PANDUAN PERLINDUNGAN TERHADAP JENAYAH PENYAMARAN LAMAN WEB (WEB PHISHING SCAMS)

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "PANDUAN PERLINDUNGAN TERHADAP JENAYAH PENYAMARAN LAMAN WEB (WEB PHISHING SCAMS)"

Transkripsi

1 PANDUAN PERLINDUNGAN TERHADAP JENAYAH PENYAMARAN LAMAN WEB (WEB PHISHING SCAMS) UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI HAK CIPTA MAMPU M A M P U, J a b a t a n P e r d a n a M e n t e r i 1

2 PANDUAN PERLINDUNGAN TERHADAP JENAYAH PENYAMARAN LAMAN WEB (WEB PHISHING SCAMS) A. PENGENALAN Phishing adalah merujuk kepada jenayah penipuan melalui penghantaran e-mel atau mesej palsu melalui aplikasi e-mel, teks pesanan ringkas (sms), instant messenger atau media jaringan sosial kepada pengguna bertujuan untuk mendapatkan maklumat peribadi yang sensitif seperti nama pengguna (username), kata laluan (password), nombor kad pengenalan, butiran kad kredit dan sebagainya. Maklumat peribadi yang telah diserahkan akan diguna sebagai elemen pencurian identiti ke atas pengguna tersebut dan disalahgunakan untuk tujuan tertentu (rujuk Rajah 1). P E N G E N A L A N Rajah 1: Contoh E-mel Phishing kepada Pengguna Pengguna selalunya terpedaya dengan e-mel palsu sebegini kerana e-mel penyamaran yang dilakukan hampir menyerupai e-mel dari organisasi yang sah seperti institusi perbankan elektronik, sebagai contoh Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Banking dan sebagainya serta laman web e-dagang seperti ebay dan PayPal. Sehubungan itu, pengguna yang terpedaya akan dibawa melalui hyperlink yang disediakan di dalam M A M P U, J a b a t a n P e r d a n a M e n t e r i 2

3 e-mel tersebut ke laman web palsu sekaligus memasukkan maklumat yang dikehendaki oleh kumpulan penipuan siber tersebut. Kesan yang akan timbul daripada aktiviti phishing ini adalah seperti berikut: i. Kerugian yang besar dari segi kewangan; ii. iii. Pencurian identiti (digunakan untuk melakukan jenayah); dan Halangan capaian (akses) ke akaun e-mel atau akaun perbankan elektronik. B. PANDUAN PERLINDUNGAN TERHADAP PHISHING 1. Waspada Dengan E-mel Yang Meminta Maklumat Sensitif Pengguna hendaklah sentiasa berwaspada terhadap setiap e-mel yang meminta maklumat-maklumat sensitif melalui link yang disediakan di dalam e-mel. Ini berikutan semua institusi perbankan elektronik serta organisasi e-dagang (pembelian secara online) TIDAK AKAN MENGHANTAR E-MEL ATAU TEKS PESANAN RINGKAS (SMS) kepada pelanggan serta meminta mereka untuk mengemaskini atau memberikan maklumat sensitif seperti nombor akaun, nama akaun pengguna, kata laluan, nombor kad pengenalan, butiran kad kredit dan sebagainya. P A N D U A N 3. Pastikan Kesahihan Link 2. Jangan Log Masuk Melalui Link Yang Disediakan Dalam E-mel Pengguna dinasihatkan untuk tidak log masuk (login) ke mana-mana akaun e-mel atau perbankan online melalui link yang disediakan oleh mana-mana pihak/ laman web selain daripada capaian link sebenar yang sah dan disediakan oleh institusi tersebut. Pastikan kesahihan link yang disediakan dengan mengarahkan kursor tetikus (mouse cursor) ke atas link tersebut bagi melihat alamat URL di bar status yang terletak di bahagian bawah pelayar web. Sekiranya alamat URL di bar status M A M P U, J a b a t a n P e r d a n a M e n t e r i 3

4 adalah berbeza dengan alamat yang dinyatakan di dalam link e-mel, ia bermaksud link URL tersebut adalah link yang tidak sah dan hanya akan membawa pengguna ke laman web phishing (Rujuk Rajah 2). Alamat URL Pada Link Yang Diberikan Letakkan Kursor Tetikus Di Atas Alamat URL Yang Diberikan Perbezaan Alamat URL!! Alamat URL Pada Bar Status Pelayar Web Rajah 2: Pengesahan Kesahihan Capaian Link 4. Pastikan Laman Web Menggunakan Secure Hypertext Transfer Protocol (HTTPS) Laman web perbankan online / e-dagang yang sah atau mana-mana laman web yang melibatkan pemprosesan maklumat sensitif akan menggunakan protokol internet yang telah dienkripsi, iaitu dikenali sebagai Secure Hypertext Transfer Protocol (HTTPS). Sehubungan itu, pengguna hendaklah memastikan laman web yang dilayari tersebut menggunakan alamat URL yang dimulakan dengan https dan mempunyai simbol kekunci Secure Socket Layer (SSL) pada bar status pelayar web sebelum melakukan sebarang transaksi secara online (rujuk Rajah 3). M A M P U, J a b a t a n P e r d a n a M e n t e r i 4

5 Secure Hypertext Transfer Protocol ( Simbol kekunci SSL Rajah 3: Laman Web dengan Secure Hypertext Transfer Protocol 5. Lakukan Semakan Kesahihan Sijil Server SSL (SSL Server Certificate) Semakan ke atas kesahihan Sijil Server SSL (SSL Server Certificate) boleh dilakukan dengan langkah-langkah seperti berikut: (a) Pelayar Web Mozilla Firefox i. Klik sebanyak dua (2) kali pada simbol kekunci di ruangan bar status pelayar web (rujuk Rajah 4-A); ii. iii. Klik pada pilihan View Certificate untuk memaparkan maklumat SSL Server Certificate bagi laman web tersebut (rujuk Rajah 4-B); dan Pastikan alamat URL yang tertera pada ruangan alamat pelayar web adalah sama dengan alamat URL yang dinyatakan di dalam ruangan maklumat SSL Server Certificate (rujuk Rajah 4-C). Sebarang percanggahan maklumat bermaksud sijil SSL tersebut adalah tidak sah dan laman web tersebut adalah palsu. M A M P U, J a b a t a n P e r d a n a M e n t e r i 5

6 Klik dua (2) kali pada simbol kekunci Rajah 4-A: Langkah i - Semakan ke atas Sijil Server SSL (Mozilla Firefox) Klik Pilihan View Certificate Rajah 4-B: Langkah ii - Semakan ke atas Sijil Server SSL (Mozilla Firefox) M A M P U, J a b a t a n P e r d a n a M e n t e r i 6

7 Pastikan kedua-dua alamat URL adalah sama Rajah 4-C: Langkah iii - Semakan ke atas Sijil Server SSL (Mozilla Firefox) (b) Pelayar Web Internet Explorer: i. Klik pada simbol Security Report di ruangan bersebelahan paparan alamat URL pada pelayar web (rujuk Rajah 5-A); ii. iii. Klik pada pilihan View Certificates untuk memaparkan maklumat SSL Server Certificate bagi laman web tersebut (rujuk Rajah 5-B); dan Pastikan alamat URL yang tertera pada ruangan alamat pelayar web adalah sama dengan alamat URL yang dinyatakan di dalam ruangan maklumat SSL Server Certificate (rujuk Rajah 5-C). Sebarang percanggahan maklumat bermaksud sijil SSL tersebut adalah tidak sah dan laman web tersebut adalah palsu. M A M P U, J a b a t a n P e r d a n a M e n t e r i 7

8 Klik pada simbol kekunci Security Report Rajah 5-A: Langkah i - Semakan ke atas Sijil Server SSL (Internet Explorer) Klik pada View Certificates Rajah 5-B: Langkah ii - Semakan ke atas Sijil Server SSL (Internet Explorer) M A M P U, J a b a t a n P e r d a n a M e n t e r i 8

9 Pastikan kedua-dua alamat URL adalah sama Rajah 5-C: Langkah iii - Semakan ke atas Sijil Server SSL (Internet Explorer) 6. Lakukan Semakan Pengesahan Pensijilan Cert Semakan penyataan pengesahan badan-badan pensijilan cert yang sah ke atas laman web tersebut boleh dilakukan dengan langkah-langkah seperti berikut: (a) Pelayar Web Mozilla Firefox i. Bagi laman web dengan pengesahan penyataan Cert yang sah, paparan penyataan tersebut akan tertera di ruangan kiri bersebelahan alamat URL pada pelayar web Mozilla Firefox (rujuk Rajah 6-A). Pernyataan Pengesahan Cert Secure Hypertext Transfer Protocol ( Rajah 6-A: Laman Web Yang Sah (Dengan Pernyataan Pengesahan Cert) M A M P U, J a b a t a n P e r d a n a M e n t e r i 9

10 ii. Bagi laman web palsu yang tidak mempunyai penyataan Cert yang sah, paparan penyataan tersebut TIDAK akan tertera di ruangan kiri bersebelahan alamat URL pada pelayar web Mozilla Firefox dan hanya menggunapakai Hypertext Transfer Protocol ( (rujuk Rajah 6-B). Tiada Pernyataan Pengesahan Cert Hypertext Transfer Protocol ( Rajah 6-B: Laman Web Palsu (Tanpa Pernyataan Pengesahan Cert) (b) Pelayar Web Internet Explorer i. Klik pada simbol kekunci Security Report di ruangan bersebelahan paparan alamat URL pada pelayar web (rujuk Rajah 7-A); dan ii. Pernyataan pengesahan Cert akan tertera pada kotak Website Identification. Pengguna harus memastikan alamat pada ruangan tersebut adalah sama dengan alamat URL yang tertera pada ruang alamat URL pelayar web (rujuk Rajah 7-B). Klik pada simbol kekunci Security Report Rajah 7-A: Langkah i Semakan Penyataan Pengesahan Cert M A M P U, J a b a t a n P e r d a n a M e n t e r i 10

11 Penyataan Pengesahan Cert Rajah 7-B: Langkah ii Semakan Penyataan Pengesahan Cert C. PENUTUP 7. Aktiviti penipuan phishing yang dihantar ke e-mel pengguna terus meningkat secara dramatik dari semasa ke semasa. Sehubungan itu, adalah amat penting supaya setiap pengguna mempunyai kesedaran terhadap penipuan siber sebegini. Pengguna perlu lebih berhati-hati apabila melakukan transaksi secara online dan tidak memberikan maklumat peribadi yang sensitif melalui Internet bagi mengelakkan diri mereka daripada menjadi sebahagian daripada statistik jenayah tersebut. P E N U T U P 8. Selain daripada langkah-langkah yang telah dinyatakan di atas, pengguna juga adalah diingatkan supaya mematuhi amaran jenayah pencurian identiti daripada Polis Diraja Malaysia seperti di bawah: i. Jangan layan sebarang panggilan telefon/ SMS/ e-mel yang meminta butir-butir perbankan anda; ii. Jangan dedahkan maklumat akaun/ nombor PIN ATM/ kata laluan perbankan Internet anda kepada mana-mana pihak; dan M A M P U, J a b a t a n P e r d a n a M e n t e r i 11

12 iii. Jangan terperdaya dengan arahan orang yang tidak dikenali untuk melakukan sebarang transaksi atau perubahan butir-butir perbankan anda. 9. Sekiranya pengguna mengesyaki telah tertipu dengan penipuan phishing, laporan hendaklah dibuat dengan kadar segera kepada institusi/ badan yang terlibat bagi menyekat sebarang penggunaan, pengubahsuaian dan penyalahgunaan maklumat tersebut. M A M P U, J a b a t a n P e r d a n a M e n t e r i 12

13 DISEDIAKAN OLEH: BAHAGIAN PEMATUHAN ICT UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI ARAS 6, BLOK B2 KOMPLEKS JABATAN PERDANA MENTERI PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PUTRAJAYA Telefon : / Faks : PANDUAN PERLINDUNGAN TERHADAP JENAYAH PENYAMARAN LAMAN WEB (WEB PHISHING SCAMS) MAMPU@2010 M A M P U, J a b a t a n P e r d a n a M e n t e r i 13

MANUAL PENGGUNA. MODUL OPERASI DATA GURU (e-operasi) Hakcipta Terpelihara 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia

MANUAL PENGGUNA. MODUL OPERASI DATA GURU (e-operasi) Hakcipta Terpelihara 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia MANUAL PENGGUNA MODUL OPERASI DATA GURU (e-operasi) Hakcipta Terpelihara 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia KANDUNGAN 1.0 Pengenalan...- 2-2.0 Kategori Pengguna...- 2-2.1 Pengguna...- 2-2.2 Pentadbir

Lebih terperinci

PANDUAN PENGGUNA. Modul 1

PANDUAN PENGGUNA. Modul 1 PANDUAN PENGGUNA Modul 1 ORANG AWAM Versi 1.01 Disedia oleh : KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 1 Isi Kandungan 1.0 Pengenalan...3 1.1 Platform Untuk Semua...3 1.2 Komponen Sistem OSC Online...3

Lebih terperinci

Panduan Pengguna PayBillsMalaysia

Panduan Pengguna PayBillsMalaysia PayBillsMalaysia Versi 2.0 Maklumat di dalam dokumen ini adalah sulit dan tidak boleh didedahkan atau digunakan oleh manamana pihak ketiga tanpa persetujuan dari SiliconNet Technologies Sdn. Bhd. (394813-H)

Lebih terperinci

Mengenali Apa Itu Emel Phishing

Mengenali Apa Itu Emel Phishing 82 Mengenali Apa Itu Emel Phishing By Faiszatulnasro bt Mohd Maksom 1.0 Pengenalan Phishing walaupun secara umumnya dikategorikan sebagai jenayah penipuan siber, namun, masih terdapat pengguna Internet

Lebih terperinci

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017) SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017) 1. Apakah PIN? PIN, atau Nombor Pengenalan Peribadi, adalah kod rahsia yang diberikan kepada ahli kad atau dipilih oleh mereka bagi membuktikan

Lebih terperinci

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI Kumpulan Syarikat Lion Syarikat dan Kumpulan Syarikat Lion Bersekutu, entiti yang dikawal bersama dan gabungannya (secara kolektifnya Kumpulan ) menghormati privasi individu

Lebih terperinci

PANDUAN SISTEM i-wira LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA

PANDUAN SISTEM i-wira LEMBAGA TABUNG ANGKATAN TENTERA PANDUAN SISTEM i-wira M u k a S u r a t 2 Kandungan 1. Pendaftaran & Pengaktifan i-wira 3 2. Penggunaan Sistem i-wira 8 a. Log Masuk Sistem 8 b. Semakan Penyata 13 c. Semakan Unit Trust 16 d. Semakan Pengeluaran

Lebih terperinci

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda. 27 Januari 2016 Fasal-Fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit

Lebih terperinci

Polisi Privasi. Pengenalan

Polisi Privasi. Pengenalan Polisi Privasi Pengenalan imsme ialah satu platform rujukan atas talian yang pertama di Malaysia bagi pinjaman/ pembiayaan PKS yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia

Lebih terperinci

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA MANUAL PENGGUNA. APLIKASI e-data PCB

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA MANUAL PENGGUNA. APLIKASI e-data PCB LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA MANUAL PENGGUNA APLIKASI e-data PCB KANDUNGAN 1. PENGENALAN... 3 2. PENGGUNAAN APLIKASI e-data PCB... 6 2.1 PENDAFTARAN PENGGUNA BARU... 6 2.2 LUPA KATA LALUAN... 7

Lebih terperinci

Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim

Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim Kad Kredit PIN & BAYAR Soalan Lazim 1. Apakah itu kad PIN & BAYAR? Kad PIN & BAYAR adalah kad berkeupayaan PIN yang membolehkan anda membuat pembelian dengan memasukkan PIN 6 digit, tanpa memerlukan tandatangan.

Lebih terperinci

1. Data Peribadi mengenai anda yang dikumpul oleh kami atau Laman Web Kumpulan ini termasuk:

1. Data Peribadi mengenai anda yang dikumpul oleh kami atau Laman Web Kumpulan ini termasuk: NOTIS PRIVASI Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd, subsidiari, bersekutu, entiti yang dikawal bersama, gabungannya (termasuk tetapi tidak terhad kepada Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor

Lebih terperinci

SILA LAYARI ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU

SILA LAYARI  ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI www.bankinginfo.com.my ATAU LAWATILAH KIOS KAMI DI BANK TERTENTU Edisi Kedua Perbankan Internet E-TRANSAKSI DAN ANDA Perbankan Internet Program pendidikan pengguna oleh:

Lebih terperinci

STPM e-submission (Sastera) e-submission STPM (SASTERA) Manual Pengguna. Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page 1

STPM e-submission (Sastera) e-submission STPM (SASTERA) Manual Pengguna. Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page 1 e-submission STPM (SASTERA) Manual Pengguna Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page 1 MANUAL PENGGUNA 1.0 PENGENALAN e-submission ini adalah perisian yang dibina untuk digunakan oleh pemeriksa

Lebih terperinci

Panduan Membeli Belah Secara Online di Malaysia

Panduan Membeli Belah Secara Online di Malaysia Panduan Membeli Belah Secara Online di Malaysia Panduan ini dibawakan khas oleh: WangCyber.com, RajaAdsense.com dan PenulisEbook.com Pesanan Ebook ini mestilah diedarkan percuma dan bukannya dijual kerana

Lebih terperinci

syarikat-syarikat bersekutunya, entiti-entiti yang dikawal bersamanya dan gabungangabungannya

syarikat-syarikat bersekutunya, entiti-entiti yang dikawal bersamanya dan gabungangabungannya NOTIS PRIVASI Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd, syarikat induknya, syarikatsyarikat pegangannya, syarikat-syarikat bersekutunya, entiti-entiti yang dikawal bersamanya dan gabungan-gabungannya

Lebih terperinci

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu Chemical Company of Malaysia dan Kumpulan Syarikatnya menghormati privasi anda. Kami menganggap dan memandang serius data peribadi anda. Notis Data Peribadi

Lebih terperinci

MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI AWAM PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM SETARAF SESI AKADEMIK 2017/2018

MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI AWAM PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM SETARAF SESI AKADEMIK 2017/2018 MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI AWAM PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM SETARAF SESI AKADEMIK 2017/2018 1 M u k a s u r a t NOTA : URL SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR PERHATIAN!!!

Lebih terperinci

Kesan Aplikasi Rangkaian Sosial Terhadap Pengguna Internet. Oleh Syahrir Mat Ali dan Fatin Hasnan

Kesan Aplikasi Rangkaian Sosial Terhadap Pengguna Internet. Oleh Syahrir Mat Ali dan Fatin Hasnan Kesan Aplikasi Rangkaian Sosial Terhadap Pengguna Internet Oleh Syahrir Mat Ali dan Fatin Hasnan Pengenalan Musim silih berganti dan zaman kian berubah. Penggunaan Internet di kalangan masyarakat dunia

Lebih terperinci

Terhad untuk pelajar IPT Malaysia/Tempatan sahaja yang layak memohon KADS1M DEBIT-i.

Terhad untuk pelajar IPT Malaysia/Tempatan sahaja yang layak memohon KADS1M DEBIT-i. KAD DEBIT DISKAUN-i SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M DEBIT-i) Soalan-soalan Lazim (FAQ): 1. Apakah tujuan KADS1M DEBIT-i diwujudkan? KADS1M DEBIT-i diwujudkan bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia

GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia G a r i s P a n d u a n P e m b a n g u n a n L a m a n W e b P T J 2 OBJEKTIF Garis panduan ini bertujuan menjadi rujukan kepada webmaster

Lebih terperinci

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017)

Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017) Polisi Perlindungan Data Peribadi (Semakan 1 Jun 2017) Kami, Tenaga Nasional Berhad (No. Syarikat 200866-W), dan anak-anak syarikat, adalah komited untuk melindungi privasi anda selaras dengan Akta Perlindungan

Lebih terperinci

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK PENTING: SILA BACA LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK INI SEBELUM ANDA MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENGAMBIL KAD DEBIT-i BANK ISLAM (BIDC-i). SILA PASTIKAN ANDA JUGA MEMBACA TERMA DAN SYARAT

Lebih terperinci

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad

Pemegang Kad hendaklah membaca dan memahami Terma dan Syarat Kad Debit-i Visa BSN sebelum menggunakan Kad PENYATA PENDEDAHAN PRODUK (Baca Penyata Pendedahan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil Kad Debit-i Visa BSN. Pastikan juga anda membaca terma dan syarat am. Dapatkan penjelasan daripada

Lebih terperinci

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Notis Perlindungan Data Peribadi ini ( Notis ) menerangkan bagaimana Malaysia Steel Works (KL) Berhad dan kumpulan

Lebih terperinci

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat

Bayar dengan UOBM Mighty. Terma & Syarat Bayar dengan UOBM Mighty Terma & Syarat 1. Terma Penggunaan 1.1 Bayar dengan UOBM Mighty disediakan melalui Dompet Mudah Alih UOBM yang ditawarkan oleh United Overseas Bank (Malaysia) Bhd ( UOBM ) kepada

Lebih terperinci

TERHAD ARAHAN PENGENDALIAN KOMPUTER BAGI SECURE DIGITAL COMMUNICATION SYSTEM (SDCS)

TERHAD ARAHAN PENGENDALIAN KOMPUTER BAGI SECURE DIGITAL COMMUNICATION SYSTEM (SDCS) ARAHAN PENGENDALIAN KOMPUTER BAGI SECURE DIGITAL COMMUNICATION SYSTEM (SDCS) 1. Perkembangan teknologi masa kini memungkinkan penghantaran data tanpa encryption dengan mudah dapat dibaca oleh pihak yang

Lebih terperinci

Panduan Mengisi Borang Permohonan Jawatan Kosong Online

Panduan Mengisi Borang Permohonan Jawatan Kosong Online Pendahuluan 1. Panduan ini akan menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk melengkapkan borang permohonan secara dalam talian. 2. Sila pastikan anda telah membaca dan memahami isi kandungan dalam

Lebih terperinci

MyUP. TAL MySIS MySM

MyUP. TAL MySIS MySM PANDUAN PENGGUNA MyUP PSI PORT TAL MySIS S Online MySM MS 1 LOGIN MyUPSI PORTAL http:// /portal2.upsi.edu.my/ Untuk login ke MyUPSI Portal, sila capai alamat yang tertera di atas. Para pelajar dikehendaki

Lebih terperinci

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now

TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now TERMA DAN SYARAT Kempen Activate Your RHB Now 1. RHB Bank Berhad (No. Syarikat 6171-M) dan RHB Islamic Bank Berhad (No. Syarikat 680329-V) akan dirujuk sebagai RHB. TEMPOH KEMPEN 2. Kempen Activate Your

Lebih terperinci

Panduan Pengambilan Kata Laluan Dan Pengisian Borang Permohonan Dalam Talian (Online)

Panduan Pengambilan Kata Laluan Dan Pengisian Borang Permohonan Dalam Talian (Online) Panduan Pengambilan Kata Laluan Dan Pengisian Borang Permohonan Dalam Talian (Online) Pengambilan Kata Laluan Dalam Talian Bagi Tingkatan 4 Pengambilan kata laluan adalah untuk membenarkan pemohon mengisi

Lebih terperinci

Dokumentasi ehelpdesk

Dokumentasi ehelpdesk Dokumentasi ehelpdesk Oleh: Unit Teknologi Maklumat, Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Persiaran Usahawan, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Isi Kandungan 1. Pengenalan...

Lebih terperinci

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard

Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard 20 Julai 2016 Fasal-fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard Sila harap maklum bahawa perubahan berikut telah dibuat ke atas Terma & Syarat Kad AFFINBANK World MasterCard anda.

Lebih terperinci

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda

Notis Privasi. Komitmen kami dalam memelihara privasi anda Notis Privasi Komitmen kami dalam memelihara privasi anda Langkah-langkah dalam memastikan data peribadi pelanggan disimpan dengan selamat menjadi keutamaan bagi kami di Malaysia Building Society Berhad

Lebih terperinci

MANUAL PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PELAJAR EKSEKUTIF 01 Disember, 2016

MANUAL PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PELAJAR EKSEKUTIF 01 Disember, 2016 Senarai Kandungan Bil. Modul & Menu Muka surat 1.0 Pendahuluan 2.0 Tujuan 3.0 Capaian Sistem (masukkan memulakan sistem dan alamat URL) 4.0 Panduan Pengguna 4.1 Halaman Log Masuk 3 4.2 Halaman Utama 4.2.1

Lebih terperinci

MANUAL PENGGUNA SISTEM TEMPAHAN ONLINE UKM

MANUAL PENGGUNA SISTEM TEMPAHAN ONLINE UKM Manual Pengguna Sistem Tempahan Online UKM Tujuan Selain Majlis Perkahwinan Tarikh dokumen : 03/03/2016 Kemaskini terakhir : 03/03/2016 A Menu utama sistem. Pilih Kategori. Pilihan Tujuan akan dipaparkan.

Lebih terperinci

Senarai Kandungan. Bil. Modul & Menu Muka surat

Senarai Kandungan. Bil. Modul & Menu Muka surat Senarai Kandungan Bil. Modul & Menu Muka surat 1.0 Pendahuluan 2.0 Tujuan 3.0 Capaian Sistem (masukkan memulakan sistem dan alamat URL) 4.0 Panduan Pengguna 4.1 Muka depan 3 4.2 Halaman Utama 4.2.1 Rekabentuk

Lebih terperinci

MANUAL PENGGUNA. Manual Pendaftaran Vendor Baharu. Versi 1.0. Pejabat Bendahari,

MANUAL PENGGUNA. Manual Pendaftaran Vendor Baharu. Versi 1.0. Pejabat Bendahari, MANUAL PENGGUNA Manual Versi.0 Pejabat Bendahari, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor, MALAYSIA. http://myfinancial.uitm.edu.my ISI KANDUNGAN. PENGENALAN... 3. LANGKAH-LANGKAH PENGISIAN

Lebih terperinci

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:-

1.1 Dalam menyediakan perkhidmatan, kami akan mengumpulkan data daripada sumber-sumber berikut:- Pernyataan ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang keraguan atau ketakkonsistenan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, pernyataan dalam Bahasa

Lebih terperinci

Modul e-daftar. (Sesi 2014/2015)

Modul e-daftar. (Sesi 2014/2015) PANDUAN PENGGUNA Modul e-daftar (Sesi 2014/2015) Disediakan Oleh : Zurairah Binti Jon Versi : 2.0 Projek Sistem Maklumat Pelajar Unit Pengurusan Sistem Aplikasi Pusat Khidmat Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Lebih terperinci

Polisi Privasi Smiggle

Polisi Privasi Smiggle Polisi Privasi Smiggle Ini adalah Polisi Privasi Just Group Limited ABN 97 096 911 410 (Just Group) dan kesemua anak-anak syarikatnya (kami). Smiggle adalah sebahagian daripada Just Group. Just Group adalah

Lebih terperinci

SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN

SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI AWAM PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/Setaraf SESI AKADEMIK 2013/2014 1 LAMAN PILIHAN KATEGORI PERMOHONAN 1.1 Pada ruangan Jenis

Lebih terperinci

MANUAL PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) DAN SEKOLAH KAWALAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

MANUAL PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) DAN SEKOLAH KAWALAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA MANUAL PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) DAN SEKOLAH KAWALAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (IBUBAPA/PENJAGA) 1. PENDAHULUAN Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan adalah merupakan

Lebih terperinci

Sistem e-transit Modul Pergerakan

Sistem e-transit Modul Pergerakan Sistem e-transit Modul Pergerakan Panduan Pengguna Sistem Users DISEDIAKAN OLEH Version 1.2 Jun 2015 Hakcipta Terpelihara 2015 Masterplan Consulting Sdn Bhd. Isi Kandungan 1 Pengenalan... 1 2 Menggunakan

Lebih terperinci

MANUAL PENGGUNA BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR

MANUAL PENGGUNA BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UNIVERSITI AWAM, POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI DAN ILKA PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2018/2019

Lebih terperinci

PANDUAN PENGGUNA HRMIS ATM

PANDUAN PENGGUNA HRMIS ATM PANDUAN PENGGUNA HRMIS ATM Modul Pengambilan (Fungsi Permohonan untuk Orang Awam) Versi 1.0 DOKUMEN PROJEK HRMIS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA Angkatan Tentera Malaysia 2015 Hakcipta Terpelihara. Penerbitan

Lebih terperinci

Cara-cara permohonan Kad Debit i-kopenas/bank Rakyat

Cara-cara permohonan Kad Debit i-kopenas/bank Rakyat Cara-cara permohonan Kad Debit i-kopenas/bank Rakyat 1. Muat turun borang permohonan kad debit diatas. 2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan. 3. Masukkan no akaun simpanan Bank Rakyat yang telah dibuka

Lebih terperinci

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN REKOD PERIBADI

PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN REKOD PERIBADI PANDUAN PENGGUNA SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HUMAN RESOURCE MANGEMENT INFORMATION SYSTEM) MODUL PENGURUSAN REKOD PERIBADI SUBMODUL REKOD PERIBADI (PENTADBIR SUMBER MANUSIA) JABATAN PERKHIDMATAN

Lebih terperinci

PANDUAN PENGGUNAAN PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA PELAJARAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI / PONDOK MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG

PANDUAN PENGGUNAAN PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA PELAJARAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI / PONDOK MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG PANDUAN PENGGUNAAN PERMOHONAN BANTUAN DERMASISWA PELAJARAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI / PONDOK MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang------------------------------------------------------------

Lebih terperinci

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah;

NOTIS PRIVASI. informasi yang didapati secara bebas oleh Kumpulan dari sumber-sumber yang sah; NOTIS PRIVASI Notis Privasi ini dikeluarkan oleh BGR FOODSERVICE SDN. BHD. (445653-K) ( Syarikat or BFSB ) dan/atau anak syarikatnya, seperti yang didefinisikan dalam Akta Syarikat, 1965 (secara kolektifnya

Lebih terperinci

Panduan Pengambilan Kata Laluan Dan Pengisian Borang Permohonan Dalam Talian (Online)

Panduan Pengambilan Kata Laluan Dan Pengisian Borang Permohonan Dalam Talian (Online) Panduan Pengambilan Kata Laluan Dan Pengisian Borang Permohonan Dalam Talian (Online) Pengambilan Kata Laluan Dalam Talian Bagi Tingkatan 1 Pengambilan kata laluan adalah untuk membenarkan pemohon mengisi

Lebih terperinci

Panduan Membeli Belah Secara Online di Malaysia

Panduan Membeli Belah Secara Online di Malaysia Panduan Membeli Belah Secara Online di Malaysia Panduan ini dibawakan khas oleh: RajaAdsense.com dan PenulisEbook.com Copyright 2007 G World Enterprise Pesanan Sila email ke sham@rajaadsense.com jika anda

Lebih terperinci

MANUAL PENGGUNA SISTEM evendor (Luaran)

MANUAL PENGGUNA SISTEM evendor (Luaran) MANUAL PENGGUNA SISTEM evendor (Luaran) Jabatan Bendahari USM Disember 2009 KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 2 2.0 LOGIN 3 3.0 MAKLUMAT ASAS SYARIKAT 6 4.0 MAKLUMAT ALAMAT PERNIAGAAN 8 5.0 MAKLUMAT

Lebih terperinci

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda

Notis Privasi. Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda Notis Privasi Komitmen Kami Terhadap Privasi Anda Notis Privasi ini menggariskan bagaimana Kumpulan Syarikat KLCC memproses data peribadi anda dari segi bagaimana kami melindungi data peribadi di dalam

Lebih terperinci

5. Di mana saya boleh menggunakan Kad Debit/-i Matrix Visa Electron BSN saya?

5. Di mana saya boleh menggunakan Kad Debit/-i Matrix Visa Electron BSN saya? 5. Di mana saya boleh menggunakan Kad Debit/-i Matrix Visa Electron BSN saya? Untuk Pembelian Runcit: Di jutaan rangkaian rakan niaga Visa di Malaysia atau di luar negara seperti kedai runcit, pasaraya,

Lebih terperinci

PANDUAN PENGGUNA UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI

PANDUAN PENGGUNA UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI PANDUAN PENGGUNA UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU) JABATAN PERDANA MENTERI i ISI KANDUNGAN PENGENALAN... 3 PORTAL 1MTC... 4 1 LAMAN UTAMA... 4 1.0 Mengenai Laman Utama...

Lebih terperinci

Jumlah minimum transaksi (RM) (i) Melakukan log masuk kali pertama ke Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now*

Jumlah minimum transaksi (RM) (i) Melakukan log masuk kali pertama ke Aplikasi Perbankan Mudah Alih RHB Now* TERMA DAN SYARAT Kempen Transact & Win with RHB Now 1. RHB Bank Berhad (No. Syarikat 6171-M) dan RHB Islamic Bank Berhad (No. Syarikat 680329-V) akan dirujuk sebagai RHB. TEMPOH KEMPEN 2. Kempen Transact

Lebih terperinci

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI Notis Perlindungan Data Peribadi ( Notis / Notis Privasi ) ini menyatakan bagaimana Leadership Resources (Malaysia) Sdn Bhd (273497-D) dan Malaysian Info-Science Sdn Bhd (263873-P) ( Syarikat-syarikat

Lebih terperinci

Manual Pengguna Portal E-Payment Pembayaran Yuran Pengajian

Manual Pengguna Portal E-Payment Pembayaran Yuran Pengajian Manual Pengguna Portal E-Payment Pembayaran Yuran Pengajian Perubahan Dokumen Versi Tarikh Author Keterangan 1.0 10/9/13 Azam Draf 1.1 12/9/13 Azam 1.2 2/7/14 Azam Tambah servis i-muamalat Document Sign-Off

Lebih terperinci

MyUP. TAL MySIS MySM

MyUP. TAL MySIS MySM PANDUAN PENGGUNA MyUP PSI PORT TAL MySIS S Online MySM MS 1 LOGIN MyUPSI PORTAL http:// /portal2.upsi.edu.my/ Untuk login ke MyUPSI Portal, sila capai alamat yang tertera di atas. Para pelajar dikehendaki

Lebih terperinci

MANUAL PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN ATAS TALIAN

MANUAL PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN ATAS TALIAN MANUAL PENGGUNA SISTEM PENDAFTARAN ATAS TALIAN DISEDIAKAN OLEH: BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. KANDUNGAN NO. TAJUK MUKASURAT 1. Pengenalan 3 1.1 Meja Bantu 3 2. Capaian

Lebih terperinci

Sistem Pengurusan Pelatih GIATMARA GIATMARA Trainee Management System (G-SPel) Manual Pemohon (Modul Pelatih)

Sistem Pengurusan Pelatih GIATMARA GIATMARA Trainee Management System (G-SPel) Manual Pemohon (Modul Pelatih) Sistem Pengurusan Pelatih GIATMARA GIATMARA Trainee Management System (G-SPel) Manual Pemohon (Modul Pelatih) GIATMARA Sendirian Berhad 2013 KANDUNGAN 1. PENGENALAN... 1 1.1 Capaian Aplikasi G-SPel...

Lebih terperinci

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia. Notis Privasi (Untuk Pelanggan) Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia. Oleh itu, Notis Privasi ini dirumus

Lebih terperinci

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut:

NOTIS PRIVASI. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment Trust ( AmFIRST REIT ) dikehendaki untuk memaklumkan kepada anda seperti yang berikut: Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( PDPA ) telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan untuk mengawal selia pemprosessan data di dalam urus niaga komersial. Di bawah PDPA, AmFIRST Real Estate Investment

Lebih terperinci

MANUAL PENGGUNA. MYGOVXCHANGE (ekl) Dengan kerjasama : Jabatan Perdana Menteri

MANUAL PENGGUNA. MYGOVXCHANGE (ekl) Dengan kerjasama : Jabatan Perdana Menteri MANUAL PENGGUNA MYGOVXCHANGE (ekl) Dengan kerjasama : Jabatan Perdana Menteri KANDUNGAN 1 TERMA DAN SINGKATAN...3 2 PENGENALAN...4 2.1 Latar Belakang Projek...4 2.2 Senarai Perkhidmatan...4 2.3 Pra-syarat

Lebih terperinci

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD Penyataan Privasi ini menjelaskan bagaimana Educate to Learn Sendirian Berhad (e2lsb) dan syarikat sekutu serta anak-anak syarikatnya, termasuk tetapi tidak terhad

Lebih terperinci

Panduan Pengambilan Kata Laluan Dan Pengisian Borang Permohonan Dalam Talian (Online)

Panduan Pengambilan Kata Laluan Dan Pengisian Borang Permohonan Dalam Talian (Online) Panduan Pengambilan Kata Laluan Dan Pengisian Borang Permohonan Dalam Talian (Online) Pengambilan Kata Laluan Dalam Talian Bagi Tingkatan 4 Pengambilan kata laluan adalah untuk membenarkan pemohon mengisi

Lebih terperinci

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK Sila baca Helaian Pendedahan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk mengambil atau memohon Kad Debit-i Bank Rakyat. Tarikh : BANK RAKYAT KAD DEBIT-i BANK RAKYAT 1 Apakah

Lebih terperinci

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut:

Had Kemudahan: Ditentukan oleh pihak Bank menurut budi bicara mutlaknya berdasarkan pendapatan tahunan anda seperti berikut: PENYATA PENZAHIRAN PRODUK (Sila baca Penyata Penzahiran Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk memiliki Kad Kredit-i BSN Al- Aiman Platinum/Emas/Klasik Visa/MasterCard. Pastikan anda juga membaca

Lebih terperinci

LATIHAN PENGGUNA: FUNGSI FAKS DAN SMS 1GovUC

LATIHAN PENGGUNA: FUNGSI FAKS DAN SMS 1GovUC LATIHAN PENGGUNA: FUNGSI FAKS DAN SMS 1GovUC PROJECT MANAGEMENT OFFICE (PMO) BAHAGIAN DASAR DAN PERANCANGAN ICT MAMPU, JABATAN PERDANA MENTERI Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Lebih terperinci

PERNYATAAN PRIVASI INREACH

PERNYATAAN PRIVASI INREACH PERNYATAAN PRIVASI INREACH Terakhir Dikemas Kini: 1 September, 2016 (v 2016.2) Privasi anda penting kepada InReach, Inc. ( inreach ). Kami menghasilkan Pernyataan Privasi ini agar anda tahu cara kami mengumpul,

Lebih terperinci

Panduan Mengisi Borang Permohonan ke Asrama Semai Bakti FELDA (ASB Online)

Panduan Mengisi Borang Permohonan ke Asrama Semai Bakti FELDA (ASB Online) Pendahuluan 1. Panduan ini akan menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk melengkapkan borang permohonan secara dalam talian. 2. Sila pastikan anda telah membaca dan memahami isi kandungan dalam

Lebih terperinci

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced

Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak. Diterbitkan oleh: Not To Be Reproduced Celik Wang Pengurusan Wang Secara Bijak Diterbitkan oleh: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Aras 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur Faks: 03-2616 7601 E-mel: enquiry@akpk.org.my

Lebih terperinci

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1 Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1 POLISI PRIVASI DATA PERIBADI AKADEMI HOSPITALITI & PELANCONGAN SAUJANA SDN BHD (304.595-W) JUGA DIKENALI SEBAGAI KOLEJ SATT No. Pendaftaran PDPA: SB20112014-0003

Lebih terperinci

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat

Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat Kempen Rebat Tunai RM1,000 Penyata-E CIMB Islamic Bank Terma-terma dan Syarat-syarat 1. Setiap penyebutan CIMB merujuk kepada CIMB Islamic Bank Berhad (671380-H). Tempoh Kempen 2. Kempen Langgani Penyata-E

Lebih terperinci

SISTEM ISAC TERAGIH CARA-CARA PENGGUNAAN SISTEM BAGI MODUL PERMOHONAN (INDIVIDU)

SISTEM ISAC TERAGIH CARA-CARA PENGGUNAAN SISTEM BAGI MODUL PERMOHONAN (INDIVIDU) SISTEM ISAC TERAGIH CARA-CARA PENGGUNAAN SISTEM BAGI MODUL PERMOHONAN (INDIVIDU) ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan... 2 1.1 Akses kepada Laman Utama Sistem ISAC... 2 1.2 Laman Utama Sistem ISAC... 3 1.3 Log

Lebih terperinci

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010) National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010) Maklumat peribadi anda adalah selamat dan dilindungi di National Bank of

Lebih terperinci

Bank Islam Malaysia Berhad (98127-X) BICTH/03/2015

Bank Islam Malaysia Berhad (98127-X) BICTH/03/2015 Bank Islam Malaysia Berhad (98127-X) BICTH/03/2015 7 KELEBIHAN KAD DEBIT-i BANK ISLAM TEAM HARIMAU 1. PENERIMAAN YANG LUAS di lebih 30 juta rangkaian perniagaan dan pembekal servis Visa di seluruh dunia

Lebih terperinci

Rajah 1: Halaman Utama DBP Sah Bahasa

Rajah 1: Halaman Utama DBP Sah Bahasa PANDUAN TUNJUK CARA Pengenalan Panduan pelanggan bagi perkhidmatan DBP Sah Bahasa. Pelanggan boleh melayari laman sesawang DBP Sah Bahasa (www.dbpsahbahasa.my) untuk mendapatkan pengesahan bahasa daripada

Lebih terperinci

TATACARA PERMOHONAN IBUBAPA/PENJAGA

TATACARA PERMOHONAN IBUBAPA/PENJAGA TATACARA PERMOHONAN IBUBAPA/PENJAGA PERMOHONAN KE SEKOLAH KAWALAN TINGKATAN 1 TAHUN 2017 DISEDIAKAN OLEH : UNIT SEKOLAH MENENGAH SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH JABATAN PENDIDIKAN PULAU PINANG ARAHAN DAFTAR

Lebih terperinci

BANK SIMPANAN NASIONAL

BANK SIMPANAN NASIONAL PENYATA PENDEDAHAN PRODUK (Sila baca Penyata Pendedahan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk memohon Kad Debit/-i Visa BSN. Pastikan anda juga membaca terma dan syarat am. Dapatkan penjelasan

Lebih terperinci

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul Notis Privasi Adient Adient plc (didaftarkan di Ireland, 25-28 North Wall Quay, IFSC, Dublin, 1), dan syarikat gabungannya (secara kolektif Adient, kami atau kita) mengambil berat tentang privasi anda

Lebih terperinci

PEROLEHAN - MANUAL PENGGUNA PENDAFTARAN PEMBEKAL

PEROLEHAN - MANUAL PENGGUNA PENDAFTARAN PEMBEKAL 1 ISI KANDUNGAN 1. TUJUAN 2. SKOP 3. MANUAL PENGGUNA 2 1. TUJUAN Manual Pengguna ini bertujuan untuk menerangkan langkah-langkah menggunakan aplikasi atas talian bagi sistem PENDAFTARAN PEMBEKAL, Universiti

Lebih terperinci

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD [ Milik Menteri Kewangan ( Diperbadankan ) ] (444205-M) RMR1M Online Sistem Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia Manual Pengguna 1 RMR1M Online Manual Pengguna Syarikat

Lebih terperinci

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di ( Stesen Shell ).

4. Peraduan ini terpakai di semua stesen runcit Shell di Malaysia, seperti yang tersenarai di  ( Stesen Shell ). TERMA DAN SYARAT PERADUAN SHELL MENANG RM5,000 HARI-HARI 1. Peraduan Shell Menang RM5,000 Hari-Hari ( Peraduan ) akan bermula dari 8 Oktober 2017 hingga 7 Januari 2018, termasuklah kedua-dua tarikh tersebut

Lebih terperinci

MANUAL PENGGUNA (PTJ)

MANUAL PENGGUNA (PTJ) MANUAL PENGGUNA SISTEM eclaim (PTJ) Jabatan Bendahari FEBRUARI 2012 KANDUNGAN - PTJ TAJUK MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN SISTEM 2 2.0 CARIAN 3 Langkah 1 : Tukar Jabatan 3 Langkah 2 : Carian permohonan 3 3.0

Lebih terperinci

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.

Dasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini. Dasar Privasi kami Terakhir diubah suai: 12 Dis 2014. Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini. Matlamat Dasar Privasi ini adalah untuk memberikan gambaran keseluruhan tentang

Lebih terperinci

Selamat Datang PENGENALAN KEPADA PORTAL PELAJAR ASWARA

Selamat Datang PENGENALAN KEPADA PORTAL PELAJAR ASWARA Selamat Datang PENGENALAN KEPADA PORTAL PELAJAR ASWARA ALAMAT PORTAL PELAJAR Atau Capaian URL bagi Portal PELAJAR ASWARA: http://sms.aswara.edu.my/aswarastu Capaian menerusi Laman Web Rasmi ASWARA: http://www.aswara.edu.my

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN UNTUK PIHAK SEKOLAH BAGI PEMASANGAN PERALATAN CUSTOMER PREMISE EQUIPMENT (CPE) BAGI PROJEK 1BESTARINET

GARIS PANDUAN UNTUK PIHAK SEKOLAH BAGI PEMASANGAN PERALATAN CUSTOMER PREMISE EQUIPMENT (CPE) BAGI PROJEK 1BESTARINET Lampiran B GARIS PANDUAN UNTUK PIHAK SEKOLAH BAGI PEMASANGAN PERALATAN CUSTOMER PREMISE EQUIPMENT (CPE) BAGI PROJEK 1BESTARINET SEBELUM PEMASANGAN 1. Sekolah perlu memahami bahawa Projek 1BestariNet adalah

Lebih terperinci

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa KAMI, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), ADALAH DENGAN INI PERCAYA BAHAWA KERAHSIAAN MAKLUMAT PELANGGAN ADALAH HAK DAN OLEH SEBAB ITU, IA ADALAH PENGHORMATAN DASAR ASAS YANG MESTI DITURUTI, DIKEKALKAN,

Lebih terperinci

Terma Dan Syarat Ini Mengawalselia Penggunaan Perkhidmatan Perbankan Internet OCBC Oleh Pelanggan

Terma Dan Syarat Ini Mengawalselia Penggunaan Perkhidmatan Perbankan Internet OCBC Oleh Pelanggan Terma Dan Syarat Ini Mengawalselia Penggunaan Perkhidmatan Perbankan Internet OCBC Oleh Pelanggan 1A. Definisi "Peranti Akses" bermaksud setiap peranti elektronik berkomputer yang membolehkan Pelanggan

Lebih terperinci

PANDUAN PENGGUNAAN. Kandungan

PANDUAN PENGGUNAAN. Kandungan PANDUAN PENGGUNAAN Kandungan 1. Penggunaan Kali Pertama 1.1 Muat Turun Aplikasi 1.2 Mendaftar Dengan Ijual 1.3 Butang Navigasi 1.3.1 Laman Utama 1.3.2 Laman Inventori 1.3.3 Laman Muat Naik 1.3.4 Laman

Lebih terperinci

e-submission STPM-Penilaian Berasaskan Sekolah Manual Pengguna Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page 1

e-submission STPM-Penilaian Berasaskan Sekolah Manual Pengguna Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page 1 e-submission STPM-Penilaian Berasaskan Sekolah Manual Pengguna Manual Pengguna: Majlis Peperiksaan Malaysia Page 1 MANUAL PENGGUNA 1.0 PENGENALAN e-submission ini adalah perisian yang dibina untuk digunakan

Lebih terperinci

MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN KE PKP Disember, 2014

MANUAL PENGGUNA SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN KE PKP Disember, 2014 Senarai Kandungan Bil. Modul & Menu Muka surat 1.0 Pendahuluan 2.0 Tujuan 3.0 Capaian Sistem 4.0 Panduan Pengguna 4.1 Permohonan Baru 4.1.1 Tatacara Permohonan 3 4.1.2 Borang Permohonan 4 4.1.3 Muat Naik

Lebih terperinci

TUTORIAL PENGGUNAAN. Sistem VLMS

TUTORIAL PENGGUNAAN. Sistem VLMS TUTORIAL PENGGUNAAN Sistem VLMS Layari laman http://vlms.mkm.edu.my BAHAGIAN 1: Pendaftaran Kursus Klik Register untuk pendaftaran baru. Arahan berikut akan terpapar Sila buka Inbox emel untuk anda dapatkan

Lebih terperinci

PANDUAN PENGGUNA MyUPSI PORTAL MySIS Online MySMS

PANDUAN PENGGUNA MyUPSI PORTAL MySIS Online MySMS PANDUAN PENGGUNA MyUPSI PORTAL MySIS Online MySMS PERHATIAN : Sila kemaskini TEMPAT & NEGERI LAHIR, ALAMAT & NO. TEL., MAKLUMAT IBU BAPA/WARIS serta menukar ID PENGGUNA DAN KATALALUAN MyUPSI Portal sebelum

Lebih terperinci

PENYALURAN DANA BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) MELALUI KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M DEBIT-i)

PENYALURAN DANA BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) MELALUI KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M DEBIT-i) PENYALURAN DANA BANTUAN PELAJAR PENDIDIKAN TINGGI (BPPT) MELALUI KAD DEBIT-i DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA (KADS1M DEBIT-i) Soalan soalan Lazim (FAQ): 1. Adakah Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) akan

Lebih terperinci

PANDUAN PENGGUNA HOMETUTOR

PANDUAN PENGGUNA HOMETUTOR PANDUAN PENGGUNA HOMETUTOR Pengaktifan Akaun www.hometutor.com.my Pengaktifan Akaun Arahan 1. Untuk mengaktifkan akaun HomeTutor anda, anda haruslah mendapatkan kod pengaktifan akaun dengan membuat pembayaran

Lebih terperinci

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa:

Bagi tujuan Notis Privasi ini, sila ambil perhatian bahawa: NOTIS PRIVASI 1.0 Umum 1.1 Affin Bank Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad adalah di antara lain, syarikat-syarikat di dalam AFFIN Holdings Berhad ( Kumpulan AHB ). Di Kumpulan AHB kami menghargai privasi

Lebih terperinci

PANDUAN MENGISI BORANG MAKLUMAT PERIBADI TAMBAHAN

PANDUAN MENGISI BORANG MAKLUMAT PERIBADI TAMBAHAN PANDUAN MENGISI BORANG MAKLUMAT PERIBADI TAMBAHAN MAKLUMAT PERIBADI E-Mel Sila isi kedua-dua nombor telefon atau salah satu nombor telefon. Nota : Sebarang kesilapan boleh menyebabkan anda gagal untuk

Lebih terperinci