PANDUAN MENDIDIK ANAK MENURUT IMAM AL-GHAZALI INSTITUSI KELUARGA

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "PANDUAN MENDIDIK ANAK MENURUT IMAM AL-GHAZALI INSTITUSI KELUARGA"

Transkripsi

1 PANDUAN MENDIDIK ANAK MENURUT IMAM AL-GHAZALI Diantara ramai ahli falsafah dan ahli fikir Islam, hanya Imam Al-Ghazali sahaja yang telah mengkhususkan dalam penulisan beliau satu bab untuk kanak-kanak diberi nama Ayyuh Al-Walad bermaksud Wahai Anak. Di dalam bab itu Imam Al-Ghazali telah membentangkan dengan jelas prinsip-prinsip asas yang penting untuk mendidik anak. Menurut beliau, hati kanak-kanak adalah suci.kemudian hati itu akan dicorak oleh setiap apa yang menjadi cenderung kepadanya. Sabda Nabi Muhammad(S.A.W) yang bermaksud: Setiap kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan fitrah(suci bersih); ibubapalah yang menjadikan mereka Yahudi,Nasrani atau Majusi. (Riwayat Bukhari) Pendidikan kanak-kanak pada umumnya adalah berasaskan pada dua bahagian iaitu apa yang ditiru daripada orang yang rapat sama ada ahli keluarga ataupun rakan dan apa yang diperolehi secara asuhan. Oleh itu, keluarga dan sekolah menjadi dua institusi terpenting dalam memupuk keperibadian kanakkanak. INSTITUSI KELUARGA Anak merupakan anugerah Allah SWT yang amat berharga kepada sesuatu keluarga dan menjadi amanah Allah SWT kepada ibubapa. Dengan itu, peranan mendidik anak itu menjadi tanggungjawab yang penting bagi mereka. Imam Al-Ghazali menyebut ayat Al-Qur an daripada Surah At-Tahrim(66) :6, yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Selamatkanlah diri kamu serta keluarga kamu daripada api neraka... Dan Nabi Muhammad (SAW) pula telah bersabda yang bermaksud : Adalah menjadi hak seseorang anak untuk mendapat nama yang baik dan pendidikan yang betul daripada ayahnya (Riwayat Bukhari) Oleh kerana kanak-kanak meniru kelakuan ibubapanya,maka adalah perlu ibubapa menunjukkan contoh kelakuan yang sopan. Dalam institusi keluarga, kanak-kanak perlu dididik dalam tiga aspek: Sebagai Individu Sebagai Ahli Masyarakat Sebagai Seorang yang Beragama Sebagai Individu Pendidikan sebagai individu boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu: i) Pendidikan zahir ii) Pendidikan batin. i) Pendidikan zahir Pendidikan zahir adalah untuk memastikan pembentukan tubuh badan yang sihat. Dalam hal ini Al-Ghazali memberikan nasihat berikut: Dr.MY.Kamaruddin/Pendidikan Anak 1 2/14/2014

2 Kanak-kanak memerlukan latihan jasmani setiap hari untuk mengelakkan mereka daripada menjadi bosan dan malas. Tabiat tidur pada waktu siang perlulah dihindarkan kerana kanak-kanak menjadi bodoh dan malas. Tetapi, mereka jangan diganggu daripada tidur awal pada waktu malam. Jangan biarkan kanak-kanak tidur atas tilam yang terlalu lembut(empuk) kerana ini akan menganggu pertumbuhan tubuh dan serta pembentukan otot-otot yang sihat. Selepas menyiapkan kerja rumah atau sekolah,kanak-kanak mestilah dibiarkan bermain. Dengan cara begini, diharapkan tubuh badan dan daya pemikiran kanak-kanak akan berkembang dengan baik. ii) Pendidikan Batin Pendidikan batin bermaksud mengajar nilai hidup yang murni seperti kebijaksanaan, tabah hati,kesederhanaan,keadilan,kasih saying,kebaikan,menjauhkan diri daripada kejahatan dan sebagainya. Cara yang paling berkesan untuk menerap nilai-nilai ini adalah dengan contoh amalan daripada ibu bapa itu sendiri. Menurut Imam Al-Ghazali,kanak-kanak mula mempelajari nilai-nilai ini dan membezakan antara yang baik dengan yang buruk pada lima dan enam tahun. Pendapat ini dipersetujui oleh pendidik moden masakini. Malah tertulis dalam sebuah buku berjudul Early Childhood Education oleh Love dan Osborne satu kenyataan yang berbunyi: Sesetengah pihak menyatakan bahawa seorang kanak-kanak berumur enam tahun telah mempelajari 75% daripada apa yang ia akan belajar sepanjang hayat Untuk memastikan nilai murni yang diajar diamalkan selalu,ibubapa digalakkan sekali-sekala memuji anak-anak dan memberi hadiah. Pada masa yang sama, ibubapa mestilah mengajar anak-anak supaya tidak mementingkan perhiasan diri yang melebihi batas. Contohnya pakaian yang mahal-mahal dan mainan yang banyak. Mereka juga perlu diasuh supaya tidak berada dalam keadaan keseronokan yang berlebihan dan juga tidak dikelilingi oleh kemewahan. Sekiranya anak meningkat dewasa dan tidak mendapti keadaan sepertimana yang telah dibiasakan dengan keadaan keluarganya, ia akan menjadi kecewa dalam hidup. Renungilah kata-kata Imam Al-Ghazali ini : Adalah seperti memasukkan kanak-kanak ke dalam api neraka di dunia apabila ibubapa terlalu membiasakan mereka hidup dalam kemewahan dan kecintaan pada harta benda Sebagai Ahli Masyarakat Untuk mendidik kanak-kanak supaya dapat bergaul di dalam masyarakat secara bertimbang rasa serta harmoni, Al-Ghazali memberi nasihat begini: Ibubapa mesti duduk makan bersama-sama anak-anak mereka. Ini dapat membantu pergaulan mereka dan mereka dapat mempelajari nilai bertimbang rasa serta pengorbanan diri. Dr.MY.Kamaruddin/Pendidikan Anak 2 2/14/2014

3 Kanak-kanak dilatih supaya tidak meminta daripada orang. Jika keluarganya kaya, dia perlu dinasihatkan supaya tidak kedekut untuk mendermakan hartanya kepada orang miskin. Jika keluarganya miskin pula, dia perlu diajar supaya tidak meminta-minta kerana sifat ini memalukan. Malah dia perlu dibimbing supaya berusaha mencari harta sendiri secara yang jujur. Kanak-kanak mestilah dilatih supaya tidak membangga diri. Dia juga perlu diajar supaya tidak membazir dari segi makanan serta pakaian dan keperluan-keperluan lain. Apabila berhadapan dengan orang,dia haruslah diajar bersopan-santun, berlemah-lembut serta merendah diri. Ibubapa mestilah menjauhkan anak-anak daripada bergaul dengan orang yang berakhlak buruk. Anak-ank perlulah dihindarkan daripada bercakap kosong, mengatakan sesuatu yang tidak senonoh atau lucah. Dalam mendidik anak, yang terpenting sekali ialah menjauhkan anak daripada bergaul dengan mereka yang di gelar sebagai sampah masyarakat. Ibubapa perlu mendidik anak-anak supaya menghormati orang-orang tua serta mengikuti nasihat mereka yang baik dan berguna. Mereka mesti bersopan-santun dan tidak mempermainkan orang tua. Orang yang beragama Ibubapa bertanggungjawab mengajar agama kepada anak-anak. Setelah berusia enam atau tujuh tahun,kanak-kanak mestilah diberi tunjuk ajar serta kefahaman mengenai puasa, sembahyang,mengerjakan haji dan lain-lain. Apabila mereka meningkat dewasa dan meningkat keupayaan membezakan antara baik dengan buruk,mereka mesti diajar sekali lagi berkenaan amal ibadat secara lebih mendalam serta memberikan sebab-sebab dan kelebihan mengerjakan amal ibadat itu. Imam Al-Ghazali juga menyatakan bahawa ibubapa bukan sahaja menjadi model dan teladan yang boleh ditiru oleh anakanak, malah mereka mesti jugalah bertindak sebagai penasihat terhadap kelakuan anak-anak. Untuk membetulkan kelakuan yang buruk, Imam Al-Ghazali memberikan petunjuk berikut: Ibubapa mestilah memaafkan apa jua perkara yang tidak baik yang dilakukan oleh kanak-kanak pada pertama kali ia dilakukan. Oleh yang demikian, ibubapa seharusnya bercakap dengan anak-anak dengan penuh perasaan dan belas kasihan. Terangkan kepada mereka mengapa kelakuan mereka salah atau mengapa perbuatan mereka dikatakan tidak elok. Kemudian, jelaskan apa yang patut mereka lakukan. Kanak-kanak yang selalu dimarahi atau selalu dipukul dan didenda akan menjadi susah untuk diasuh dan dididik. Malah, mereka akan menyimpan perasaan dendam dan akan memusuhi ibubapa mereka sendiri. Jangan membiarkan kanak-kanak melakukan sesuatu kegiatan tanpa pengetahuan ibu-bapa. Anak-anak harus dilatih supaya bersikap telus dengan ibubapa tentang setiap kegiatan mereka. Dengan tabiat telus, mereka tidak akan melakukan perkara yang tidak diingini. Dr.MY.Kamaruddin/Pendidikan Anak 3 2/14/2014

4 INSTITUSI SEKOLAH Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa kanak-kanak perlu dihantar ke sekolah di mana mereka akan diajar ilmu agama dan ilmu sains yang berguna. Seperti ibubapa, guru juga mempunyai tanggungjawab dan kewajipan terhadap pendidikan kanak-kanak. Al-Ghazali telah menerangkan kewajipan guru seperti berikut: Seorang guru berkewajipan mempunyai perasaan belas kasih terhadap kanak-kanak dan menganggap mereka seperti anak sendiri. Guru mestilah bertindak sebagai seorang yang memberikan hukumhakam. Guru janganlah menganggap bahawa kanak-kanak bertanggungjawab kepadanya walaupun perasaan bertanggungjawab itu disemaikan padanya. Guru wajib memberi apa jua bentuk nasihat yang berguna kepada kanakkanak. Guru juga perlu memastikan kanak-kanak tidak melakukan sesuatu yang mereka masih belum layak untuk melakukannya.mereka juga perlu diasuh supaya memahami asas sesuatu ilmu dengan jelas sebelum mereka meneroka ke bidang ilmu yang lebih mendalam. Kewajipan yang keempat bagi seorang guru merupakan suatu aspek yang memerlukan ketabahan dan kesabaran, iaitu menasihati kanak-kanak supaya mengelakkan daripada berkelakuan buruk. Cara paling berkesan memberi teguran kepada kanak-kanak adalah secara individu, berterusterang bukan dikhalayak ramai. Teguran pula perlulah disampaikan dengan nasihat yang lemah-lembut serta penuh belas kasih. Kecaman secara terbuka tidak akan berkesan menghindarkan kelakuan buruk, malah ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi ingkar dan menyimpan perasaan dendam. Apabila guru menyampaikan sesuatu ilmu Agama atau ilmu Sains, janganlah dia memperlekehkan bidang ilmu lain dihadapan kanak-kanak yang diajarnya. Guru mestilah memastikan bahawa penyampaiannya jelas dan tidak mengelirukan kanak-kanak. Guru juga hendaklah memastikan bahan pengajarannya tidak terlalu tinggi bagi pemahaman peringkat umur kanakkanak yang diajarnya. Ini adalah untuk memastikan kanak-kanak tidak mengalami kebuntuan fikiran yang akan membuat mereka bosan dengan apa yang diajar. Bagi kanak-kanak yang lemah daya pemikirannya, guru dan ibubapa hendaklah berganding bahu serta memberi perhatian dan penumpuan yang lebih demi untuk memastikan pencapaian mereka tidak tergugat. Peranan kelapan seorang guru adalah amat penting sekali. Guru hendaklah mengamalkan apa sahaja yang diajarnya dan jangan membiarkan perbuatan atau kelakuannya bercanggah dengan nasihatnya. Ini adalah kerana contoh melalui teladan dikuasai oleh apa yang dilihat olih pancaindera. Dr.MY.Kamaruddin/Pendidikan Anak 4 2/14/2014

5 Daripada apa yang telah dibentangkan,jelaslah bahawa prinsip yang diutarakan oleh Imam Al-Ghazali untuk mendidik anak adalah berasaskan kebijaksanaan serta pengalaman beliau sebagai pendidik. Beliau amat mementingkan cara mendidik yang lemah-lembut serta penuh belas kasih dan timbang rasa. Beliau tidak menggalakkan kekerasan atau ugutan bagi membentuk keperibadian anak. Malah, lebih suka anak dinasihatkan secara berbincang dan diterangkan dengan jelas mengapa perasaan atau perbuatan mereka itu dikatakan baik atau buruk. Semoga nasihat Imam Al-Ghazali menjadi pedoman dan amalan kita bersama untuk mengasuh dan mendidik generasi kita masa kini dan akan datang. Diterjemah dan diubahsuai daripada penulisan asal Dr.M. Bayrakdar bertajuk Al-Ghazali on Child Education yang diterbitkan dalam Majalah The Muslim(London)May-June,1980 dan pernah diterbitkan dalam majalah UMMI Mei Nasihat LUQMAN Bersyukurlah kepada Allah, kerana bersyukur itu adalah untuk dirimu sendiri dan jika tiada sesiapa yang bersyukur, sesungguhnya Allah itu Maha kaya lagi Maha Terpuji Jangan kamu mempersekutukan Allah kerana mempersukutukan Allah itu adalah satu kesalahan dan dosa yang amat besar. Berbuat baiklah kepada kedua ibubapa kerana kesusahan mereka menjaga kamu dan penderitaan ibumu mengandungkanmu dan menyusukanmu selama 2 tahun Jangan kamu ikuti perintah kedua ibubapa jika perintah itu memaksa kamu mempersekutukan Allah tetapi pergaulilah mereka dengan baik. Buatlah kebaikan kerana kebaikan itu walaupun sebesar biji sawi atau tersembunyi di dalam batu, di langit atau di bumi, akan di perhitungkan oleh Allah kerana Allah Maha Mengetahui Dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat baik(amal makruf) serta cegahlah berbuat buruk(kemungkaran) dan teguhkan hati dalam apa jua yang menimpa kamu. Janganlah kamu bersikap sombong, dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh kerana Allah tidak menyukai sikap sombong dan angkuh. Bersederhanalah dalam berjalan dan lembutkanlah suaramu kerana contoh suara yang buruk itu ialah seperti suara keldai. Dr.MY.Kamaruddin/Pendidikan Anak 5 2/14/2014

6 Dr.MY.Kamaruddin/Pendidikan Anak 6 2/14/2014

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik

Keutuhan Peribadi. Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik Keutuhan Peribadi Zahari Daud Ketua Penolong Pendaftar Bahagian Pengurusan Akademik Penghayatan Nilai dan Etika Nilai dan Etika dalam perkhidmatan awam adalah dasar utama yang akan melahirkan kecemerlangan,

Lebih terperinci

BAB 7: NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM

BAB 7: NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM BAB 7: NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM Kisah Luqman Siapakah Luqman Al-Hakim Luqman Al-Hakim ialah seorang hamba Allah yang soleh lagi bertakwa. Namanya tercatat dalam Al-Quran. Beliau dianugerahi ilmu pengetahuan,

Lebih terperinci

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 2

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 2 Kertas ini mengandungi lima soalan. Jawab semua soalan. 1. a) Tuliskan semula petikan ayat al-quran dan letakkan tanda baris dengan sempurna. (Surah al-mukminun : 1-3) b) Firman Allah swt. (Surah al-an

Lebih terperinci

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL Semester I 2016-2017 TUGASAN INDIVIDU NAMA : QHAIRUN IZZATY BINTI AZIZ NO MATRIK : A149099 SET KURSUS : 6 1. Apakah perbezaan antara adab dan etika? Adab adalah suatu istilah

Lebih terperinci

BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri Nilai berkaitan dengan perkembangan diri melibatkan nilai-nilai kepercayaan kepada Tuhan, amanah, bertanggungjawab, harga diri, hemah tinggi, toleransi, berdikari,

Lebih terperinci

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

SABAR ANUGERAH TERINDAH "SABAR ANUGERAH TERINDAH" Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa, mengamalkan syariat di segenap sudut kehidupan di samping melaksanakan segala tuntutan perintah Allah dan menghindari

Lebih terperinci

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR "PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR" Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-nya dan meninggalkan segala larangan-nya. Kepimpinan di

Lebih terperinci

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Marilah kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

Lebih terperinci

Akhlak Mahmudah (Akhlak Rasulullah) & Akhlak Mazmumah

Akhlak Mahmudah (Akhlak Rasulullah) & Akhlak Mazmumah Akhlak Mahmudah (Akhlak Rasulullah) & Akhlak Mazmumah Terlebih dahulu saya memberikan maksud Akhlak Islam, kerana sifat-sifat ini banyak dibincangkan dalam ilmu Akhlak. Maksud Akhlak ialah budi pekerti

Lebih terperinci

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 02. Sabar apabila mendapat kesulitan; 03. Tawakal apabila mempunyai rencana/ rancangan;

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 02. Sabar apabila mendapat kesulitan; 03. Tawakal apabila mempunyai rencana/ rancangan; 01. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 02. Sabar apabila mendapat kesulitan; 03. Tawakal apabila mempunyai rencana/ rancangan; 04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan; 05. Jangan membiarkan hati larut dalam

Lebih terperinci

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan 1 2 PENDAHULUAN Hasil Pembelajaran Kandungan Bab BAB 4 KONSEP AKHLAK II Menerangkan definisi moral, etika dan akhlak. Menerangkan perbezaan antara moral, etika dan akhlak. Menghuraikan skop akhlak Islam

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA: KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 KBK 4 NAMA: KELAS: 4 ( ) ARAHAN KEPADA CALON MUKA DEPAN 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas. Bahagian Markah

Lebih terperinci

LALUAN KEHIDUPAN

LALUAN KEHIDUPAN 2006 LALUAN KEHIDUPAN Kelahiran 15.2.2015 Kematian MERENUNG DIRI Adalah tuan berkesempatan solat lima waktu di masjid? Adakah tuan membaca al-quran dan memahami bacaan tersebut? Berapa banyakkah tuan sempat

Lebih terperinci

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

BAB 6: ETIKA KRISTIAN BAB 6: ETIKA KRISTIAN Konsep tritunggal yang menjadi asas kepada kepercayaan agama Kristian terdiri daripada perhubungan tiga hala antara Tuhan dan manusia. Agama Kristian Agama Kristian adalah agama monotheis

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN MORAL 2000 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN

Lebih terperinci

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini.

1. Jangan sekali-kali fikir bahawa kita akan masih hidup setelah menghabiskan solat ini. - Berbicara tentang solat, ada banyak cara untuk mencapai solat yang khusyuk, tapi saranan saya, tak perlu banyak tips atau petua untuk mencapai solat yang lebih khusyu. Tak perlu berlembar-lembar atau

Lebih terperinci

Diterjemahkan oleh Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip (2010)

Diterjemahkan oleh Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip (2010) SKALA KONSEP KENDIRI MULTIDIMENSI (SKKM) Oleh Bracken, B. A. 1992. Diterjemahkan oleh Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip (2010) Arahan: Sila nilai pernyataan berikut berdasarkan ketepatan pernyataan tersebut

Lebih terperinci

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Marilah kita bertakwa kepada Allah s.w.t.

Lebih terperinci

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran BAB 5: AKHLAK RASULULLAH SAW HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran PENGENALAN Islam adalah agama yang bukan hanya mementingkan aspek akidah

Lebih terperinci

PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 05/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK I. Maruwiah Ahmat 1

PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 05/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK I. Maruwiah Ahmat 1 1 2 Hasil Pembelajaran Kandungan Bab BAB 4 KONSEP AKHLAK I Menerangkan definisi moral, etika dan akhlak. Menerangkan perbezaan antara moral, etika dan akhlak. Menghuraikan skop akhlak Islam 4.1 Maksud

Lebih terperinci

DAFTAR TERJEMAH NO BAB HLM TERJEMAH TEKS

DAFTAR TERJEMAH NO BAB HLM TERJEMAH TEKS DAFTAR TERJEMAH NO BAB HLM TERJEMAH TEKS 1 I 4 Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan -mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang

Lebih terperinci

DOA IBUBAPA PADA ANAK

DOA IBUBAPA PADA ANAK KEHEBATAN DOA IBUBAPA PADA ANAK Sejauh mana ibubapa mengamalkan doa pada anak-anak mereka, atau berapa ramai antara kita yang mempraktikan dalam kehidupan harian mereka. Doa ibubapa mempunyai sejuta rahsia

Lebih terperinci

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 5

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 5 Kertas ini mengandungi lima soalan. Jawab semua soalan. 1. a) Tuliskan semula petikan ayat al-quran dan letakkan tanda baris dengan sempurna. b) Firman Allah swt. (Surah al-taubah :129 ) Ayat di atas menerangkan

Lebih terperinci

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA Anak-anak walaupun telah bersuami ataupun beristeri masih mempunyai tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa mereka. Tanggungjawab anak kepada kedua ibu bapa terbahagi

Lebih terperinci

BAB 5 Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

BAB 5 Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia BAB 5 Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia Hak asasi manusia adalah salah satu perkara penting yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Antara nilai-nilai yang berkaitan dengan hak asasi manusia

Lebih terperinci

PANDUAN : Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak

PANDUAN : Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak PANDUAN : Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak 1. Menanam uri Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saatsaat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan.

Lebih terperinci

Apabila Aktivis Dakwah Ditimpa Futur (Malas) Muhammad Haniff Hassan

Apabila Aktivis Dakwah Ditimpa Futur (Malas) Muhammad Haniff Hassan Apabila Aktivis Dakwah Ditimpa Futur (Malas) Muhammad Haniff Hassan Erti Futur Futur adalah perkataan dari bahasa Arab asalnya ia bermakna terputus, berhenti, malas dan lambat, setelah sebelumnya konsisten

Lebih terperinci

DAFTAR TERJEMAH No Halaman BAB Terjemah

DAFTAR TERJEMAH No Halaman BAB Terjemah DAFTAR TERJEMAH No Halaman BAB Terjemah 1 4 I Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat

Lebih terperinci

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002 RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002 Dalam keghairahan negara untuk mencapai matlamat pembangunan bangsa yang maju dan dinamik yang bersendikan pembangunan sains dan teknologi, tidak dapat dinafikan

Lebih terperinci

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (LMCK 1621 SET 8 ETIKA DAN PROFESIONAL) SEMESTER 1 SESI 2016/2017 (TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA) PENSYARAH : DR. MARINA BINTI ZAHARI NAMA

Lebih terperinci

Ditulis oleh : Hajar Abdullah

Ditulis oleh : Hajar Abdullah Ditulis oleh : Hajar Abdullah ISI KANDUNGAN PENGENALAN 1 APA SEBAB KITA TAK FAHAM QURAN?...2 7 TEKNIK BERKOMUNIKASI DENGAN QURAN #1 Perbaiki Hati 6 #2 Tahu Sebab Baca Al- Quran 7 #3 Baca Dalam Solat.8

Lebih terperinci

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP. pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana BAB 5: KESIMPULAN, CADANGAN DAN PENUTUP 5.1 Pendahuluan Secara umumnya, penggunaan kaedah transliterasi dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih memerlukan kajian lanjutan. Ini kerana

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sukatan Pelajaran TASAWWUR ISLAM 2000 RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung citacita hendak mencapai perpaduan yang

Lebih terperinci

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan BAB KEENAM PENUTUP 6.1 PENGENALAN Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan antara pendidikan yang dijalankan oleh intitusi formal dan pendidikan yang dianjurkan oleh

Lebih terperinci

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika BAB 2 : PERBEZAAN ANTARA AKHLAK, MORAL DAN ETIKA HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Lebih terperinci

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23: SALING MENGHORMATI Saling hormat-menghormati adalah salah satu sifat mahmudah atau sifat terpuji dalam Islam. Sifat saling hormat-menghormati ini harus ada kepada seseorang muslim yang mengaku beriman

Lebih terperinci

ADAB AMAR MAARUF DAN NAHI MUNKAR

ADAB AMAR MAARUF DAN NAHI MUNKAR ADAB AMAR MAARUF DAN NAHI MUNKAR 1 Bahagian Tajuk kecil Cadangan Adab Amar makruf Adab dalam 1. Memahami garis panduan adab amar makruf kehidupan Bersosial 2. Memahami cara beradab dalam amar makruf 3.

Lebih terperinci

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci? HILANG KASIH SAYANG TIMBUL BENCI ISLAM sebagai ajaran lengkap dan menyeluruh dalam setiap aspek kehidupan manusia sejagat memiliki panduan yang ditetapkan Tuhan bagi menjamin kesejahteraan hidup umatnya

Lebih terperinci

11 Cerita Sosial Adab

11 Cerita Sosial Adab 11 Cerita Sosial Adab Siri Akhlaq oleh Izaida Ibrahim Dedikasi khas untuk anak-anak Autism Spectrum Disorder Direka dengan Visual Sokongan Tahun penerbitan: 2015. Cetakan pertama. Hakcipta terpelihara

Lebih terperinci

DAFTAR TERJEMAH. No Hal Bab Terjemahan

DAFTAR TERJEMAH. No Hal Bab Terjemahan DAFTAR TERJEMAH No Hal Bab Terjemahan 1 2 I Dan ingatlah, ketika Tuhanmu berkata kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan manusia (sebagai) khalifah di muka bumi. (Q.S. Al-Baqarah:30). 2.

Lebih terperinci

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT

DRAF MAC KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DRAF MAC KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT 2013 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT BAHAGIAN

Lebih terperinci

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin TANGAN MENCATAT DI BUMI, JIWA MENDONGAK KE LANGIT Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin moasriza@yahoo.com Seperti mana kepetahan dan kefasihan itu tidak dimiliki oleh semua orang, demikian juga ketajaman dan

Lebih terperinci

KHATIB BILAL Sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia yang diadakan pada 2 hingga 7 Oktober 2017, mimbar pada hari ini akan membincangkan khutbah yang bertajuk: Islam melarang umatnya dari

Lebih terperinci

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI

10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI 10.0 RUMUSAN DAN REFLEKSI Dapatan kajian ini telah menunjukkan teknik ENIS dapat membantu murid menguasai kemahiran sifir 2-5. Selepas penyelidikan tindakan ini, murid melahirkan perasaan yakin dan seronok

Lebih terperinci

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih

PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih Bahan cetakan ini mengandungi ayat al-quran. Jangan pijak/langkah. PANDUAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA Aras 4 Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran

Lebih terperinci

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut. BAB LIMA PENUTUP 5.1 Pendahuluan Bab ini menghuraikan rumusan tentang penemuan kajian dan cadangan-cadangan ke arah menjadikan Kursus Pendidikan Islam mempengaruhi terhadap cara hidup pelajar dalam semua

Lebih terperinci

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3 Kertas ini mengandungi lima soalan. Jawab semua soalan. 1 a) Tuliskan semula petikan ayat al-quran berikut dan letakkan tanda baris dengan sempurna. b) Firman Allah swt. : ( Surah al-taubah : 128 ) (Surah

Lebih terperinci

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit Tasawwur Islam Kertas Percubaan SPM 200 / Jam Nama Pelajar : Tingkatan : JABATA PELAJARA EGERI PAHA G PEPERIKSAA PERCUBAA SPM 200 TASAWWUR ISLAM Kertas Satu jam lima belas minit JA GA BUKA KERTAS SOALA

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA :

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA : KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 KBK 5 NAMA : KBK : 5 ( ) ARAHAN KEPADA CALON MUKA DEPAN 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas. 2. Tuliskan nama anda

Lebih terperinci

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM 1 1. Apakah yang dimaksudkan dengan memberi maklumat? Ia adalah satu tindakan sukarela oleh mana-mana pekerja/orang awam (setakat perkhidmatan

Lebih terperinci

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH

PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH PENGGUNAAN PERKATAAN ALLAH Penggunaan nama Allah oleh penganut agama bukan Islam menjadi polimik hangat dalam negara, menjadi lebih panas setelah Mahkamah membuat keputusan keizinan kepada pehak gereja

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN MORAL 2000 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN

Lebih terperinci

TUNJANG 5 : KEROHANIAN, MORAL & NILAI UMUR : 4 TAHUN

TUNJANG 5 : KEROHANIAN, MORAL & NILAI UMUR : 4 TAHUN TUNJANG 5 : KEROHANIAN, MORAL & NILAI UMUR : 4 TAHUN : (PM 6.0) Hormat menghormati : (PM6.1) Menghormati anggota keluarga : (PM 6.1.1 Menunjukkan taat dan hormat kepada ahli keluarga : Kecekapan Tenaga

Lebih terperinci

PENGENALAN HAJI DAN UMRAH. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji

PENGENALAN HAJI DAN UMRAH. Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji PENGENALAN HAJI DAN UMRAH Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji TALBIAH PENGERTIAN HAJI DAN UMRAH PENGERTIAN HAJI Haji Ialah Mengunjungi Baitullah Al-Haram (Kaabah) Di Makkah Pada Bulan-bulan Haji Untuk

Lebih terperinci

Peperiksaan Percubaan SPM 2011 Pendidikan Islam Kertas 2 PERATURAN PEMARKAHAN NO. JAWAPAN SOALAN 1 (a) (i) Dua golongan yang mempersendakan Islam: Murtad Munafik Musyrikin Ahli maksiat / Asi MARKAH Dua

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2 KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2 NAMA: KELAS: KBM 2 CAWANGAN: MUKA DEPAN ARAHAN KEPADA CALON 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas.

Lebih terperinci

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH

PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH PENGERTIAN DAN KONSEP FARDU AIN DAN FARDU KIFAYAH Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan ibadah? Ibadah ialah penyembahan yang dilakukan dengan jalan tunduk dan merendah diri serendah-rendahnya, yang

Lebih terperinci

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah? Bab 5 Tingkatan 4 Esei 1.Nabi telah menguasai semula Kota Makkah pada tahun 630 M. (a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota

Lebih terperinci

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU 2010 Cetakan Pertama 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan keluar

Lebih terperinci

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf.

DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA. Umumnya kenal itu pelajaran tauhid, cinta itu pelajaran tasawuf. DALIL2 SYARA TENTANG KECINTAAN HAMBA KEPADA ALLAH TA ALA Mencintai Allah Taala itu disepakati wajibnya. Tak kenal, maka tak cinta. Setelah kenal, barulah ada rasa nak cinta. Umumnya kenal itu pelajaran

Lebih terperinci

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Etika Kerja. Kementerian Pelajaran Malaysia. Junjung Amanah Pembangunan Insan Mulia Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Junjung Amanah Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur 2003 Isi Kandungan FALSAFAH PELAJARAN KEBANGSAAN iii. MISI KPM iii. OBJEKTIF KPM iii. PENDAHULUAN 1.

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2 KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2 NAMA: KELAS: KBM 2 CAWANGAN: MUKA DEPAN ARAHAN KEPADA CALON 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas.

Lebih terperinci

Agama Buddha. i. Ia berasal dari negara India pada kurun ke-6 SM dan diasaskan oleh Gautama Buddha sebagai salah satu interpretasi agama Hindu.

Agama Buddha. i. Ia berasal dari negara India pada kurun ke-6 SM dan diasaskan oleh Gautama Buddha sebagai salah satu interpretasi agama Hindu. BAB 7: ETIKA BUDDHA Agama Buddha i. Ia berasal dari negara India pada kurun ke-6 SM dan diasaskan oleh Gautama Buddha sebagai salah satu interpretasi agama Hindu. ii. Ia menolak sistem Veda serta sistem

Lebih terperinci

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 PENDAHULUAN Bab ini membentangkan rumusan daripada analisis dapatan kajian untuk menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk kajian akan datang.

Lebih terperinci

BAHAGIAN A [20 markah] Peperangan yang berlaku memusnahkan harta dan mengorbankan jiwa manusia

BAHAGIAN A [20 markah] Peperangan yang berlaku memusnahkan harta dan mengorbankan jiwa manusia BAHAGIAN A [20 markah] 1 Para nabi dan rasul terpelihara daripada melakukan maksiat. Pernyataan di atas merujuk kepada A mukjizat B makrifah C maksum D maunah 2 Peperangan yang berlaku memusnahkan harta

Lebih terperinci

KISI KISI SOAL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KELAS UTS GENAP KELAS VII (TUJUH) (untuk memperkaya wawasan WAJIB BACA BUKU PAKET)

KISI KISI SOAL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KELAS UTS GENAP KELAS VII (TUJUH) (untuk memperkaya wawasan WAJIB BACA BUKU PAKET) KISI KISI SOAL PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KELAS UTS GENAP KELAS VII (TUJUH) (untuk memperkaya wawasan WAJIB BACA BUKU PAKET) SEJARAH NABI MUHAMMAD DI MAKKAH BACA DI BUKU PAKET HALAMAN 109 126 (lebih lengkap)

Lebih terperinci

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR Pengenalan BAGAIMANA MENJADI SEORANG PELAJAR Kehidupan dikampus adalah menyeronokkan; tetapi ianya juga penuh dengan suasana persaingan. Pendidikan yang kamu diperolehi disitu, dan sikap yang terbentuk,

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA:

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA: KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA: KELAS: KBM 2 CAWANGAN: ARAHAN KEPADA CALON MUKA DEPAN 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas. Bahagian

Lebih terperinci

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN DUA 2011 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MODUL TERAS ASAS PENDIDIKAN MORAL TAHUN

Lebih terperinci

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME NAMA NURUL AMALINA BINTI AHMAD NO MATRIK A146240 TAJUK PROGRAM/ PROJEK BENGKEL ADOBE ILLUSTRATOR( BASIC) TEMPAT MAKMAL KOMPUTER 8 & 9 BLOK C,

Lebih terperinci

Bahagian Ketiga: Tafsiran Ayat-ayat 32-44

Bahagian Ketiga: Tafsiran Ayat-ayat 32-44 Bahagian Ketiga: Tafsiran Ayat-ayat 32-44 Selepas penceritaan kisah Ashabul Kahfi dan amal soleh, maka Allah memperkenalkan kepada kita cerita dua sahabat yang memperlihatkan nilai-nilai yang kekal atas

Lebih terperinci

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih

PANDUAN. Sembahyang Sunat Tarawih PANDUAN Sembahyang Sunat Tarawih 1 PANDUAN SEMBAHYANG SUNAT TARAWIH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA Aras 4 Blok D9, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519, W.P PUTRAJAYA, MALAYSIA Telefon

Lebih terperinci

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat

Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat Soalan berkumpulan. Kepelbagaian sosio budaya individu dalam sistem pendidikan bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar.manakala

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan

Lebih terperinci

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan?

Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan? Mengapakah Tuhan Tidak Menjawab Doa Saya? Adakah anda bercakap dengan Tuhan? Adakah anda meluahkan masalah anda kepada-nya dan meminta pertolongan daripada-nya? Ramai orang berasa bahawa perbuatan ini

Lebih terperinci

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud

Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud Disediakan oleh: Datuk Hj. Mohamad Shahir bin Hj. Abdullah Disemak oleh: Datuk Hj. Ahmad Shahir bin Hj. Daud 1 JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA Cetakan Ketigabelas 2002 Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 3 NAMA:

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 3 NAMA: KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 3 NAMA: KELAS: KBM 3 CAWANGAN: ARAHAN KEPADA CALON MUKA DEPAN 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas. Bahagian

Lebih terperinci

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN BINA INSAN GURU INVENTORI PERSONALITI SIDEK.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN BINA INSAN GURU INVENTORI PERSONALITI SIDEK. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN BINA INSAN GURU SIRI :.. TARIKH : INVENTORI PERSONALITI SIDEK Nama : Tarikh Ujian : Jantina : No.KP. : Etnik : Agama

Lebih terperinci

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN 3 April 2017 PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN Doa merupakan wasilah bagi meminta bantuan dan pertolongan dari Allah bagi segala perkara dan tindakan, ini termasuklah dalam mengharapkan

Lebih terperinci

HALAL, HARAM & SYUBHAT

HALAL, HARAM & SYUBHAT HALAL, HARAM & SYUBHAT Muhammad Haniff Hassan ismhaniff@ntu.edu.sg / www.haniff.sg Hadis Sandaran Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud Apa yang halal adalah jelas dan apa yang haram juga telah

Lebih terperinci

Peranan Penyokong Kumpulan Advokasi Diri

Peranan Penyokong Kumpulan Advokasi Diri Peranan Penyokong Kumpulan Advokasi Diri Bahagian dari presentasi ini dihasilkan oleh Cik Yoshie Dan (JOCV) United Voice Persatuan Advokasi Diri Orang Bermasalah Pembelajaran Selangor & Kuala Lumpur Kenapa

Lebih terperinci

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 4 )

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 4 ) DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM WD4053 : Fiqh Munakahat (Minggu 4 ) PENSYARAH: Ustazah Dr Nek Mah Batri PhD Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD Fiqh Sains & Teknologi (UTM) Silibus Munakahat: Poligami dalam Islam

Lebih terperinci

DALAM Islam, soal adab amat utama. Tidaklah Nabi

DALAM Islam, soal adab amat utama. Tidaklah Nabi 124 Bab 5 HIDUP DIHIASI ADAB DALAM Islam, soal adab amat utama. Tidaklah Nabi Muhammad diangkat menjadi rasul selain daripada menyempurnakan adab manusia. Kita semua adalah pengamal Tariqah Qadiriyah Naqsyabandiah.

Lebih terperinci

BAB I PENGANTAR. A. Latar Belakang Masalah. Ku anfusakum wa ahlikum naaro... Penggalan al-qur an surat at-

BAB I PENGANTAR. A. Latar Belakang Masalah. Ku anfusakum wa ahlikum naaro... Penggalan al-qur an surat at- BAB I PENGANTAR A. Latar Belakang Masalah Ku anfusakum wa ahlikum naaro... Penggalan al-qur an surat at- Tahrim ayat 6 tersebut semestinya sudah familiar di telinga seluruh muslimin dan muslimah. Penggalan

Lebih terperinci

Mencipta Alat Permainan Magnet Daripada Bahan Terbuang: Kaedah Alternatif Mengajar Topik Magnet

Mencipta Alat Permainan Magnet Daripada Bahan Terbuang: Kaedah Alternatif Mengajar Topik Magnet 76 Mencipta Alat Permainan Magnet Daripada Bahan Terbuang: Kaedah Alternatif Mengajar Topik Magnet Tong Li Xiang1 Chin Chee Keong2 1 SJK( C) Yoke Hua, Air Mawang 73100 Johol, Negeri Sembilan. 2 IPG Kampus

Lebih terperinci

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS SULIT Pendidikan Islam Ogos 2009 2 jam ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) TAHUN 2009

Lebih terperinci

ISI KANDUNGAN: Bab 1 Tujuan Kehidupan Mukmin. Bab 2 Kekayaan Hati. Bab 3 Menempuh Cabaran. Bab 4 Di Sisi Orang Mukmin. Bab 5 Barokatologi (Berkat)

ISI KANDUNGAN: Bab 1 Tujuan Kehidupan Mukmin. Bab 2 Kekayaan Hati. Bab 3 Menempuh Cabaran. Bab 4 Di Sisi Orang Mukmin. Bab 5 Barokatologi (Berkat) ISI KANDUNGAN: Bab 1 Tujuan Kehidupan Mukmin Bab 2 Kekayaan Hati Bab 3 Menempuh Cabaran Bab 4 Di Sisi Orang Mukmin Bab 5 Barokatologi (Berkat) Bab 6 Tingkatkan Nilai Sebenar Bab 7 Antara Hamba Dengan Tuhannya

Lebih terperinci

Mendidik Anak dengan Teladan Shaleh

Mendidik Anak dengan Teladan Shaleh Mendidik Anak dengan Teladan Shaleh Khutbah Pertama:??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Lebih terperinci

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A 1(a) (i) Pengertian potongan ayat : Dan kurnikanlah pada kami rahmat dari sisimu ( 1x2=2 markah ) (ii) Ciri-ciri orang yang mendapat Hidayah Allah : - tabah dan sabar menghadapi

Lebih terperinci

2 SULIT 45/1 Bahagian A [20 markah] Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja

2 SULIT 45/1 Bahagian A [20 markah] Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja www.papercollection.wordpress.com 2 Bahagian A [20 markah] Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja 1 (a) Firman Allah SWT: سورة البقرة : 155-156 Ayat di atas menjelaskan ujian Allah

Lebih terperinci

OBJEKTIF KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PASIF. Manipulatif. Agresif CARA PERHUBUNGAN DAN CORAK KOMUNIKASI CORAK KOMUNIKASI

OBJEKTIF KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PASIF. Manipulatif. Agresif CARA PERHUBUNGAN DAN CORAK KOMUNIKASI CORAK KOMUNIKASI KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI CARA PERHUBUNGAN DAN CORAK KOMUNIKASI OBJEKTIF Mengenal pasti dan membezakan cara perhubungan asertif, pasif, agresif dan manipulatif Mengenal pasti dan membezakan corak iaitu kalah-menang,

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan

Lebih terperinci

Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan)

Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan) 1 Kemahiran : Nyatakan (Memberi jawapan yang specific tanpa memerlukan penerangan lanjut /huraian/sokongan) Kemahiran : Jelaskan (memberi penerangan tentang sesuatu dengan sokongan supaya mudah difahami)

Lebih terperinci

UNDANG-UNDANG SYARIAH (Bahagian 1) i) NAFKAH ORANG ISLAM ii) HADHANAH NAFKAH ORANG ISLAM

UNDANG-UNDANG SYARIAH (Bahagian 1) i) NAFKAH ORANG ISLAM ii) HADHANAH NAFKAH ORANG ISLAM UNDANG-UNDANG SYARIAH (Bahagian 1) i) NAFKAH ORANG ISLAM ii) HADHANAH NAFKAH ORANG ISLAM Apa itu Nafkah? Belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib atas seseorang untuk membiayainya. Contoh : tempat

Lebih terperinci

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MORAL

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MORAL DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS (MASALAH PEMBELAJARAN) PENDIDIKAN MORAL TAHUN EMPAT 2013 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN

Lebih terperinci

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM TUJUAN PERKAHWINAN DALAM ISLAM 1. Memelihara Kesinambungan Kemanusiaan - Menjamin kelangsungan keturunan dan generasi manusia 2. Memelihara Nasab Keturunan - Mewujudkan keturunan yang baik. 3. Memelihara

Lebih terperinci

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1013 Psikologi Personaliti Personaliti dan Sistem Sosial (Minggu 4 & 5)

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1013 Psikologi Personaliti Personaliti dan Sistem Sosial (Minggu 4 & 5) DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 1013 Psikologi Personaliti Personaliti dan Sistem Sosial (Minggu 4 & 5) Pensyarah: Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri - PhD Objektif Pembelajaran Di akhir modul para

Lebih terperinci

TASAWWUR ISLAM KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit

TASAWWUR ISLAM KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit SULIT SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PENDIDIKAN KELANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 Tasawwur Islam Kertas 2 Ogos 2017 2 ½ jam 5226/2 TASAWWUR ISLAM KERTAS 2 Dua jam tiga puluh

Lebih terperinci

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty PANDUAN BIL.1 TAHUN 2012 PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI BERPRESTASI RENDAH DAN PEGAWAI YANG BERMASALAH BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABAT AN PENDAFT

Lebih terperinci

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa Muhammad Haniff Hassan Pendahuluan Tidak syak lagi tarbiyah dan pembangunan sumber manusia adalah unsur yang penting dalam kerja Islam. Namun rasa kepentingan seharusnya

Lebih terperinci