KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 1

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 1"

Transkripsi

1 KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 1 NAMA: KELAS: KBM 1 CAWANGAN: MUKA DEPAN ARAHAN KEPADA CALON 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas. Bahagian Markah Penuh Markah Dapat 2. Tuliskan nama anda dan kelas dengan jelas pada tempat yang telah disediakan. 3. Baca setiap arahan sebelum menjawab soalan. 4. Kertas soalan ini mengandungi 8 muka surat bercetak (termasuk muka hadapan) 5. Masa untuk menjawab kertas soalan ini ialah 1 jam. A 15 B 15 C 20 Jumlah 50 T. Tangan Pemeriksa:

2 Bahagian A (15 markah) Bagi setiap soalan di bawah ini, pilih jawapan yang betul dan tuliskan abjad A, B, C atau D dalam kurungan yang disediakan. 1. Pada zaman Jahiliah, kaum Quraisy menghantar bayi mereka yang baru dilahirkan ke kampung pendalaman untuk disusukan oleh wanita kampung dengan tujuan. A. merehatkan diri selepas melahirkan anak B. memulihkan kesihatan ibu yang melahirkan C. mendidik bayi dengan bahasa dan sekitaran yang baik D. menunjukkan bahawa mereka adalah orang kaya dan banyak harta ( ) 2. Perkara pertama yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika di Madinah ialah membina Masjid Nabawi. Di antara peranan Masjid Nabawi ialah. A. membentuk persaingan antara bangsa arab dan yahudi B. menjadi simbol kemegahan diri kaum muslimin di Madinah C. menguatkan hubungan persaudaraan dan semangat perpaduan D. mewujudkan persaingan yang baik antara kaum Muhajirin dan Ansar ( ) 3. Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan. Peperangan dalam Islam ialah untuk. A. menuntut bela atas pembunuhan kaum kerabat B. menakluki negeri dan memperolehi harta rampasan C. mempertahankan diri dan membela maruah dari kezaliman D. memaksa orang yang tidak beriman supaya menganut Islam ( ) 4. Pada tahun lapan Hijrah, Rasulullah s.a.w. dan umat Islam telah membebaskan kota Mekah. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ketika itu ialah. A. mengancam sesiapa yang mahu berperang B. mensucikan ka bah dari kekufuran dan melaungkan azan C. memberi kesempatan orang Islam untuk membalas dendam D. memerangi kaum Quraisy yang masih menetap di kota Mekah ( ) 5. Wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. bermula dengan kalimah Iqra. Ini menunjukkan bahawa pentingnya kita. A. membaca untuk mendapatkan ilmu pengetahuan B. menyampaikan ilmu kepada orang tertentu sahaja C. membaca untuk mengkritik penulisan pengarangnya D. menggunakan kepakaran para ilmuwan untuk kepentingan peribadi ( ) 2

3 6. Rasulullah s.a.w. mengutamakan pembinaan masjid apabila tiba di Madinah. Dari sini kita dapat memahami kepentingan. A. memelihara keamanan dalam Islam B. mengadakan majlis dan acara di masjid C. menunaikan solat fardhu secara berjemaah di masjid D. menghiasi masjid sebagai lambang kemegahan umat Islam ( ) 7. Dalam peperangan Badar, kaum muslimin dapat mengalahkan kuffar Quraisy. Di antara faktor kemenangan ini ialah kerana. A. kesungguhan mereka merampas harta perang B. strategi dan taktik peperangan mereka sangat baik C. mereka yakin dengan bantuan dan pertolongan Allah D. mereka yakin akan menang dengan kekuatan mereka ( ) 8. Umat Islam menang di dalam peperangan Badar dan Khandak. Tetapi antara kemenangan yang paling besar ialah dari perjanjian Hudaibiyah. Pelajaran bagi kita di sini ialah jalan yang terbaik menyelesai persengketaan adalah dengan. A. bantuan pihak ketiga B. berunding secara damai C. mengaku salah walaupun benar D. mengiktiraf keunggulan pihak lawan ( ) 9. Rasulullah s.a.w wafat setelah para sahabat menerima ajaran Islam yang sempurna. Sebagai umat Islam, kita. A. diberi kebebasan berpegang dengan sebarang ajaran B. boleh membuat hukum-hukum sendiri bagi perkara yang baru C. harus berpegang hanya pada hukum-hukum yang terdapat dalam al-quran sahaja D. wajib mematuhi segala ajaran di dalam al-quran dan ajaran Nabi s.a.w. di dalam Sunnahnya ( ) 10. Sebagai anak yatim piatu, Rasulullah s.a.w. dijaga oleh datuk dan kemudian oleh bapa saudaranya. Sejarah baginda memberi kita pengajaran tentang pentingnya anak-anak yatim yang masih kecil terutama di zaman moden yang mencabar ini. A. diberikan kebebasan sepenuhnya B. disuruh membela nasib diri sendiri C. diberi kasih sayang dan dimanjakan D. dilindungi dan diberi didikan yang sempurna ( ) 3

4 11. Johari mengambil pengajaran daripada peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. ke Madinah bahawa sebagai seorang muslim, beliau mesti sentiasa. A. berdiam diri dan berkorban apabila terpaksa B. bersedia menghadapi cabaran dalam kehidupan C. bermusafir untuk menyebarkan dakwah Islamiah D. berserah kepada takdir dan harapkan yang terbaik ( ) 12. Setelah Zakirah mempelajari kisah perang Uhud, dia dapat mengambil pengajaran bahawa pentingnya. A. menjaga kepentingan diri sendiri B. mentaati ketua dalam apa jua keadaan C. memohon doa di dalam situasi kesusahan D. melarikan diri daripada menghadapi sesuatu yang sukar ( ) 13. Daripada peristiwa pengkhianatan kaum Yahudi dalam perang Khandak, Zahidah mendapati bahawa sifat khianat itu. A. mudah dimaafkan dan dilupakan B. merupakan kebiasaan setiap insan C. memberi keyakinan dan kepuasan pada diri sendiri D. merosak persahabatan dan kepercayaan sesama insan ( ) 14. Dalam menyampaikan dakwah di kawasan luar dari Jazirah Arab, Rasulullah s.a.w. tidak pergi melakukannya bersendirian malah menghantar utusan-utusan dari kalangan sahabat. Sebagai seorang pemimpin, ini menandakan bahawa baginda. A. mengambil berat keselamatan para sahabatnya B. lebih mengutamakan keperluan di negeri sendiri C. memberi peluang untuk sahabat merantau di negeri lain D. mengiktiraf keupayaan sahabat melaksanakan tanggungjawab ( ) 15. Adriyan sangat terkesan dengan peristiwa kewafatan Rasulullah s.a.w. kerana mengenangkan perjuangan dan pengorbanan Rasulullah s.a.w. dalam menyebarkan Islam. Dia berazam dan rasa terdorong untuk. A. menziarahi maqam Rasulullah s.a.w. di Madinah B. mencontohi akhlak dan perilaku Rasulullah s.a.w. C. membaca dan mengkaji kisah perjuangan Rasulullah s.a.w. D. mengimbas kembali dan berkongsi pengajaran sirah dengan temannya ( ) 4

5 Bahagian B (15 markah) Jawab semua soalan berikut. Tuliskan jawapan kamu di ruang yang disediakan. 1. Dalam peperangan Badar, umat Islam telah memperoleh kemenangan dalam pertaruhan tersebut. Manakala peperangan Uhud memberi kesan yang mendalam hingga terpaut tragedi yang memilukan. (a) Berikan tiga kesan yang mereka perolehi dari peperangan Badar. [3 markah] (b) Berikan dua punca utama yang menyebabkan kekalahan dalam peperangan Uhud. [2 markah] 2. Akhlak dan keperibadian Rasulullah yang mulia membuatkan ramai orang tertarik kepada keindahan Islam. sebagai muslim, kita perlu menjadi contoh teladan dalam mengamalkan akhlak-akhlak mulia. (a) Nyatakan tiga sifat yang perlu ada pada seorang muslim yang ingin menunjukkan kebaikan ajaran Islam pada orang yang lain. [3 markah] (b) Jika kamu melihat pergaduhan berlaku diantara dua rakan kamu, bagaimanakah kamu dapat membantu meleraikan pergaduhan tersebut dan menyelesaikannya dengan baik? [2 markah] 5

6 3. Rasulullah s.a.w. berpesan kepada umatnya sebelum baginda wafat agar berpegang teguh kepada al-quran dan al-sunnah. (a) Bagaimanakah kamu dapat berpegang teguh kepada al-quran dan al-sunnah dalam kehidupan seharian? Berikan tiga contoh amalan yang dapat kamu lakukan. [3 markah] (b) Jelaskan dua keburukan yang berlaku pada remaja Islam yang mengabaikan pengajaran dari al-quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. [2 markah] 6

7 Bahagian C (20 markah) Jawab semua soalan berikut. Tuliskan jawapan kamu di ruang yang disediakan. 1. Allah berfirman di dalam al-quran yang bermaksud: Dan ingatlah, ketika orangorang kafir (Quraisy) memikirkan tipu upaya terhadap kamu untuk menangkap dan memenjara kamu atau membunuh kamu atau mengusir kamu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah adalah sebaik-baik pembalas tipu daya. Surah al-anfal ayat 30. Setelah Azizah memahami ayat ini, dia dapat menghayati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dalam menghadapi ujian hidup semasa menyebarkan Islam. Sebagai remaja muslim, dia pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran kehidupan. Terangkan cara-cara bagaimana Azizah dapat tangani cabaran kehidupan untuk berjaya di dunia dan akhirat. [10 markah] 7

8 2. Perjanjian Hudaibiyah yang pada awalnya kelihatan tidak adil bagi umat Islam akhirnya telah membawa kepada kemenangan bagi mereka di zaman Rasulullah s.a.w. Huraikan fasa perjanjian Hudaibiyah, dan jelaskan iktibar yang boleh kamu ambil dalam konteks taat kepada ketua berdasarkan perjanjian tersebut. [10 markah] Semoga Berjaya 8

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA:

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SIRAH KBK 4 NAMA: KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 KBK 4 NAMA: KELAS: 4 ( ) ARAHAN KEPADA CALON MUKA DEPAN 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas. Bahagian Markah

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3 KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 3 NAMA: KELAS: KBM 3 CAWANGAN: MUKA DEPAN ARAHAN KEPADA CALON 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas.

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA :

KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 SIRAH KBK 5 NAMA : KELAS BIMBINGAN KANAK-KANAK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 KBK 5 NAMA : KBK : 5 ( ) ARAHAN KEPADA CALON MUKA DEPAN 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas. 2. Tuliskan nama anda

Lebih terperinci

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah? Bab 5 Tingkatan 4 Esei 1.Nabi telah menguasai semula Kota Makkah pada tahun 630 M. (a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2 KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 SEJARAH ISLAM KBM 2 NAMA: KELAS: KBM 2 CAWANGAN: MUKA DEPAN ARAHAN KEPADA CALON 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas.

Lebih terperinci

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M 1 0 Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M 0 Merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia 0 Mengandungi 47 fasal yang terbahagi dua. 0 23 fasal tersebut membicarakan tentang hubungan umat

Lebih terperinci

Ali : Mereka juga mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.

Ali : Mereka juga mempunyai identiti dan peraturannya sendiri. LATIHAN SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 4 1 I t e m O b j e k t i f M.S. 100 1. Apakah faktor keruntuhan empangan Maarib di Sabak pada tahun 300 Masihi? I Banjir besar III Kejatuhan kerajaan II Kelalaian pemimpin

Lebih terperinci

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS

ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS SULIT Pendidikan Islam Ogos 2009 2 jam ANJURAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) TAHUN 2009

Lebih terperinci

Nag2oO9. Item Objektif. M.S Rajah berikut menunjukkan suasana di Madinah sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah.

Nag2oO9. Item Objektif. M.S Rajah berikut menunjukkan suasana di Madinah sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah. LATIHAN SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 5 1 Item Objektif M.S. 118 1. Rajah berikut menunjukkan suasana di Madinah sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah. Madinah Tidak aman Pelbagai kaum tidak bersatu

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2 KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2015 AQIDAH ISLAMIAH KBM 2 NAMA: KELAS: KBM 2 CAWANGAN: MUKA DEPAN ARAHAN KEPADA CALON 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas.

Lebih terperinci

PERJANJIAN HUDAIBIYAH AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID

PERJANJIAN HUDAIBIYAH AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID PERJANJIAN HUDAIBIYAH AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID BAGAIMANA BERMULA? Tahun 628M Apabila orang islam bercadang menziarahi Makkah Kota Makkah sangat penting keranan letaknya Kaabah yang menjadi pusat

Lebih terperinci

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA Analisis SPM 2004 2008 Soalan objektif, struktur danesei Disusun mengikut bab Aras KBKK, aplikasi kemahiran dan isu semasa Fokus latihan SPM 2009 Sebagai

Lebih terperinci

(a) Nyatakan bentuk penentangan yang dilakukan oleh orang Arab Quraisy terhadap dakwah Islamiyah di Makkah.

(a) Nyatakan bentuk penentangan yang dilakukan oleh orang Arab Quraisy terhadap dakwah Islamiyah di Makkah. SEJARAH TINGKATAN 4 SOALAN DAN JAWAPAN BAB 5 : KERAJAAN ISLAM DI MADINAH Tajuk : Hijrah Salan Struktur Oleh sebab penyebaran dakwah Islamiyah di Makkah menghadapi pelbagai rintangan dan mendapat tentangan

Lebih terperinci

Bab 2. Bab 5. Bab. Bab 1. Bab. 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab 10. Bab

Bab 2. Bab 5. Bab. Bab 1. Bab. 3 Bab 8. 4 Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab 10. Bab 5 KERAJAAN ISLAM DI MADINAH SeJaRaH Modul ini mengandungi soalan objektif, struktur dan esei Soalan disusun mengikut bab Dihasilkan daripada analisa soalan SPM 2005 2010 Turut dimuatkan soalan aras KBKK,

Lebih terperinci

Bab 2. Bab. Bab 3 Bab 8. Bab 1. Bab. 5 Bab Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab

Bab 2. Bab. Bab 3 Bab 8. Bab 1. Bab. 5 Bab Bab 9. Tingkatan 4. Bab. Bab BAB 4 KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH SeJaRaH Modul ini mengandungi soalan objektif, struktur dan esei Soalan disusun mengikut bab Dihasilkan daripada analisa soalan SPM 2005 2010

Lebih terperinci

PEMBUKAAN KOTA MEKAH

PEMBUKAAN KOTA MEKAH Muqaddimah PEMBUKAAN KOTA MEKAH Pembukaan Kota Mekah bermaksud : pembebasan Kota Mekah daripada pengaruh, amalan & cengkaman jahliyah. Sebelum Mekah dikuasai oleh Islam, ia berfungsi sebagai pusat penyembahan

Lebih terperinci

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 3 Kertas ini mengandungi lima soalan. Jawab semua soalan. 1 a) Tuliskan semula petikan ayat al-quran berikut dan letakkan tanda baris dengan sempurna. b) Firman Allah swt. : ( Surah al-taubah : 128 ) (Surah

Lebih terperinci

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR "PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR" Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-nya dan meninggalkan segala larangan-nya. Kepimpinan di

Lebih terperinci

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA 5 KERAJAAN ISLAM DI MADINAH PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA Analisa SPM 2004 2009 Soalan objektif, struktur dan esei Disusun mengikut bab Aras KBKK, aplikasi kemahiran dan isu semasa Fokus

Lebih terperinci

Tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab Terdapat wilayah seperti Syam, Nadz,Yaman, Oman Mekah, Madinah dan Thaif merupakan ibu kota penting

Tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab Terdapat wilayah seperti Syam, Nadz,Yaman, Oman Mekah, Madinah dan Thaif merupakan ibu kota penting Soalan 1 berdasarkan petikan di bawah Tinggal di kawasan Semenanjung Tanah Arab Terdapat wilayah seperti Syam, Nadz,Yaman, Oman Mekah, Madinah dan Thaif merupakan ibu kota penting 1. Petikan diatas merujuk

Lebih terperinci

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 1 / 2015

RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 1 / 2015 RANCANGAN TAHUNAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM TINGKATAN 1 / 2015 1 MINGGU / TARIKH Minggu 1 5-9 Jan Minggu 2 12 16 Jan Minggu 3 19 23 Jan Minggu 4 26 30 Jan Minggu 5 2 6 Feb Minggu 6 9 13 Feb Minggu 7 16 20

Lebih terperinci

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA BAB 4 KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH SeJaRaH PN. MASARIAH BINTI MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA Modul ini mengandungi soalan objektif, struktur dan esei Soalan disusun

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman,

Lebih terperinci

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan

PENDAHULUAN IDA102 MANUSIA DAN AGAMA 21/02/2013 BAB 4 KONSEP AKHLAK II. Maruwiah Ahmat Peranan Akhlak dalam Kehidupan 1 2 PENDAHULUAN Hasil Pembelajaran Kandungan Bab BAB 4 KONSEP AKHLAK II Menerangkan definisi moral, etika dan akhlak. Menerangkan perbezaan antara moral, etika dan akhlak. Menghuraikan skop akhlak Islam

Lebih terperinci

KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2005

KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2005 ANDALUS CORPORATION PTE LTD KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2005 BUKIT BATOK, TAMPINES I & II, YISHUN, WOODLANDS PT CHOA CHU KANG, MARSILING, JURONG WEST I & II, ADMIRALTY NAMA : MATA PELAJARAN :

Lebih terperinci

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA

PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA BAB 4 PN. MASARIAH BINTI MISPARI MAKTAB TENTERA DIRAJA Analisa SPM 2004 2009 Soalan objektif, struktur dan esei Disusun mengikut bab Aras KBKK, aplikasi kemahiran dan isu semasa Fokus latihan SPM 2010

Lebih terperinci

Tafsir Surah Al Nasr. Muhammad Haniff Hassan. /

Tafsir Surah Al Nasr. Muhammad Haniff Hassan.  / Tafsir Surah Al Nasr Muhammad Haniff Hassan www.haniff.sg / ismhaniff@ntu.edu.sg Pengenalan Surah turun di zaman Madinah (setelah hijrah), tapi di daerah Mekah 3 ayat bermakna Kemenangan Sebab turun turun

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1 KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 1 NAMA: KELAS : KBM 1 CAWANGAN: ARAHAN KEPADA CALON MUKA DEPAN 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas.

Lebih terperinci

KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2006

KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2006 KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2006 BUKIT BATOK, TAMPINES I & II, YISHUN, WOODLANDS PT, TECK WHYE CHOA CHU KANG, MARSILING, JURONG WEST I & II, ADMIRALTY NAMA : MATA PELAJARAN : SIRAH KBK : 1 ARAHAN

Lebih terperinci

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA

MASARIAH MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA 5 KERAJAAN ISLAM DI MADINAH SeJaRaH PN. MASARIAH BINTI MISPARI SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH PUTRAJAYA Modul ini mengandungi soalan objektif, struktur dan esei Soalan disusun mengikut bab Dihasilkan daripada

Lebih terperinci

"SABAR ANUGERAH TERINDAH"

SABAR ANUGERAH TERINDAH "SABAR ANUGERAH TERINDAH" Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar taqwa, mengamalkan syariat di segenap sudut kehidupan di samping melaksanakan segala tuntutan perintah Allah dan menghindari

Lebih terperinci

PIAGAM MADINAH. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.

PIAGAM MADINAH. Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal. PIAGAM MADINAH Piagam Madinah telah dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Kandungan piagam ini terdiri daripada

Lebih terperinci

PERJANJIAN HUDAIBIYAH

PERJANJIAN HUDAIBIYAH PERJANJIAN HUDAIBIYAH PERJANJIAN HUDAIBIYAH LOKASI HUDAIBIYAH 1. sebuah kampung terletak berhampiran Kota Mekah 2. Di sini dimeterikan perjanjian damai yang membawa kepada gencatan senjata di antara umat

Lebih terperinci

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA:

KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA: KELAS BIMBINGAN MENENGAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015 FIQH ISLAMI KBM 2 NAMA: KELAS: KBM 2 CAWANGAN: ARAHAN KEPADA CALON MUKA DEPAN 1. Jangan buka kertas soalan sehingga diberi arahan oleh pengawas. Bahagian

Lebih terperinci

PESANAN TAQWA. Mudahmudahan. mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. melaksanakan segala perintah. meninggalkan segala larangan

PESANAN TAQWA. Mudahmudahan. mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. melaksanakan segala perintah. meninggalkan segala larangan BILAL KHATIB meningkatkan ketakwaan melaksanakan segala perintah meninggalkan segala larangan Mudahmudahan mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat PESANAN TAQWA Hari Pahlawan pengiktirafan negara

Lebih terperinci

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit

Nama Pelajar : Tingkatan : PEPERIKSAA PERCUBAA SPM Kertas 1 Satu jam lima belas minit Tasawwur Islam Kertas Percubaan SPM 200 / Jam Nama Pelajar : Tingkatan : JABATA PELAJARA EGERI PAHA G PEPERIKSAA PERCUBAA SPM 200 TASAWWUR ISLAM Kertas Satu jam lima belas minit JA GA BUKA KERTAS SOALA

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

Lebih terperinci

KISI-KISI SOAL SEMESTER GANJIL TAHUN PELAJARAN 2012/ Pengertian Sejarah Kebudayaan Islam

KISI-KISI SOAL SEMESTER GANJIL TAHUN PELAJARAN 2012/ Pengertian Sejarah Kebudayaan Islam KISI-KISI SEMESTER GANJIL TAHUN PELAJARAN 2012/2013 MATA PELAJARAN : SEJARAH KEBUDAYAAN IAM KELAS/SEMESTER : VII /GANJIL PENYUSUN : BAIQ KARTINI, S.Pd STANDAR KOMPETENSI/ NO KOMPETENSI DASAR 1. Memahami

Lebih terperinci

PIAGAM MADINAH AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID

PIAGAM MADINAH AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID PIAGAM MADINAH AHMAD NZRYSHAH B. MOHAMED KHALID APA ITU PAGAM MADINAH? Dikenali juga sebagai SAHIFAH MADINAH Perlembagaan Bertulis yang dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w pada 622M. Berpandukan WAHYU ALLAH

Lebih terperinci

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa Muhammad Haniff Hassan Pendahuluan Tidak syak lagi tarbiyah dan pembangunan sumber manusia adalah unsur yang penting dalam kerja Islam. Namun rasa kepentingan seharusnya

Lebih terperinci

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN

PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN 3 April 2017 PANDUAN AGAMA DALAM MENDOAKAN TERHADAP PENGANUT AGAMA LAIN Doa merupakan wasilah bagi meminta bantuan dan pertolongan dari Allah bagi segala perkara dan tindakan, ini termasuklah dalam mengharapkan

Lebih terperinci

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.

Qunut Nazilah. Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri. Qunut Nazilah Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri. Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat

Lebih terperinci

TASAWWUR ISLAM KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit

TASAWWUR ISLAM KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit SULIT SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PENDIDIKAN KELANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 Tasawwur Islam Kertas 2 Ogos 2017 2 ½ jam 5226/2 TASAWWUR ISLAM KERTAS 2 Dua jam tiga puluh

Lebih terperinci

MUSLIM BERMINDA BESAR: 5 Nilai Bagi Anak-anak

MUSLIM BERMINDA BESAR: 5 Nilai Bagi Anak-anak MUSLIM BERMINDA BESAR: 5 Nilai Bagi Anak-anak Muhammad Haniff Hassan ismhaniff@ntu.edu.sg / www.haniff.sg Pendahuluan Islam bukan hanya agama kerohanian, tapi agama kehidupan Kerohanian Islam perlu diterjemah

Lebih terperinci

Perjuangan Nabi di Kota Madinah dalam Menegakan Agama Islam

Perjuangan Nabi di Kota Madinah dalam Menegakan Agama Islam Perjuangan Nabi di Kota Madinah dalam Menegakan Agama Islam Kelompok 2 Arum Suci Alfiani Innesyifa Haqien Syifa Fatimah Azzahra Keadaan Masyarakat Madinah sebelum Islam Terdapat suku Aus dan suku Khazraj,

Lebih terperinci

TASAWWUR ISLAM Kertas 1 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU

TASAWWUR ISLAM Kertas 1 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU SULIT Tasawwur Islam Kertas 1 Peperiksaan Percubaan SPM 2017 1 jam 5226/1 TASAWWUR ISLAM Kertas 1 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas ini mengandungi dua bahagian:

Lebih terperinci

BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH

BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH SEJARAH TINGKATAN 4 SOALAN DAN JAWAPAN BAB 4 : KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI Tajuk : Masyarakat Arab Jahiliah Salan Struktur Jangka masa 300 M 610 M merupakan Zaman Jahiliah dan zaman

Lebih terperinci

RASULULLAH SAW DALAM MEMBINA UMMAT PERIODE MADINAH

RASULULLAH SAW DALAM MEMBINA UMMAT PERIODE MADINAH KETELADANAN BAB 12 RASULULLAH SAW DALAM MEMBINA UMMAT PERIODE MADINAH MAIN MENU HOME KETELADANAN RASULULLAH DALAM MEMBINA UMAT (PERIODE MADINAH) IDENTITAS PETA KONSEP MATERI LATIHAN & SOAL IDENTITAS PROGRAM

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 PENDIDIKAN ISLAM

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 PENDIDIKAN ISLAM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 1223/2 PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 2 OGOS 2017 PANDUAN PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 PENDIDIKAN ISLAM PEMERIKSA KERTAS DUA MODUL 2 1 (a) (i) Dua amalan yang dianggap

Lebih terperinci

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) NAMA :. TINGKATAN :... MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH) PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 MODUL 1 1249/2 SEJARAH Kertas 2 2017 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN

Lebih terperinci

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 2

PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 2 NO SOALAN PERATURAN PEMARKAHAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2010 PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 2 JAWAPAN MARKAH 1(a)i Maksud menjaga pandangan: Memelihara mata daripada melihat kepada perkara perkara yang diharamkan.

Lebih terperinci

Kelompok 4. Sadri wahyudi Siti cholifah Sarah haikal

Kelompok 4. Sadri wahyudi Siti cholifah Sarah haikal Kelompok 4 Sadri wahyudi Siti cholifah Sarah haikal MENU UTAMA F Perjalanan hijrah Nabi Muhamm. SAW Usaha-usaha Rasulullah SAW dalam mewujudkan masyarakat Islam: Strategi Dakwah Rasulullah SAW Periode

Lebih terperinci

SULIT 1249/2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 ANJURAN MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA NEGERI PERLIS SEJARAH.

SULIT 1249/2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 ANJURAN MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA NEGERI PERLIS SEJARAH. SULIT Sejarah Kertas 2 Sept 2012 2 ½ Jam NO KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 ANJURAN MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA NEGERI PERLIS SEJARAH Kertas

Lebih terperinci

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA

TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA TANGGUNGJAWAB ANAK TERHADAP IBU BAPA Anak-anak walaupun telah bersuami ataupun beristeri masih mempunyai tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa mereka. Tanggungjawab anak kepada kedua ibu bapa terbahagi

Lebih terperinci

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID

KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID Sumber : iluvislam Disunting oleh Md Yusri Bin Jani KEPELBAGAIAN PERANAN MASJID Masjid sebagaimana yang kita sedia maklum didefinisikan sebagai tempat ibadah umat Islam. Ini merupakan definisi secara umum.

Lebih terperinci

KELAS X SMAN 5 PADANG. Pilihlah Jawaban Yang Paling Tepat Pada Soal di Bawah Ini!

KELAS X SMAN 5 PADANG. Pilihlah Jawaban Yang Paling Tepat Pada Soal di Bawah Ini! Lampiran 4 SOAL TES PENDIDIKAN AGAM ISLAM KELAS X SMAN 5 PADANG Pilihlah Jawaban Yang Paling Tepat Pada Soal di Bawah Ini! Nama :... Kelas :... Mata Pelajaran :... Petunjuk: 1. Awali ujian dengan membaca

Lebih terperinci

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002

RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002 RUMAHKU SYURGAKU Majalah Sinar Rohani, Mac 2002 Dalam keghairahan negara untuk mencapai matlamat pembangunan bangsa yang maju dan dinamik yang bersendikan pembangunan sains dan teknologi, tidak dapat dinafikan

Lebih terperinci

Prosa Tradisional (Merah Silu)

Prosa Tradisional (Merah Silu) Prosa Tradisional (Merah Silu) Sinopsis Kisah bermula apabila Merah Gajah yang berkahwin dengan Puteri Betong telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Pada awalnya Merah

Lebih terperinci

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran

Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW. Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran BAB 5: AKHLAK RASULULLAH SAW HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan akhlak Nabi Muhammad SAW Menjelaskan akhlak Nabi adalah akhlak al-quran PENGENALAN Islam adalah agama yang bukan hanya mementingkan aspek akidah

Lebih terperinci

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5

TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5 TAFSIR SURAH YUSUF Bahagian 5 Muhammad Haniff Hassan ismhaniff@ntu.edu.sg / www.haniff.sg Ayat, 12:94 8 12:94, bagaimana Yakub boleh hidu aroma Yusuf? sekali lagi, sains atau mukjizat? 12:97 8 kelebihan

Lebih terperinci

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 6 Mac 2015 / 15 Jamadilawal 1436 Kepentingan Akhlak Yang Mulia Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Marilah kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

Lebih terperinci

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 2015 0 NO. KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN TASAWWUR ISLAM 5226/ Kertas Ogos / 4 jam MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM 205 TASAWWUR ISLAM Kertas Satu jam lima belas

Lebih terperinci

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A

SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN A 1(a) (i) Pengertian potongan ayat : Dan kurnikanlah pada kami rahmat dari sisimu ( 1x2=2 markah ) (ii) Ciri-ciri orang yang mendapat Hidayah Allah : - tabah dan sabar menghadapi

Lebih terperinci

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan

BAB KEENAM PENUTUP. Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan BAB KEENAM PENUTUP 6.1 PENGENALAN Bab ini menyimpulkan semua permasalahan kajian iaitu menjelaskan perbandingan antara pendidikan yang dijalankan oleh intitusi formal dan pendidikan yang dianjurkan oleh

Lebih terperinci

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut. BAB LIMA PENUTUP 5.1 Pendahuluan Bab ini menghuraikan rumusan tentang penemuan kajian dan cadangan-cadangan ke arah menjadikan Kursus Pendidikan Islam mempengaruhi terhadap cara hidup pelajar dalam semua

Lebih terperinci

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM

KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN ISLAM TUJUAN PERKAHWINAN DALAM ISLAM 1. Memelihara Kesinambungan Kemanusiaan - Menjamin kelangsungan keturunan dan generasi manusia 2. Memelihara Nasab Keturunan - Mewujudkan keturunan yang baik. 3. Memelihara

Lebih terperinci

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23: SALING MENGHORMATI Saling hormat-menghormati adalah salah satu sifat mahmudah atau sifat terpuji dalam Islam. Sifat saling hormat-menghormati ini harus ada kepada seseorang muslim yang mengaku beriman

Lebih terperinci

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I

IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I SURAH AL-KAUTHAR Diturunkan di Mekah : 3 Ayat IâMÃIŠR šz IãQ MŠR šz IäQN¾šZ IâM±I (2) M G MœZGy GßIN G Iš INáG³G (1) G G MÂG¼MšZ GßQƒGÀMÃGµM G} P RœIý (3) H G M GìMZ GÂH GßGËIœ P G& RwIý MAFHUMNYA: Dengan

Lebih terperinci

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah ASAS-ASAS ISLAM Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah Agama lain Nama seseorang/umat Agama Masehi (Al-Maseh) Agama Budha (Gautama) Zarathustra (Zarathustra)

Lebih terperinci

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA STATUS DAN TANGGUNGJAWAB MANUSIA OBJEKTIF Membincangkan peranan manusia dan faktor kemuliaannya. Menjelaskan matlamat penciptaan manusia. Membincangkan etika dan nilai manusia

Lebih terperinci

BAHAGIAN A. (20 MARKAH) Jawab semua soalan Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit.

BAHAGIAN A. (20 MARKAH) Jawab semua soalan Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit. Tasawwur Islam kertas HGIN (20 MRKH) Jawab semua soalan Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit.. erikut adalah rasul-rasul yang mendapat gelaran Ulul-zmi kecuali Nabi Isa a.s. Nabi Idris

Lebih terperinci

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU SULIT 1103/1(PP) JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012 BAHASA MELAYU Kertas 1 OGOS 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit PERATURAN PEMARKAHAN UNTUK KEGUNAAN GURU / PEMERIKSA SAHAJA

Lebih terperinci

ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK SAS/CTU 553 BAB 8 - ISLAM HADHARI 1

ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK SAS/CTU 553 BAB 8 - ISLAM HADHARI 1 ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK SAS/CTU 553 BAB 8 - ISLAM HADHARI 1 ISLAM DAN AGAMA-AGAMA LAIN DI MALAYSIA 1. ISLAM Menerima dgn positif pluralisme manusia : al-hujurat :13 2. KRISTIAN Jesus : Love thy neighbor

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman,

Lebih terperinci

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH

FIQH KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI. Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak PENGENALAN PENGERTIAN FIQH DENGAN AWLAWIYYAT (KARANGAN PROF. DR. YUSUF ABDULLAH AL-QARADAWI DALAM DALAM Disediakan Oleh : Irny Suzila Ishak DENGAN DALAM DALAM LIHAT DAN FIKIRKAN??? MANAKAH YANG LEBIH UTAMA? ANTARA PERKARA-PERKARA?

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2015 TASAWWUR ISLAM

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2015 TASAWWUR ISLAM SULIT NAMA : TINGKATAN :.. SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PELAJARAN KELANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2015 TASAWWUR ISLAM Kertas 1 Ogos 2015 5226/1 1 ¼ jam Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS

Lebih terperinci

KISI-KISI SOAL UAMBN MADRASAH IBTIDAIYAH TAHUN PELAJARAN 2011/2012

KISI-KISI SOAL UAMBN MADRASAH IBTIDAIYAH TAHUN PELAJARAN 2011/2012 KISI-KISI SOAL UAMBN MADRASAH IBTIDAIYAH TAHUN PELAJARAN 2011/2012 Satuan Pendidikan : Madrasah Ibtidaiyah Bentuk Soal : Pilihan Ganda (PG) Mata Pelajaran : Sejarah Kebudayaan Islam Jumlah soal : 50 Butir

Lebih terperinci

MOCK TEST /2 SEJARAH Kertas 2 Julai 2 Jam 30 Minit

MOCK TEST /2 SEJARAH Kertas 2 Julai 2 Jam 30 Minit Nama:... No.Kad Pengenalan Angka Giliran MOCK TEST 2 1249/2 SEJARAH Kertas 2 Julai 2 Jam 30 Minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Tulis nombor kad pengenalan dan angka giliran anda

Lebih terperinci

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci? HILANG KASIH SAYANG TIMBUL BENCI ISLAM sebagai ajaran lengkap dan menyeluruh dalam setiap aspek kehidupan manusia sejagat memiliki panduan yang ditetapkan Tuhan bagi menjamin kesejahteraan hidup umatnya

Lebih terperinci

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA

FITNAH MUSNAHKAN SEGALANYA ZAMAN fitnah ini ialah penghujung zaman yang penuh dengan ujian dan pancaroba sebelum terjadinya kiamat. Daripada aspek syarak, fitnah yang banyak terjadi ini telah pun dijelaskan ALLAH SWT dan Rasul-Nya

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman,

Lebih terperinci

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS SULIT JABATAN PELAJARAN NEGERI NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS PRAPENILAIAN MENENGAH RENDAH 2012 02/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2012 2 Jam Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas

Lebih terperinci

BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200

BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200 BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200 BAHAGIAN AYAT BACAAN SURAH ALI IMRAN 1-200 B1 Mengetahui asas : Membaca al-quran B1D1 Boleh membaca surah Ali-Imran ayat 1 200 B1D1E1 Membaca ayat-ayat bacaan

Lebih terperinci

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat

PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat PERISYTIHARAN Hak Asasi Manusia Sejagat MUKADIMAH... Bahawasanya pengiktirafan keutuhan kemuliaan dan hak sama rata serta asasi yang tak terpisah bagi seluruh umat manusia adalah asas kebebasan, keadilan

Lebih terperinci

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan

AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan AL-AQSA, PALESTIN DAN KITA Muhammad Haniff Hassan Kita & Al-Aqsa Masjid Al-Aqsa mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Islam. Ini dapat dilihat dari fakta-fakta berikut 1. Ia adalah kiblat pertama umat

Lebih terperinci

ADAB AMAR MAARUF DAN NAHI MUNKAR

ADAB AMAR MAARUF DAN NAHI MUNKAR ADAB AMAR MAARUF DAN NAHI MUNKAR 1 Bahagian Tajuk kecil Cadangan Adab Amar makruf Adab dalam 1. Memahami garis panduan adab amar makruf kehidupan Bersosial 2. Memahami cara beradab dalam amar makruf 3.

Lebih terperinci

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama

Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama Majlis Ugama Islam Singapura Khutbah Jumaat 17 April 2015 / 27 Jamadilakhir 1436 Memahami Hikmah Dalam Pengamalan Agama Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Marilah kita bertakwa kepada Allah s.w.t.

Lebih terperinci

OLEH : DATO USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD ( PENDAKWAH & PENGACARA SEMANIS KURMA TV9 ) Entering

OLEH : DATO USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD ( PENDAKWAH & PENGACARA SEMANIS KURMA TV9 ) Entering OLEH : DATO USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD ( PENDAKWAH & PENGACARA SEMANIS KURMA TV9 ) Entering Sering merasa bosan Sifat malas Mudah kecewa Sensitif pada teguran Rasa rendah diri Tidak fokus pada

Lebih terperinci

2 SULIT 45/1 Bahagian A [20 markah] Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja

2 SULIT 45/1 Bahagian A [20 markah] Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja www.papercollection.wordpress.com 2 Bahagian A [20 markah] Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja 1 (a) Firman Allah SWT: سورة البقرة : 155-156 Ayat di atas menjelaskan ujian Allah

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 Nama: Kelas: 1249/2 Sejarah Kertas 2 September 2011 2½ jam MAKTAB RENDAH SAINS MARA 1249/2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 SEJARAH Kertas 2 1 2 4 9 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN

Lebih terperinci

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis: Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran Sinopsis: Pembangunan modal insan menurut al Quran adalah pembangunan yang melihat insan sebagai watak terpenting dalam sesebuah pembangunan. Pembangunannya

Lebih terperinci

Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini.

Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini. IMBUHAN (20 markah) Arahan: Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini. Cik Siti pergi ke pusat beli-belah. Pusat beli-belah itu (1) dengan rumahnya.

Lebih terperinci

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH ) PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH ) MODUL 1 TASAWWUR ISLAM KERTAS 2 ( 5226/2 ) Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Lebih terperinci

Sahabat yang dirahmati Allah, Munafik dari segi bahasa maksudnya : "Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar."

Sahabat yang dirahmati Allah, Munafik dari segi bahasa maksudnya : Orang yang menyembunyikan perkara atau maksud sebenar. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Lebih terperinci

Sebagai contoh, anda boleh lihat Piagam Madinah di bawah.

Sebagai contoh, anda boleh lihat Piagam Madinah di bawah. 36 WAWASAN OPEN UNIVERSITY Sebagai contoh, anda boleh lihat Piagam Madinah di bawah. Piagam Madinah Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ini adalah piagam dari Muhammad Rasulullah

Lebih terperinci

Akhlak Mahmudah (Akhlak Rasulullah) & Akhlak Mazmumah

Akhlak Mahmudah (Akhlak Rasulullah) & Akhlak Mazmumah Akhlak Mahmudah (Akhlak Rasulullah) & Akhlak Mazmumah Terlebih dahulu saya memberikan maksud Akhlak Islam, kerana sifat-sifat ini banyak dibincangkan dalam ilmu Akhlak. Maksud Akhlak ialah budi pekerti

Lebih terperinci

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 5

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 5 Kertas ini mengandungi lima soalan. Jawab semua soalan. 1. a) Tuliskan semula petikan ayat al-quran dan letakkan tanda baris dengan sempurna. b) Firman Allah swt. (Surah al-taubah :129 ) Ayat di atas menerangkan

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

Lebih terperinci

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM

IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL KHATIB /IMAM IMAM / BILAL BERTUGAS USTAZ MUHAMMAD FAUZEE BIN MOHAMED KHATIB /IMAM USTAZ HASNIZATUL AZRI BIN ZAINUDIN MUAZZIN/BILAL الحمد هلل القائل: إ ن م ا ي ع م ر م س اج د الل ه م ن آم ن ب الل ه و ال ي و م اآلخ ر

Lebih terperinci

Dapatkan Skema di

Dapatkan Skema di Sejarah Kertas 2 April/Mei 2011 2 ½ jam Dapatkan Skema di www.banksoalanspm.com NAMA:... Tingkatan :... BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Lebih terperinci