAH DARUL AMAN MODUL PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2013 BAHASA MELAYU KERTAS 2 Dua jam JANGAN BUKA KERTAS

Lebih terperinci

PELABURAN SEDIA ADA UNTUK MEMBINA TABUNG PELAJARAN

PELABURAN SEDIA ADA UNTUK MEMBINA TABUNG PELAJARAN MODUL 8: PELABURAN SEDIA ADA UNTUK MEMBINA TABUNG PELAJARAN Isi Kandungan 8.0 Pengenalan 8.1 Konsep dan ciri-ciri takaful pendidikan 8.2 Konsep dan ciri-ciri unit amanah 8.3 Perbandingan unit amanah dan

Lebih terperinci

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM Diterbitkan oleh: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Aras 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur Faks : 03-2616 7601 E-mel: enquiry@akpk.org.my AKPK Edisi Pertama 2011

Lebih terperinci

DIMENSIKOOP WANG. Uruslah dengan Bijak. Nurul Aini Muhammad Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan. BIL.

DIMENSIKOOP WANG. Uruslah dengan Bijak. Nurul Aini Muhammad Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan. BIL. WANG Uruslah dengan Bijak Nurul Aini Muhammad aini@mkm.edu.my Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan. 16 Pengenalan Kemahiran menguruskan wang, sama seperti kemahiran menjadi ibu bapa tidak diajar

Lebih terperinci

Pengurusan Kewangan Peribadi

Pengurusan Kewangan Peribadi Pengurusan Kewangan Peribadi Anggota Koperasi Siti Hajar Sa aey Pusat Pembangunan Komuniti Pengenalan Kewangan ialah suatu aspek yang sangat penting dalam kehidupan. Semua orang perlu merancang kewangan

Lebih terperinci

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal

Aliran Tunai Pembelanjawan Modal Topik 7 Aliran Tunai Pembelanjawan Modal HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengaplikasikan garis panduan dalam anggaran aliran tunai; 2. Menjelaskan aliran perbelanjaan

Lebih terperinci

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu

Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu Tingkatan 4 Bab 2: Pendapatan Dan Penggunaan Pendapatan Individu Jenis-Jenis Pendapatan Individu 1. Upah / Gaji (a) Ganjaran yang diterima / pembayaran / pendapatan kepada individu / buruh. (b) Upah wang

Lebih terperinci

MODUL 101 (B) ASAS PERANCANGAN KEWANGAN

MODUL 101 (B) ASAS PERANCANGAN KEWANGAN SEMINAR PELABURAN 360 HARI 1MALAYSIA Kategori Golongan Muda MODUL 101 (B) ASAS PERANCANGAN KEWANGAN Versi 1 ENTREPRENEURSHIP AWARDS 2013 SOCIAL EMPOWERMENT MATLAMAT ü Membantu peserta memahami kepentingan

Lebih terperinci

12 SOALAN Yang Wajib Ditanya Sebelum BERHUTANG!

12 SOALAN Yang Wajib Ditanya Sebelum BERHUTANG! 12 SOALAN Yang Wajib Ditanya Sebelum BERHUTANG! KHAIRULNAHAR JAMALUDDIN (KJ) 2 PENaFIAN Ebook ini ditulis dengan tujuan memberikan panduan dan maklumat bagi meningkatkan kemahiran pembaca. Tetapi idea,

Lebih terperinci

4 Langkah Refinance Rumah Untuk Langsaikan Semua Hutang Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu

4 Langkah Refinance Rumah Untuk Langsaikan Semua Hutang Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu 4 Langkah Refinance Rumah Untuk Langsaikan Semua Hutang Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu Sebelum anda teruskan bacaan, tolong faham apa yang Tok cakap. Ebook ini tidak boleh dijual. Ebook ini

Lebih terperinci

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH ASNB PH1A V.04/2014 TERMA DAN SYARAT HIBAH AMANAH 1. Pemberi Hibah mestilah seorang yang berumur 18 tahun dan ke atas, beragama Islam, warganegara dan pemegang unit tabung

Lebih terperinci

SKIMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS KERTAS 2 (3747/2)

SKIMA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS KERTAS 2 (3747/2) (a) Masalah asas ekonomi yang dihadapi oleh negara X dan Y adalah i) Apa yang hendak dikeluarkan [] ii) Berapa hendak dikeluarkan [] iii) Bagaimana hendak dikeluarkan [] iv) Untuk siapa hendak dikeluarkan

Lebih terperinci

Siapa saya? Dan, bagaimana saya Berjaya membina bisnes cenderahati?

Siapa saya? Dan, bagaimana saya Berjaya membina bisnes cenderahati? Siapa saya? Dan, bagaimana saya Berjaya membina bisnes cenderahati? Hai. Nama saya Azhar Azman. Saya adalah seorang usahawan dan penulis yang menjalankan pelbagai cabang bisnes dari rumah dan antara bisnes

Lebih terperinci

PENDIDIKAN ASAS KEWANGAN

PENDIDIKAN ASAS KEWANGAN Menginsankan Perkhidmatan Kewangan. PENDIDIKAN ASAS KEWANGAN ISI KANDUNGAN KANDUNGAN Asas Perancangan Kewangan MUKA SURAT 02 Pengurusan Kewangan Berhemat Matlamat & strategi Mengawal & menganggar perbelanjaan

Lebih terperinci

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu Sebelum anda teruskan bacaan, tolong faham apa yang Tok cakap. Ebook ini tidak boleh dijual. Ebook ini tidak

Lebih terperinci

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM Diterbitkan oleh: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Aras 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur Faks : 03-2616 7601 E-mel: enquiry@akpk.org.my AKPK Edisi Pertama 2011

Lebih terperinci

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak Diterbitkan oleh: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Aras 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur Faks: 03-2616 7601 E-mel: enquiry@akpk.org.my

Lebih terperinci

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH ASNB PH1B V.04/2014 TERMA DAN SYARAT PENGISYTIHARAN AMANAH 1. Pemilik Harta mestilah seorang yang berumur 18 tahun dan ke atas, warganegara dan pemegang unit tabung

Lebih terperinci

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM Diterbitkan oleh: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Aras 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur Faks : 03-2616 7601 E-mel: enquiry@akpk.org.my AKPK Edisi Pertama 2011

Lebih terperinci

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh:

Penjamin PINJAMAN ANDA. Penjamin. Program pendidikan pengguna oleh: Penjamin PINJAMAN ANDA Penjamin Program pendidikan pengguna oleh: kandungan 1 Pengenalan 2 Apakah jaminan? Siapakah yang boleh jadi penjamin? 3 Hak-hak seorang penjamin 4 Liabiliti seorang penjamin 5 Nasihat

Lebih terperinci

BAGAIMANA MENGORAK LANGKAH PERTAMA KE ARAH KEJAYAAN

BAGAIMANA MENGORAK LANGKAH PERTAMA KE ARAH KEJAYAAN 1 A) FAKTA 1. Purata Pendapatan Penduduk RM12, 000 (Pendapatan tahunan bagi satu orang) RM12, 000 x 5 orang/keluarga =RM60,000 (Pendapatan tahunan bagi satu keluarga) 2 A) FAKTA 1. Purata Pendapatan Penduduk

Lebih terperinci

CABARAN PROGRAM BLITZ SELAMA 6 MINGGU

CABARAN PROGRAM BLITZ SELAMA 6 MINGGU CABARAN PROGRAM BLITZ SELAMA 6 MINGGU Mengapa perlu komited dalam PROGRAM BLITZ? Membina momentum Mencipta kisah kejayaan Mengawal perniagaan anda Mengawal kehidupan anda Menemukan visi dan potensi yang

Lebih terperinci

PRINSIP KEKAYAAN. Oleh : Ir. Ezwan Laman web -

PRINSIP KEKAYAAN. Oleh : Ir. Ezwan Laman web - PRINSIP KEKAYAAN Oleh : Ir. Ezwan Laman web - http://www.rahsiamindajutawan.com 1 BLUEPRINT WANG ANDA Adakah anda suka untuk memiliki wang yang banyak dalam kehidupan anda? Adakah anda anda ingin memiliki

Lebih terperinci

MENGAPA ANDA TIDAK DAPAT MEMPEROLEHI PEKERJAAN?

MENGAPA ANDA TIDAK DAPAT MEMPEROLEHI PEKERJAAN? MENGAPA ANDA TIDAK DAPAT MEMPEROLEHI PEKERJAAN? Dr. Ali Qassem www.aliqassem.com admin@aliqassem.com Terdapat pelbagai jenis jawatan kosong dalam surat khabar, syarikat- syarikat masih lagi ingin mengupah

Lebih terperinci

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1

Mengurus Inflasi. oleh Dr Zulkiply Omar. Fello Penyelidik Kanan. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Mengurus Inflasi oleh Dr Zulkiply Omar Fello Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) 1 Kadar inflasi berdasarkan indeks harga pengguna (IHP) untuk bulan Februari 2016 adalah 4.2

Lebih terperinci

Anda dijamin berani bertindak bila dah tahu prosedur ini.

Anda dijamin berani bertindak bila dah tahu prosedur ini. Mungkin ramai yang tak berani beli rumah sebab tak tahu proses dan prosedur yang terlibat. Sebab terlampau baru, ramai yang tak berani nak bertindak sebab tak tahu selokbelok membeli rumah pertama. Takut

Lebih terperinci

SULIT 3757/2 3757/2 Ekonomi Asas Kertas 2 Sept jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM EKONOMI ASAS. Kertas 2. Dua Jam

SULIT 3757/2 3757/2 Ekonomi Asas Kertas 2 Sept jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM EKONOMI ASAS. Kertas 2. Dua Jam SULIT Ekonomi Asas Kertas 2 Sept 2009 2 jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM EKONOMI ASAS Kertas 2 Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian

Lebih terperinci

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB

Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB Terma-terma dan Syarat-syarat 0% Easy Pay CIMB Perkataan "Kad" bermaksud apa-apa kad kredit yang dikeluarkan oleh CIMB Bank Berhad (13491-P) ("CIMB Bank" atau "Bank") yang layak untuk 0% Easy Pay CIMB

Lebih terperinci

www.rahsiakekayaan.com RAHSIA JUTAWAN SENYAP Bagaimana Anda Boleh Menjadi Jutawan Walaupun Bekerja Makan Gaji! Mohd Nizam www.rahsiakekayaan.com Hakcipta Terpelihara 2008 Tiada Sebarang Kandungan Dalam

Lebih terperinci

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)

SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS) 1 SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS) 2 Pembangunan Industri PRS Dengan jangka hayat yang lebih panjang dan peningkatan taraf hidup, ramai warga Malaysia mendapati simpanan mereka tidak

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007 EKONOMI ASAS 1 Mengapakah masih wujud masalah kekurangan walaupun kerajaan melaksanakan pelbagai dasar ekonomi dari semasa ke semasa? A Berlakunya bencana alam B Wujudnya ketidakseimbangan pembangunan bandar dan desa

Lebih terperinci

Kepentingan pengurusan kewangan

Kepentingan pengurusan kewangan Kepentingan pengurusan kewangan Apakah yang dimaksudkan dengan perancangan kewangan? Perancangan kewangan adalah tentang mengurus kedudukan ekonomi/ kewangan seseorang individu dengan mengambil kira perkara-perkara

Lebih terperinci

Pengenalan kepada Kewangan

Pengenalan kepada Kewangan Topik 1 Pengenalan kepada Kewangan HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti bidang kewangan dan kepentingan kepada perniagaan; 2. Menjelaskan empat peranan utama

Lebih terperinci

Belanjawan Menguruskan Perniagaan Koperasi Oleh: Adila Hashim MKM Cawangan Selatan

Belanjawan Menguruskan Perniagaan Koperasi Oleh: Adila Hashim MKM Cawangan Selatan Belanjawan Menguruskan Perniagaan Koperasi Oleh: Adila Hashim MKM Cawangan Selatan Pengenalan Perancangan yang baik dan teliti lazimnya akan menghasilkan natijah yang baik. Perancangan yang baik adalah

Lebih terperinci

SKRIP HANDLING REJECTION

SKRIP HANDLING REJECTION SKRIP HANDLING REJECTION 1) Harga mahal. i) Tuan, ramai customer kami beli bukan sebab harga mahal. Tetapi sebab kebahagiaan dan kesihatan bersama suami isteri. Tuan mesti sayang isteri tuan kan? ii) Mahal

Lebih terperinci

Anda dibenarkan untuk menyebarkan dan berkongsi fail PDF panduan ini dengan seiapa sahaja

Anda dibenarkan untuk menyebarkan dan berkongsi fail PDF panduan ini dengan seiapa sahaja 1 Hakcipta 2017 Bukhari Ramli Diterbitkan oleh: BRC BR Collective Sdn Bhd 1160345-X Anda dibenarkan untuk menyebarkan dan berkongsi fail PDF panduan ini dengan seiapa sahaja Boleh kongsi dengan rakan kongsi,

Lebih terperinci

BAB 6 : WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN. SPM2004/A/S4(a) 5 markah

BAB 6 : WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN. SPM2004/A/S4(a) 5 markah BAB 6 : WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN SPM2004/A/S4(a) 5 markah Diterima umum oleh orang ramai dalam urusan pembelian barangan dan perkhidmatan. Penawaran terhad untuk menjamin kestabilan nilai. Tahan lama

Lebih terperinci

PENGURUSAN DAN PEMBUATAN KEPUTUSAN FEM 3201

PENGURUSAN DAN PEMBUATAN KEPUTUSAN FEM 3201 PENGURUSAN DAN PEMBUATAN KEPUTUSAN FEM 3201 Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Tidak akan berganjak kedua kaki seorang hamba pada hari kiamat melainkan ditanya dahulu tentang empat perkara, tentang

Lebih terperinci

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online

Koleksi Bahan Cg Narzuki Online MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM KONSEP PERAKAUNAN DENGAN MENGGUNAKAN KONSEP BADLEH Oleh RUSILAWATI BINTI MOIN Sekolah Sultan Alam Shah 62520 Putrajaya ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk

Lebih terperinci

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran

Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran Mengenali Kelemahan Perilaku Pelabur: Semuanya Mainan Fikiran Sebagai pelabur, kita seringkali dipengaruhi oleh perspektif perilaku yang menghindari kita daripada membuat keputusan yang bijak. Apakah kelemahan

Lebih terperinci

TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI

TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI TIP UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI Terdapat beberapa tip bagaimana untuk mengelakkan diri daripada situasi bahaya ketika anda berada di luar rumah. Umumnya, idea terbaik adalah dengan menggunakan akal fikiran!

Lebih terperinci

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan

Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan Panduan Mengatasi Isu / Kelemahan Yang Sering Berlaku Dalam Pengurusan Kewangan Kandungan Muka Surat Prakata ii Panduan Umum Terhadap Kawalan Pengurusan Kewangan Berasaskan Indeks Akauntabiliti oleh JAN

Lebih terperinci

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI

PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI 1 PENGURUSAN BAJET 1.0 DEFINISI Bajet bermaksud perancangan kewangan bertujuan untuk melaksanakan dasar tertentu di mana perbelanjaan dijeniskan mengikut kategori seperti emolumen, perkhidmatan & bekalan,

Lebih terperinci

Tajuk 2 : KLASIFIKASI AKAUN: ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA & AKAUN KONTRA

Tajuk 2 : KLASIFIKASI AKAUN: ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA & AKAUN KONTRA Tajuk 2 : KLASIFIKASI AKAUN: ASET, LIABILITI, EKUITI PEMILIK, HASIL, BELANJA & AKAUN KONTRA 2.1 ASET Definisi: Merupakan sumber ekonomi (barangan bernilai) yang dimiliki oleh perniagaan yang memberi faedah

Lebih terperinci

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan

Lebih terperinci

CABARAN SIHAT UNTUK KINI DAN SELAMANYA. Oleh : Norwidayati Nasiman

CABARAN SIHAT UNTUK KINI DAN SELAMANYA. Oleh : Norwidayati Nasiman CABARAN SIHAT UNTUK KINI DAN SELAMANYA Oleh : Norwidayati Ahmad @ Nasiman Memiliki tubuh yang ramping atau sasa mungkin menjadi idaman bagi setiap wanita atau lelaki pada masa kini. Maka, tidak hairanlah

Lebih terperinci

Panduan Guru Versi 1. Layari standtogether.my/competition untuk versi terbaru.

Panduan Guru Versi 1. Layari standtogether.my/competition untuk versi terbaru. Panduan Guru Versi 1. Layari standtogether.my/competition untuk versi terbaru. PANDUAN GURU Pengenalan Buku ini adalah panduan bagi guru-guru yang ingin mengambil bahagian dalam Minggu Baik Hati Kebangsaan

Lebih terperinci

40 PrOsPEK hartanah malaysia

40 PrOsPEK hartanah malaysia 40 PHM Nov 2015.indd 40 NOVEMBER 2015 PROSPEK HARTANAH MALAYSIA 11/9/2015 3:30:27 PM RA K AN P ELABUR Mewah dengan Rumah Flat: Daripada Pengurus Sublet kepada Pemilik Rumah Oleh Dewi Abdul Rahman P erkembangan

Lebih terperinci

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh: Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN Cek Tak Laku Program pendidikan pengguna oleh: kandungan 1 Pengenalan 2 Cek tak laku bermakna sesuatu yang tidak diingini akan berlaku Bank Negara Malaysia dan

Lebih terperinci

Penafian 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO

Penafian 15 MINIT SIAPKAN KIRA KOS BINA & LUAS RUMAH BANGLO Penafian Ebook ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan menyalurkan maklumat umum kepada pembaca. Anda mungkin perlu merujuk kepada penasihat atau pengamal profesional untuk sesuatu keputusan yang bersifat

Lebih terperinci

MODUL 202 (A) MEMBINA TABUNG PENDIDIKAN

MODUL 202 (A) MEMBINA TABUNG PENDIDIKAN SEMINAR PELABURAN 360 HARI 1MALAYSIA Kategori Sekolah Menengah MODUL 202 (A) MEMBINA TABUNG PENDIDIKAN Versi 2 ENTREPRENEURSHIP AWARDS 2013 SOCIAL EMPOWERMENT Matlamat ü Menyedarkan peserta mengenai pentingnya

Lebih terperinci

Pengenalan Makroekonomi

Pengenalan Makroekonomi Topik 1 Pengenalan Makroekonomi HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membincangkan maksud makroekonomi dan lima isu utama dalam makroekonomi; 2. Menghuraikan dua dasar utama

Lebih terperinci

Pengenalan kepada Ekonomi

Pengenalan kepada Ekonomi Topik 1 Pengenalan kepada Ekonomi HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma ekonomi ; 2. Membezakan mikroekonomi dan makroekonomi; 3. Membincangkan tiga persoalan

Lebih terperinci

1. Belanjawan adalah penting kepada pengurusan dalam fungsi-fungsi perancangan dan kawalan.

1. Belanjawan adalah penting kepada pengurusan dalam fungsi-fungsi perancangan dan kawalan. BELANJAWAN MODAL 1. Belanjawan adalah penting kepada pengurusan dalam fungsi-fungsi perancangan dan kawalan. 2. Belanjawan Modal adalah satu analisis yang dibuat semasa pihak pengurusan sedang menimbangkan

Lebih terperinci

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim.

Kandungan. Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia. Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam. Soalan Lazim. Kandungan 1 2 10 12 Apakah perbankan Islam? Perbankan Islam di Malaysia Pematuhan prinsip Syariah Konsep Syariah dalam perbankan Islam Soalan Lazim Glosari Buku kecil ini menerangkan konsep asas dan prinsip

Lebih terperinci

KEMPEN CERIA BERAYA 2017 PROGRAM PECAH TABUNG DAN PERADUAN MEWARNA BANK RAKYAT 2017

KEMPEN CERIA BERAYA 2017 PROGRAM PECAH TABUNG DAN PERADUAN MEWARNA BANK RAKYAT 2017 KEMPEN CERIA BERAYA 2017 PROGRAM PECAH TABUNG DAN PERADUAN MEWARNA BANK RAKYAT 2017 Terma dan Syarat A. Tempoh Kempen 1. Program Pecah Tabung dan Peraduan Mewarna Bank Rakyat 2017 adalah sah bermula pada

Lebih terperinci

Kriteria Belanjawan Modal

Kriteria Belanjawan Modal Topik 6 Kriteria Belanjawan Modal HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menentukan kebolehterimaan projek baru berdasarkan tempoh bayar balik, nilai kini bersih, indeks keberuntungan

Lebih terperinci

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH

BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH BORANG PERMOHONAN HIBAH AMANAH ASNB PH1A NAMA PEMBERI HIBAH : NO. PENGENALAN DIRI : SENARAI SEMAK PEMOHON DOKUMEN YANG DIPERLUKAN: Sila Tanda [/] a. Borang asal PH1A yang telah dilengkapkan b. Salinan

Lebih terperinci

Model Pengurusan Strategik

Model Pengurusan Strategik Topik 2 Model Pengurusan Strategik HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan komponen utama bagi pengurusan strategik; 2. Menghuraikan model pengurusan strategik; dan

Lebih terperinci

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH ASNB PH1B NAMA PEMILIK HARTA : NO. PENGENALAN DIRI : SENARAI SEMAK PEMOHON DOKUMEN YANG DIPERLUKAN: Sila Tanda [/] a. Borang asal PH1B yang telah dilengkapkan b.

Lebih terperinci

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2017

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2017 TERHAD 1 3756/3 LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 PRINSIP PERAKAUNAN 3756/3 PROJEK TINGKATAN 5 Kertas 3 April Mei 2017 1. Kertas ini mengandungi satu tugasan.

Lebih terperinci

Hasrat Penjagaan Saya

Hasrat Penjagaan Saya boleh merancang cara saya mahu dijaga. boleh berkongsi sesuatu yang saya anggap penting. boleh menenteramkan jiwa mereka yang saya sayangi. boleh hidup selesa dengan ACP saya. Hasrat Penjagaan Nama : Alamat

Lebih terperinci

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan? 17 Pengenalan Apakah itu insurans? Apakah itu takaful? Halaman 1 andungan Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan? Apakah jenis produk

Lebih terperinci

PENAFIAN LHDNM: ARTIKEL BERKENAAN DENGAN PENGURUSAN HASIL NEGARA YANG KONONNYA DARI GROUP LHDN

PENAFIAN LHDNM: ARTIKEL BERKENAAN DENGAN PENGURUSAN HASIL NEGARA YANG KONONNYA DARI GROUP LHDN Muka surat 1 daripada 6 KENYATAAN MEDIA Untuk siaran segera PENAFIAN LHDNM: ARTIKEL BERKENAAN DENGAN PENGURUSAN HASIL NEGARA YANG KONONNYA DARI GROUP LHDN 1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Lebih terperinci

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017) SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017) 1. Apakah PIN? PIN, atau Nombor Pengenalan Peribadi, adalah kod rahsia yang diberikan kepada ahli kad atau dipilih oleh mereka bagi membuktikan

Lebih terperinci

Peperiksaan Penolong Akauntan W27 Sesi 21 Oktober 2015

Peperiksaan Penolong Akauntan W27 Sesi 21 Oktober 2015 wwwpenolongakauntancom 1 Faktor kegagalan Utama Calon Utamakan ke'berkat'an dalam ilmu Jika anda mendapatkan naskhah ini secara 'haram' maka apa bakal terjadi dengan ilmu dan usaha anda? Fikir-fikirkan

Lebih terperinci

SULIT 3757/1 SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 EKONOMI ASAS KERTAS 1

SULIT 3757/1 SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 EKONOMI ASAS KERTAS 1 SULIT 3757/ SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 200 EKONOMI ASAS KERTAS A 2 D 2 C 22 A 3 D 23 D 4 D 24 C 5 C 25 C 6 B 26 A 7 C 27 D 8 C 28 D 9 D 29 D 0 B 30 C D 3 A 2 A 32 C 3 A 33 B 4 B 34 A 5 B 35

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai data-data yang diperolehi. Dalam bab lima ini pula,

Lebih terperinci

Gold Accumulation Program (GAP) ialah kaedah pembelian emas Public Gold melalui Akaun Emas yang dibackup 100% dengan emas fizikal.

Gold Accumulation Program (GAP) ialah kaedah pembelian emas Public Gold melalui Akaun Emas yang dibackup 100% dengan emas fizikal. Apa itu akaun emas GAP? Gold Accumulation Program (GAP) ialah kaedah pembelian emas Public Gold melalui Akaun Emas yang dibackup 100% dengan emas fizikal. Kita boleh beli emas serendah 1 gram, dan boleh

Lebih terperinci

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda

S i r i P e n d i d i k a n S I D C. Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda S i r i P e n d i d i k a n S I D C Merancang & Mengawasi Kedudukan Kewangan Anda Pusat Perkembangan Industri Sekuriti Pusat Perkembangan Industri Sekuriti ( Securities Industry Development Centre - SIDC),

Lebih terperinci

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2

3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2 3756/2 PRINSIP PERAKAUNAN 2 BENTUK KERTAS SOALAN Kertas soalan Prinsip Perakaunan 3756/2 mengandungi 6 soalan dan dibahagikan kepada bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mengandungi 4 soalan yang wajib

Lebih terperinci

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut:

Perakaunan (948) Pencapaian calon bagi mata pelajaran ini mengikut gred adalah seperti yang berikut: Perakaunan (948) PRESTASI KESELURUHAN Sebanyak 2756 orang calon telah menduduki peperiksaan bagi mata pelajaran ini pada tahun 2010. Peratusan calon yang lulus penuh mata pelajaran ini pada tahun 2010

Lebih terperinci

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen )

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen ) TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT ( Terma dan Syarat ) KEMPEN KFH MALAYSIA KAD DEBIT-i SWIPE & WIN II (Kempen ) 1. Kempen 1.1 Kempen ini bermula pada 00:00 1 September 2016 sehingga 23:59 1 Disember 2016,

Lebih terperinci

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen

Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen Mempertingkatkan Kemahiran Membaca Di Kalangan Murid Tahun Dua Melalui Kaedah Stesen Abstrak Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya dan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca

Lebih terperinci

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM

Diterbitkan oleh: AKPK_HB_BM_FA.indb 1 2/25/11 11:47:07 AM Diterbitkan oleh: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Aras 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur Faks : 03-2616 7601 E-mel: enquiry@akpk.org.my AKPK Edisi Pertama 2011

Lebih terperinci

PRINSIP PENILAIAN PERBELANJAAN AWAM

PRINSIP PENILAIAN PERBELANJAAN AWAM PRINSIP PENILAIAN PERBELANJAAN AWAM perbincangan aspek jumlah perbelanjaan harus ditentukan oleh pihak kerajaan terhadap penyediaan barang dan perkhidmatan awam serta aspek agihan peruntukan perbelanjaan

Lebih terperinci

Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim

Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim 1. Apakah itu kad PIN & BAYAR? Kad PIN & BAYAR adalah kad berkeupayaan PIN yang membolehkan anda membuat pembelian dengan memasukkan PIN 6 digit, tanpa memerlukan tandatangan.

Lebih terperinci

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat

Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat Promosi Hujung Minggu UOB Preferred Platinum Terma dan Syarat 1. United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809-K) ("UOBM") "Promosi Hujung minggu Preferred Platinum" ("Promosi") adalah terbuka kepada semua

Lebih terperinci

BAB 1 PENDAHULUAN. untuk digunakan sebagai pengganti punca air tangki simbah bagi mengurangkan

BAB 1 PENDAHULUAN. untuk digunakan sebagai pengganti punca air tangki simbah bagi mengurangkan 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sistem tangki simbah kitar semula adalah sebuah sistem kitaran semula air iaitu dengan cara menggunakan semula air basuhan buangan dari mesin basuh untuk digunakan sebagai

Lebih terperinci

Salah faham tentang maksud IKHLAS

Salah faham tentang maksud IKHLAS Salah faham tentang maksud IKHLAS Gambar Hiasan : Sebahagian dari anak-anak yatim dan asnaf di RPWP sedang mendirikan solat berjemaah Kelmarin, saya lihat di FB Warga Prihatin ada melancarkan Wakaf Bas.

Lebih terperinci

R2001 PENGURUSAN ORGANISASI

R2001 PENGURUSAN ORGANISASI R2001 PENGURUSAN ORGANISASI PENGURUSAN KEWANGAN Kewangan merupakan faktor utama dan pemangkin yang dapat menggerakkan persatuan dengan lebih aktif dan lancar. Persatuan yang ditubuhkan seharusnya mengendali

Lebih terperinci

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN

MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN MODUL UMUM 2: PENDEKATAN PROSES DALAM PENGURUSAN Pendahuluan Modul ini merupakan asas kepada kerja buat setiap individu dalam organisasi yang ingin memastikan hasil kerja yang dilakukannya berimpak besar.

Lebih terperinci

Panduan Guru Versi 2. Layari untuk versi terbaru.

Panduan Guru Versi 2. Layari  untuk versi terbaru. Panduan Guru Versi 2. Layari www.standtogether.my/teacher untuk versi terbaru. PANDUAN GURU Pengenalan Buku ini adalah panduan bagi guru-guru yang ingin mengambil bahagian dalam Minggu Baik Hati Kebangsaan

Lebih terperinci

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia

Giro Takaful Asas. Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda BSNMalaysia Giro Takaful Asas Perlindungan Takaful yang MENINGKAT bersama anda 1300-88-1900 www.mybsn.com.my BSNMalaysia Satu-Satunya Pelan Yang Memberi PENINGKATAN Perlindungan Sejajar Dengan Perubahan Kehidupan

Lebih terperinci

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH

BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH BORANG PERMOHONAN PENGISYTIHARAN AMANAH B PH1B NAMA PEMILIK HARTA : NO. PENGENALAN DIRI : SENARAI SEMAK PEMOHON DOKUMEN YANG DIPERLUKAN: Sila Tanda [/] a. Borang asal PH1B yang telah dilengkapkan b. Salinan

Lebih terperinci

Kempen Pulangan Tunai 5% untuk Makanan & Barangan Runcit Hujung Minggu Kad Preferred Platinum UOBM Terms and Conditions

Kempen Pulangan Tunai 5% untuk Makanan & Barangan Runcit Hujung Minggu Kad Preferred Platinum UOBM Terms and Conditions Kempen Pulangan Tunai 5% untuk Makanan & Barangan Runcit Hujung Minggu Kad Preferred Platinum UOBM Terms and Conditions 1. "Kempen Pulangan Tunai 5% untuk Makanan & Barangan Runcit Hujung Minggu" ("Kempen")

Lebih terperinci

Kad Utama 21 tahun Kad Tambahan 18 tahun

Kad Utama 21 tahun Kad Tambahan 18 tahun SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) KAD KREDIT INGIAFAM-BSN VISA PLATINUM BISNES 1. Apakah Kad Kredit INGIAFAM-BSN? Ini adalah kad jenama bersama yang dikeluarkan oleh BSN dengan kerjasama strategik bersama AIA

Lebih terperinci

Pengenalan. Mohamad Suandi Hj Mortadza Maktab Koperasi Malaysia Zon Sarawak 24 BIL BIL

Pengenalan. Mohamad Suandi Hj Mortadza Maktab Koperasi Malaysia Zon Sarawak 24 BIL BIL Pengenalan Mohamad Suandi Hj Mortadza msuandi@mkm.edu.my Maktab Koperasi Malaysia Zon Sarawak Sesebuah perniagaan yang berjaya akan mencuba pelbagai cara untuk mengekalkan pelanggan mereka. Pelanggan sentiasa

Lebih terperinci

Mengenali Apa Itu Emel Phishing

Mengenali Apa Itu Emel Phishing 82 Mengenali Apa Itu Emel Phishing By Faiszatulnasro bt Mohd Maksom 1.0 Pengenalan Phishing walaupun secara umumnya dikategorikan sebagai jenayah penipuan siber, namun, masih terdapat pengguna Internet

Lebih terperinci

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik Keutuhan Peribadi Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik Penghayatan Nilai dan Etika Nilai dan Etika dalam perkhidmatan awam adalah dasar utama yang akan melahirkan kecemerlangan,

Lebih terperinci

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan SK Bukit Ceria (SKBC)(nama samaran) adalah sebuah sekolah yang terletak di daerah Kuala Muda / Yan, iaitu 5 km dari Bandar Gurun, Kedah. Kajian tindakan ini dijalankan di

Lebih terperinci

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit

Produk Kekayaan OCBC Al-Amin Lembaran Maklumat Produk Deposit Nama Produk: Akaun Simpanan-i Aqil Apakah Akaun Simpanan-i Aqil? Akaun Simpanan secara Islam yang memulakan langkah pertama kepada kewangan Islam. 1 Maklumat Am Kontrak Syariah Definisi Pematuhan Syariah

Lebih terperinci

STRATA LWN BERTANAH Apakah Pilihan Anda?

STRATA LWN BERTANAH Apakah Pilihan Anda? STRATA LWN BERTANAH Apakah Pilihan Anda? Oleh : Dewi Abdul Rahman Ibarat mencari jodoh, pemilihan rumah bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan kerana prosesnya melibatkan keputusan jangka masa panjang yang

Lebih terperinci

Wawancara Berita Minggu bersama Encik Marimuthu Nadason, Presiden FOMCA. Siri Pemikiran FOMCA - 6

Wawancara Berita Minggu bersama Encik Marimuthu Nadason, Presiden FOMCA. Siri Pemikiran FOMCA - 6 Siri Pemikiran FOMCA - 6 Wawancara Berita Minggu bersama Encik Marimuthu Nadason, Presiden FOMCA Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) ISBN 983-99757-6-5 Gabungan Persatuan-Persatuan

Lebih terperinci

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami.

Simpanan. Dapatkan Pemangkin untuk. Manfaat. Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami. Simpanan Dapatkan Pemangkin untuk Manfaat Sentiasa Mendengar. Sentiasa Memahami. Pengenalan 01 Jadikan impian anda satu kenyataan dengan Cash Booster! Kami ingin melancong setiap tahun sambil menyimpan

Lebih terperinci

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara.

PRUretirement growth PERSARAAN. Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara. PRUretirement growth PERSARAAN Kami kini mempunyai pendapatan terjamin untuk kesenangan selepas bersara. Pelan yang penting untuk tahun-tahun keemasan anda Sepintas lalu: PRUretirement growth membolehkan

Lebih terperinci

BAB 2 BAJET Di peringkat Universiti, pengurusan bajet meliputi proses penyediaan bajet, pengagihan peruntukan dan kawalan perbelanjaan.

BAB 2 BAJET Di peringkat Universiti, pengurusan bajet meliputi proses penyediaan bajet, pengagihan peruntukan dan kawalan perbelanjaan. BAB 2 BAJET 2.1 Pendahuluan 2.1.1 Bajet merupakan satu perancangan kewangan sesebuah organisasi yang melibatkan anggaran hasil dan perbelanjaan yang dirangka untuk mencapai matlamat dalam jangka masa tertentu.

Lebih terperinci