APLIKASI PENYULITAN TEKS RAHSIA TERMAMPAT KE DALAM IMEJ TIFF MENGGUNAKAN TEKNIK PENYESUAIAN MUHAMMAD AZRI BIN YUSOFF
|
|
- Ari Santoso
- 4 tahun lalu
- Tontonan:
Transkripsi
1 APLIKASI PENYULITAN TEKS RAHSIA TERMAMPAT KE DALAM IMEJ TIFF MENGGUNAKAN TEKNIK PENYESUAIAN MUHAMMAD AZRI BIN YUSOFF Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia Mac, 2005
2 ii
3 iii PSZ. 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN * ** Potong yang tidak berkenaan Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
4 iv
5 v
6 vi PENGHARGAAN Syukur kepada Allah, kerana dengan limpah dan kurnianya maka, laporan lengkap Projek Sarjana Muda II dapat disiapkan seperti yang dirancang. Projek ini bertajuk Aplikasi Penyulitan Teks Rahsia Termampat Ke Dalam Imej TIFF Menggunakan Teknik Penyesuaian berkisar kepada bidang keselamatan. Setinggi penghargaan diucapkan kepada penyelia projek, Cik Marina Bt. Md. Arshad yang banyak meluangkan masa, memberi tunjuk ajar, nasihat dan teguran dalam melengkapkan projek ini. Ribuan terima kasih ditujukan kepada keluarga khasnya yang banyak memberi sokongan, pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang mengajar, para sahabat dan juga mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak demi menjayakan penghasilan projek ini.
7 vii ABSTRAK Keselamatan penghantaran data daripada sumber ke destinasi melalui rangkaian khasnya, sering mendapat perhatian. Antara isu yang diperkatakan ialah data memiliki integrasi keselamatan yang rendah sehingga berisiko untuk dicuri atau dibaca oleh pihak luar, lalu membawa kepada kerugian. Penghantaran data ke destinasi seharusnya dilengkapi dengan teknik keselamatan dan melalui saluran komunikasi tanpa disedari oleh pihak luar. Justeru, kajian ini meliputi pembangunan perisian yang dapat menyembunyikan teks rahsia termampat ke dalam imej TIFF dengan menekankan aspek keselamatan terpilih. Perisian dibangunkan dengan menggunakan metodologi peningkatan manakala, tumpuan skop ialah kemampuan imej TIFF menyimpan teks dan perlaksanaan algoritma keselamatan dengan bahasa pengaturcaraan C# dibawah platfom.net. Hasil akhir kajian ialah sebuah perisian steganografi penyesuaian dengan sokongan kriptografi RC5, mampatan, implementasi kata laluan dan fungsi sehala. Diharapkan kajian dan pembangunan perisian ini dapat mencetus dan menggalakkan pembaikan teknik keselamatan serta dijadikan rujukan untuk kefahaman yang jelas tentang teknik tersebut, selain mempelbagaikan lagi kewujudan perisian keselamatan di pasaran.
8 viii KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN JUDUL PENGESAHAN PEMERIKSA PENGESAHAN STATUS PENGESAHAN PELAJAR PENGESAHAN PENYELIA PENGHARGAAN ABSTRAK KANDUNGAN BAB 1 i ii iii iv v vi vii viii ix
9 ix BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pengenalan Keselamatan data adalah isu yang sering mendapat perhatian ramai. Sama ada data bersifat peribadi atau komersil, ia mesti dijaga dengan sebaiknya. Tanpa kawalan keselamatan, data terdedah kepada risiko untuk dicuri atau diubah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Bayangkan, sesuatu data boleh mengandungi banyak maklumat seperti peribadi individu, masyarakat, organisasi, negara dan lainlain. Lantaran itu, kecurian data amat besar kesannya kepada banyak pihak dan soal keselamatan data tidak boleh diremehkan. Ada pelbagai cara perlindungan data termasuklah melalui pendekatan fizikal atau teknikal. Projek ini khususnya telah dibangunkan sebagai alternatif jaminan keselamatan data secara teknikal. Ia menekankan kaedah melindungi data elektronik dengan implementasi algoritma steganografi dan kriptografi. Dengan steganografi, sesuatu data boleh disembunyikan ke dalam imej untuk dihantar kepada penerima tanpa disedari oleh pihak luar. Manakala, kriptografi bertindak menukarkan data tersebut kepada bentuk kod yang sukar difahami.
10 x Projek ini menggunakan teknik penyesuaian untuk menyembunyikan data di sebalik imej dengan kadar yang tinggi. Perkara penting yang diambil kira ialah mengkaji toleransi piksel jiran terhadap perubahan dan memastikan bit-bit imej yang diubah tidak menyebabkan herotan terhadap imej itu sendiri. Sebelum data disembunyikan, ia akan disulit dengan teknik kriptografi RC5 supaya data tersebut tidak dapat dibaca secara langsung oleh pengguna yang tidak sah. Selain itu, perisian juga dilengkapi dengan mampatan demi meningkatkan jumlah data yang boleh disembunyikan. Malahan, kata laluan pengguna turut dipanjangkan lalu diproses dengan fungsi sehala. Dengan itu, kata laluan selamat disimpan serta sukar dibaca secara langsung oleh pihak lain. Akhir sekali, hasil projek ialah satu perisian aplikasi yang berupaya memberikan ciri-ciri keselamatan terhadap data supaya selamat sampai ke destinasi terakhir. 1.2 Pernyataan masalah Masalah pertama ialah kewujudan data disedari oleh pihak luar yang boleh menyebabkan data dicuri. Keadaan lebih membimbangkan apabila data dihantar tanpa proses penyamaran steganografi atau cara lain untuk menghilangkan kesan kewujudan data tersebut. Sebagai contoh, apabila individu menghantar mesej melalui rangkaian, pihak luar akan sedar penghantaran tersebut kerana sudah jelas apa yang dihantar adalah mesej. Ini seterusnya, mendedahkan data tersebut kepada risiko serangan sama ada untuk mendapatkan data atau mengubah data tersebut. Dengan pelbagai kepakaran pihak luar, kejadian ini tidak mustahil boleh berlaku.
11 xi Kedua, masalah data yang tidak dilengkapi atau tiada langsung ciri-ciri keselamatan, berisiko tinggi untuk dibaca. Ini boleh berlaku apabila data tidak melalui proses penyulitan kriptografi sehingga pihak luar boleh terus membacanya tanpa halangan. Ini lebih berbahaya, jika ia melibatkan data penting seperti nombor akaun, senarai kata laluan, formula produk dan sebagainya. Kecurian data terbabit boleh mendatangkan kerugian dan sebagai contoh bagi data syarikat ia mungkin digunakan untuk meniru strategi, menilai prestasi atau mengganggu pelan syarikat. Syarikat akan kehilangan daya saing kerana maklumat penting diketahui oleh pihak lain, sehingga menimbulkan risiko jangka panjang iaitu kehilangan sumber pendapatan. Bayangkan jika formula penting sesebuah syarikat dicuri maka, tiada produk yang boleh dihasilkan sehingga pendapatan masa depan turut terjejas. Kajian semula terpaksa dijalankan untuk menghasilkan formula baru atau masa dihabiskan untuk mencari pihak yang mencuri data syarikat. Akhir sekali, bagi teknik steganografi yang mengubah piksel imej, saiz data yang boleh disembunyikan adalah terhad. Sebagai contoh, teknik bit tanda terhujung (LSB), keupayaan teknik ini menyembunyikan data bergantung kepada saiz imej. Jika besar saiz data maka, saiz imej yang diperlukan untuk menyembunyikan data juga mesti besar. Sebagai contoh, bagi imej yang memiliki tiga saluran warna bersaiz 32-bit, bit terhujung setiap warna akan digantikan dengan bit teks rahsia yang ingin disembunyikan. Dengan itu, teks yang dapat disembunyikan adalah terhad kerana hanya tiga bit ruang bagi satu piksel. Jika dimensi ialah 320x200 maka, teks yang dapat disembunyikan adalah terhad kepada bit sahaja.
12 xii 1.3 Cadangan Penyelesaian Bagi menyelesaikan masalah yang wujud, cadangan pertama ialah menghilangkan tanda kewujudan data dengan proses steganografi iaitu menyembunyikan data di sebalik imej TIFF. Dengan itu, data dapat disampaikan kepada penerima dengan risiko kecurian yang kecil, kerana kewujudan teks rahsia tidak disedari. Selain itu, teknik LSB telah digantikan dengan teknik penyesuaian yang berupaya menyimpan lebih banyak bit berdasarkan kapasiti berbeza bagi setiap piksel. Teknik penyesuaian melibatkan proses mencari bilangan bit yang dibenarkan untuk diubah agar boleh memuatkan lebih banyak data. Sebarang perubahan bit akan diimbangi demi menjaga kualiti imej agar perubahan yang berlaku tidak ketara. Seterusnya, aplikasi juga dibangunkan dengan menawarkan fungsi kriptografi yang mana ia bertujuan menukarkan teks rahsia kepada bentuk yang tidak difahami. Data atau teks rahsia yang berbentuk kod menyukarkan pihak luar untuk membacanya secara langsung. Maka, walaupun kewujudan teks rahsia dalam imej TIFF disedari namun, satu proses cubaan terpaksa dilakukan untuk mengekstrak serta menghurai teks kriptografi tersebut kepada bentuk asal. Ini masih menjamin keselamatan data agar tidak terdedah kepada pihak lain untuk dibaca walaupun selepas dicuri. Cadangan lain ialah memampatkan teks rahsia untuk meningkatkan bilangan aksara yang boleh disembunyikan ke dalam imej TIFF. Mampatan sangat membantu untuk mengatasi masalah saiz data yang besar. Selain itu, ciri sampingan aplikasi ialah dengan membenarkan penggunaan imej TIFF yang mempunyai saiz sehingga 1024x768 atau lebih, demi menampung lebih banyak bit data.
13 xiii Seterusnya, pengesahan identiti berdasarkan kata laluan telah dimasukkan ke dalam aplikasi demi memastikan pengguna yang sah sahaja boleh mendapatkan data tersembunyi daripada fail imej. Tambahan, kata laluan dipanjangkan sebanyak 12 bit untuk jaminan keselamatan dengan sebarang percubaan serangan kata laluan perlu melalui sehingga 2 bit kata laluan+12 bilangan cubaan. Akhirnya, aplikasi telah dibangunkan dengan memiliki antaramuka yang menarik dan mesra pengguna supaya dapat digunakan oleh ramai pihak dengan selesa. Di samping itu, antaramuka sistem mempunyai ciri-ciri heuristik kebolehgunaan piawai yang mana pengguna hanya menggunakan tetikus dan papan kekunci untuk berinteraksi tanpa perlu mengingati sintak arahan tertentu. 1.4 Matlamat Matlamat projek ini ialah menawarkan sebuah perisian yang berfungsi menyembunyikan teks rahsia termampat ke dalam imej TIFF dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi. 1.5 Objektif i. Menyembunyikan kewujudan teks di sebalik gambar TIFF dengan teknik steganografi penyesuaian.
14 xiv ii. Melaksanakan proses penyulitan dan penyahsulitan teks termampat menggunakan teknik RC5. iii. Melaksanakan kriptografi pengesahan identiti atau implementasi kata laluan dengan menggunakan fungsi sehala. iv. Meningkatkan bilangan storan bagi menampung teks dengan memampatkan teks. 1.6 Skop i. Menggunakan format gambar TIFF (Tagged Image File Format) untuk menyembunyikan data kerana imej TIFF memiliki 24-bit warna serta menyokong format lossless compression. ii. Mengunakan teknik RC5 untuk proses penyulitan dan penyahsulitan serta disokong oleh pengesahan identiti dan kata laluan sehala sebagai langkah keselamatan. iii. Menggunakan mampatan sebelum teknik penyesuaian steganografi, bagi mengoptimumkan storan data untuk penyembunyian. iv. Jenis data yang boleh disimpan ialah teks biasa yang dihadkan berdasarkan saiz gambar. Data ini tersimpan di dalam fail berformat.txt.
15 xv v. Bahasa utama yang digunakan ialah C# dan aplikasi tersebut dibangunkan berasaskan tetingkap di bawah platfom.net. Antaramuka pengguna bergrafik untuk aplikasi yang memenuhi heuristik kebolehgunaan telah dibina dengan menggunakan Visual Studio.NET. vi. Pengujian aplikasi yang telah dibangunkan melibatkan sampel imej TIFF bersaiz 100x100 hingga 2000x2000 yang menyokong 24-bit warna. 1.7 Kepentingan Satu daripada faedah perisian ialah menyediakan penyamaran steganografi terhadap data supaya sampai ke destinasi tanpa dikesan. Ia bermaksud kewujudan data dapat disembunyikan supaya tidak disedari oleh pihak lain. Ini penting kerana jika pihak luar menyangka data tidak wujud, maka tindakan mencuri data tidak berlaku atau sekurang-kurangnya risiko kecurian adalah rendah. Malahan, aplikasi ini boleh membantu individu atau organisasi yang ingin menghantar data seperti nombor akaun, formula dan sebagainya ke destinasi tanpa disedari pihak lain. Selain itu, keselamatan data akan dapat ditingkatkan dengan teknik penyulitan kriptografi terhadap data yang menyebabkan maksud data tidak difahami dan seterusnya menghalang atau menyukarkan data daripada dibaca. Pihak lain mungkin mengganggap data tersebut sebagai rentetan aksara yang tidak bernilai lalu mengabaikannya. Ciri keselamatan ini boleh digunakan oleh individu yang mementingkan perlindungan data ke destinasi.
16 xvi Akhir sekali, aplikasi yang telah dibangunkan ini merupakan satu kajian yang boleh dirujuk oleh golongan pelajar bagi memahami teknik keselamatan steganografi dan kriptografi yang ditawarkan dengan lebih mendalam. Rujukan boleh dibuat dengan meneliti laporan projek termasuk bahagian kajian literatur, rekabentuk dan implementasi. Sebarang kajian teliti boleh dilakukan untuk memperbaiki lagi kelemahan yang mungkin wujud dalam teknik tersebut. Dalam bab berikutnya ada menjelaskan semua kajian penting yang telah dijalankan untuk menghasilkan perisian ini.
GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA *
1.0 Pengenalan GARIS PANDUAN PROJEK SARJANA MUDA * Semua pelajar peringkat sarjana muda di UTM dikehendaki menjalankan Projek Sarjana Muda (PSM) yang melibatkan satu kajian dalam bidang pengajian di Fakulti
Lebih terperinciSISTEM KESELAMATAN ASET MOHD KUFAISAL BIN MOHD SIDIK
SISTEM KESELAMATAN ASET MOHD KUFAISAL BIN MOHD SIDIK Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer) Fakulti Sains Komputer
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian
1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Kampus merupakan suatu persekitaran yang menempatkan ribuan pelajar untuk menjalankan aktiviti akademik. Di samping pelajar, sebuah kampus turut menempatkan
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Bahagian III Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Pindaan 2001 (Akta A1129) telah memperuntukkan keperluan kepada penyediaan sistem rancangan pemajuan sebagai
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN PROJEK
BAB 1 PENGENALAN PROJEK Organisasi menjadi lebih effisien dan berdaya saing apabila dapat menggunakan memori terkumpul dalam bentuk data, maklumat, dan pengetahuan terhadap masalah yang harus ditangani.
Lebih terperinciBAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Masalah projek perumahan terbengkalai merupakan salah satu masalah perumahan yang masih wujud sehingga kini. Ia merupakan projek perumahan di mana kerja pembinaan atau
Lebih terperinciBAB I PENGENALAN. 1.1 Pengenalan
BAB I PENGENALAN 1.1 Pengenalan Sesebuah organisasi memerlukan satu sistem yang khusus bagi memudah dan mempercepatkan proses kerja dalam usaha meningkatkan kecekapan dan produktiviti organisasi mereka.
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Industri pembinaan hari ini terdedah kepada cabaran dari dalam dan luar industri yang membawa kepada keperluan pengurusan dan pengawalan risiko pembinaan. Salah satu kaedah
Lebih terperinciBAHAGIAN EMPAT. Taksiran Prestasi dan Keberkesanan
BAHAGIAN EMPAT Taksiran Prestasi dan Keberkesanan PENGENALAN AOB telah meluluskan kerangka kerja strategik baharu yang merangkumi prospek tiga tahun pasaran dan landskap pengawalseliaan. Kerangka kerja
Lebih terperinciGARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
GARIS PANDUAN PEMBANGUNAN DAN PENYENGGARAAN APLIKASI/LAMAN WEB UNIVERSITI SAINS PUSAT PENGETAHUAN TEKNOLOGI DAN KOMUNIKASI (2017) ISI KANDUNGAN 1 PENDAHULUAN... 3 1.1 PENGENALAN... 3 1.2 SKOP... 3 1.3
Lebih terperinci1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia
POLISI DAN KOD AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA 1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia 1 KA-09 KOD AMALAN PEMBANGUNAN
Lebih terperinciGARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA *
GARIS PANDUAN AMALAN PROJEK SARJANA MUDA * 1.0 Pengenalan Semua pelajar peringkat sarjana muda di UTM dikehendaki menjalankan Projek Sarjana Muda (PSM) yang melibatkan satu kajian dalam bidang pengajian
Lebih terperinciBAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN
BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN 5.1 Pengenalan Hasil daripada kajian strategi membaca teks bahasa Arab dalam kalangan pelajar ini, pengkaji akan mengemukakan cadangan dan saranan dalam dua bentuk yang berbeza,
Lebih terperinciGARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI. Pusat Siswazah. Universiti Kebangsaan Malaysia
1 GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI KOMPILASI Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia 2 Cetakan Pertama 2016 Hak Cipta Universiti Kebangsaan Malaysia, 2016 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian
Lebih terperinciBAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN
1 BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1.1 Pengenalan Sejak hampir dua dekad yang lalu, beberapa kajian berkaitan penilaian selepas-dihuni (post-occupancy
Lebih terperinciDasar Privasi kami. Terakhir diubah suai: 12 Dis Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini.
Dasar Privasi kami Terakhir diubah suai: 12 Dis 2014. Ringkasan perubahan boleh dirujuk di bahagian bawah Dasar Privasi ini. Matlamat Dasar Privasi ini adalah untuk memberikan gambaran keseluruhan tentang
Lebih terperinciANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN
GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN 1.0 TUJUAN Garis panduan ini bertujuan untuk membantu Pusat Tanggungjawab (PTJ)/ Individu membuat permohonan untuk menyertai Anugerah Inovasi Perkhidmatan
Lebih terperinciAnalisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
Prosiding Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM2012 Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM2012 15 18 Disember 2012 http://www.ukm.my/kongres Analisis Persepsi Bakal Graduan Program Sains Maklumat Fakulti
Lebih terperinciNotis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul
Notis Privasi Adient Adient plc (didaftarkan di Ireland, 25-28 North Wall Quay, IFSC, Dublin, 1), dan syarikat gabungannya (secara kolektif Adient, kami atau kita) mengambil berat tentang privasi anda
Lebih terperinciSOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP03/PENGENDALIAN MAKLUMAT
Halaman: 1/8 1.0 TUJUAN Garis panduan ini disediakan sebagai panduan untuk memastikan langkah-langkah pengendalian maklumat dilakukan bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan atau kebocoran maklumat
Lebih terperinciSOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI. GARIS PANDUAN PENGURUSAN IDENTITI Tarikh: 01/07/2016
Halaman: 1/5 1.0 TUJUAN Garis panduan ini disediakan untuk membantu dalam proses tadbir urus dan kawalan akses serta interaksi individu terhadap sumber maklumat dan aset universiti. 2.0 SKOP Merangkumi
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan salah satu cabang kejuruteraan yang mengalami perkembangan yang pesat. Walaupun masih wujud jurang yang ketara jika dibandingkan dengan industri
Lebih terperinciBAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT
BAB 1 PERSEKITARAN FIZIKAL DALAMAN PEJABAT 1.0 Latarbelakang Kajian Tempat kerja dan pekerja merupakan dua entiti yang saling berkait rapat di antara satu sama lain. Perkaitan ini wujud kerana pekerja
Lebih terperinciTAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu")
TAMBAHAN KEPADA BLACKBERRY PERJANJIAN PENYELESAIAN LESEN UNTUK BLACKBERRY ENTERPRISE PERKHIDMATAN 12 CLOUD ("TAMBAHAN itu") NOTIS PENTING: Untuk mengakses dan / atau menggunakan Perkhidmatan Awan ini (seperti
Lebih terperinciPERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH. PEJABAT TIMBALAN DEKAN (AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP003 GARIS PANDUAN SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK
GARIS NDUAN SISTEM PENASIHATAN Halaman: 1/5 1.0 TUJUAN Garis Panduan Sistem Penasihatan Akademik ini bertujuan memberi penjelasan kepada pelajar, penasihat akademik dan pegawai universiti yang terlibat
Lebih terperinciSOKONGAN PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT & KOMUNIKASI Kod Dokumen: UPM/ISMS/SOK/GP03/PENGENDALIAN MAKLUMAT
Halaman: 1/8 1.0 TUJUAN Garis panduan ini disediakan sebagai panduan untuk memastikan langkah langkah pengendalian maklumat dilakukan bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan atau kebocoran maklumat
Lebih terperinci1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia
POLISI DAN KOD AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA 1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia 1 KA-08 KOD AMALAN E-PEMBELAJARAN
Lebih terperinciAsas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P
Asas Multimedia dan Aplikasinya dalam P&P Jamalludin Harun Centre for Teaching & Learning Universiti Teknologi Malaysia Zaidatun Tasir Jabatan Multimedia Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Lebih terperinciBAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN
BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan adalah merupakan salah satu bidang yang sangat mencabar. Berbanding dengan industri lain, industri pembinaan terdedah
Lebih terperinciJUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik 2003/2004 Februari / Mac 2004 JUP 201/3 Pengurusan Kejuruteraan I Masa : 3 jam Arahan Kepada Calon: 1. Sila pastikan kertas peperiksaan
Lebih terperinciPUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)
PS.04/02/201 3(b1) PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2) Deskripsi Instrumen: Instrumen penilaian laporan
Lebih terperinciProgram Sarjana Dan Kedoktoran
Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia i GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/DISERTASI SECARA KOMPILASI Program Sarjana Dan Kedoktoran ii Cetakan Pertama 2014 Hak Cipta Universiti Kebangsaan Malaysia,
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Industri pembinaan merupakan industri yang amat penting dalam menggerakkan pembangunan di Malaysia dan seterusnya menjana perkembangan ekonomi di negara ini. Industri ini
Lebih terperinciINSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR
INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK TAHUN AKHIR Versi : 13 Mac 2009 0 ISI KANDUNGAN Halaman SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN 1 PENGENALAN
Lebih terperinciPolisi Privasi. Pengenalan
Polisi Privasi Pengenalan imsme ialah satu platform rujukan atas talian yang pertama di Malaysia bagi pinjaman/ pembiayaan PKS yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia
Lebih terperinciGARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN EMEL JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR DAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR
GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN EMEL JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR DAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR 1 1. PENGENALAN Mel elektronik atau emel adalah merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN Latar belakang kajian
BAB 1 PENGENALAN 1.1. Latar belakang kajian Dalam usaha Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, industri pembinaan menurut Sistem Binaan Terbuka (OBS) adalah merupakan satu syarat asas yang
Lebih terperinciGARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI 1.0 Pengenalan 1.1 Semua pelajar peringkat sarjana muda di UTM diwajibkan menjalankan Latihan Industri bagi satu tempoh yang ditetapkan. Latihan ini merupakan satu kursus
Lebih terperinci6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES
6. PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA BACHELOR S DEGREE PROJECT GUIDELINES PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK SARJANA MUDA (PSM) FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Lebih terperinciBAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.0 Pendahuluan Berdasarkan hasil kajian yang telah dianalisis, pengkaji telah membincangkan secara terperinci mengenai data-data yang diperolehi. Dalam bab lima ini pula,
Lebih terperinciPANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU
PANDUAN PEMOHONAN PENERBITAN BUKU A. PANDUAN PERMOHONAN PENERBITAN BUKU Penerbit Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ditubuhkan dengan matlamat menjadi sebuah penerbit universiti yang terpandang
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Teknologi telah menggerakkan perubahan positif di dalam syarikat sepanjang tempoh sedekad yang lalu. Hal-hal berkaitan teknologi maklumat (IT) kian penting dalam menentukan
Lebih terperinciPUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN TESIS PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA PENYELIDIKAN (PENILAIAN 2)
PS.04/02/201 3(b1) PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN TESIS PROGRAM SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH SECARA PENYELIDIKAN (PENILAIAN 2) Deskripsi Instrumen: Instrumen penilaian
Lebih terperinciANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN
GARIS PANDUAN PENILAIAN ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN 1.0 TUJUAN Garis panduan ini bertujuan untuk membantu Pusat Tanggungjawab (PTJ)/ Individu membuat permohonan untuk menyertai Anugerah Inovasi Perkhidmatan
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Paparan visual merupakan salah satu aspek penting dalam bidang grafik komputer dan animasi maya. Pelbagai kajian telah dilaksanakan oleh ramai penyelidik dalam usaha untuk
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sistem Penilaian Kenaikan Pangkat Pensyarah Secara Sistematik Berasaskan Sistem Bantuan Keputusan (SBK) Berkumpulan dibangunkan berdasarkan proses penilaian kenaikan pangkat
Lebih terperinciGARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia
GARIS PANDUAN Pembangunan Laman Web Universiti Kebangsaan Malaysia G a r i s P a n d u a n P e m b a n g u n a n L a m a n W e b P T J 2 OBJEKTIF Garis panduan ini bertujuan menjadi rujukan kepada webmaster
Lebih terperinciPANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA 2006 PANDUAN DOKUMENTASI BUKU LOG DAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI INSTITUT TEKNOLOGI INFO-SAINS MAHIR 25 MEI 2006 1.0 PENGENALAN Tujuan
Lebih terperinciUNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON
UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN TANGGUNGJAWAB PENYELIA-CALON Surat perakuan ini mentakrifkan hubungan penyeliaan antara (Nama Penyelia1) dan (Nama Calon) (Nama Penyelia 2) (No. Matrik) (Nama Penyelia 3) bagi
Lebih terperinciBAB 1 Dasar Pengurusan ICT
BAB 1 Dasar Pengurusan ICT 1.1 Pengenalan 1.2 Objektif 1.3 Struktur Pengurusan ICT 1.3.1 Jawatankuasa Kerja ICT 1.3.2 Jawatankuasa Pepandu ICT 1.3.3 Jawatankuasa Pemantauan dan Penasihat 1.4 Pusat ICT
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sebagai salah sebuah negara pesisir pantai, ekonomi Malaysia banyak disumbang oleh aktiviti yang berkisar pada kawasan pesisir pantai seperti perikanan, pelancongan dan
Lebih terperinciPUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2)
PS.04/02/2013(b1) PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENILAIAN LAPORAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 2) Deskripsi Instrumen: Instrumen penilaian laporan
Lebih terperinciberimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.
Berdasarkan dari dapatan kedua-dua bahagian di atas, jelas menunjukkan bahawa secara keseluruhannya pelajar tidak mampu menterjemah perkataan Arab berimbuhan berdasarkan frasa / ayat dan juga rangkap ayat.
Lebih terperinciPenyelia Buku log 20. Supervision 10 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 30 Laporan 10 JUMLAH
PEMARKAHAN PROJEK TAHUN AKHIR PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA Penyelia Buku log 0 Laporan 0 60 Supervision 0 Pemeriksa Dalaman Pembentangan 0 Laporan 0 0 JUMLAH 00 00 PENILAIAN LAPORAN PENYELIA (0%) No Aspek
Lebih terperinciPOLISI PENGGUNAAN
BAHAGIAN APLIKASI & PEMBANGUNAN SISTEM PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG POLISI DISEDIAKAN OLEH DILULUSKAN OLEH Nama & Jawatan Wan Azlee bin Hj. Wan Abdullah Pegawai Teknologi
Lebih terperinciGARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK
GARIS PANDUAN AMALAN LATIHAN INDUSTRI/PRAKTIK 1.0 Pengenalan 1.1 Semua pelajar peringkat sarjana muda di UTM diwajibkan menjalankan Latihan Industri/Praktik bagi satu tempoh yang ditetapkan. Latihan ini
Lebih terperinciGARIS PANDUAN. 3.1 Inovasi hendaklah hasil idea yang dicetuskan oleh Fakulti/Institut/Pusat Kecemerlangan/Unit/Jabatan/Staf Universiti Putra Malaysia;
GARIS PANDUAN 1.0 TUJUAN Garis panduan ini bertujuan untuk membantu Pusat Tanggungjawab (PTJ)/ Individu membuat permohonan untuk menyertai Pertandingan Anugerah Inovasi dan hanya diguna pakai di Universiti
Lebih terperinciPUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA CADANGAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 1)
PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA CADANGAN PROJEK SARJANA DUA SEMESTER (PENILAIAN PROJEK SARJANA 1) Deskripsi Instrumen: Instrumen penilaian cadangan projek sarjana ini adalah
Lebih terperinci1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia
POLISI DAN KOD AMALAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA 1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 1 Hakcipta Terpelihara 2007 Universiti Teknologi Malaysia 1 KA-03 KOD AMALAN KAEDAH
Lebih terperinciNO. DOKUMEN IPS 631/2017 TARIKH KUATKUASA NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11
NO. SEMAKAN 03 HALAMAN 1/11 1. PENDAHULUAN Program pengajian ini diklasifikasikan sebagai program Doktor Falsafah secara Penyelidikan bagi mod pelaksanaan melalui hasil kerja diterbitkan di mana program
Lebih terperinciB. KEPENTINGAN DOKUMEN
A. MENGENAI DOKUMEN Dasar berikut diguna pakai pada semua laman media sosial yang menyediakan maklumat rasmi mengenai Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada orang ramai. B. KEPENTINGAN DOKUMEN Laman media
Lebih terperinciBAB I PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan
BAB I PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Ledakan maklumat dewasa ini amat pantas berlaku di mana-mana tempat di serata dunia. Bidang teknologi komunikasi dan komputer sedang berkembang dengan pesat. Penggunaan
Lebih terperinciUNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK
1/18-5-29 1 / 11 UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGURUSAN MEL ELEKTRONIK 1. PENGENALAN Garis panduan ini adalah untuk memberikan panduan yang khusus kepada semua pegawai
Lebih terperinciTM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :
Objektif : TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT 1. Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer 2. Memahami prinsip etika komputer 3. Memahami etika profesional TM 4. Mengetahui fungsi kod etika
Lebih terperinciMAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS)
MAKLUM BALAS PELAJAR TERHADAP PROGRAM PRASISWAZAH FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN (FASS) Arifin Hj Zainal arifin_zainal@oum.edu.my Open University Malaysia Abstrak Satu kajian telah dilakukan oleh Fakulti
Lebih terperinciPENGAKUAN. Tandatangan : Nama : No. Matrik : Program :
PENGAKUAN Saya mengakui kertas kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali bahan-bahan luar digunakan, setiap satu daripadanya telah saya jelaskan sumbernya. UMMCCed tidak akan menanggung segala
Lebih terperinciGARIS PANDUAN PHD INDUSTRI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)
GARIS PANDUAN PHD INDUSTRI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM) PENGENALAN Mesyuarat Senat 47 Bil. 3/2015 yang telah bersidang pada 8 Mei 2015 telah meluluskan garis panduan PhD Industri, Universiti
Lebih terperinciBAB I PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
1 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Sektor perumahan merupakan salah satu sektor yang utama di dalam program pembangunan negara ini yang bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti hidup penduduk, sekaligus
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Proses perbandaran yang semakin pesat dalam pelbagai sektor utama seperti ekonomi, politik, teknologi dan sosial mengubah kepada corak kehidupan manusia seharian. Selain
Lebih terperinciBAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi khasnya dalam bidang pengiklanan berasaskan Internet pada hari ini banyak menyumbang kepada kemajuan dalam perniagaan. Fungsi
Lebih terperinciSISTEM PENGURUSAN PUSAT TUISYEN NUR HADIRAH BINTI HARIS KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN
SISTEM PENGURUSAN PUSAT TUISYEN NUR HADIRAH BINTI HARIS KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Sistem Pengurusan Pusat Tuisyen ini merupakan
Lebih terperinciBAB 1 PENDAHULUAN. 1.0 Pengenalan
1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Seringkali kedengaran berita tentang tanah-tanah milik persendirian diambil oleh kerajaan di mana sejumlah pampasan akan diberikan kepada tuan tanah untuk menggantikan
Lebih terperinciSENARAI KANDUNGAN BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI RAJAH 1 PENGENALAN 1
vi SENARAI KANDUNGAN BAB TAJUK MUKA SURAT BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI KANDUNGAN SENARAI RAJAH i ii iii iv v vi
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan XML secara pantas telah menjadi satu piawaian bagi perwakilan dan pertukaran data. Ia menyediakan satu format yang diterima bagi mempersembahkan kedua-dua struktur dan kandungan
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Ledakan teknologi maklumat yang berkembang pesat di negara ini, memperlihatkan betapa beruntungnya generasi masa kini berikutan terdedah kepada dunia tanpa sempadan. Ia
Lebih terperinciSKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS)
1 SKIM PERSARAAN SWASTA PRIVATE RETIREMENT SCHEMES (PRS) 2 Pembangunan Industri PRS Dengan jangka hayat yang lebih panjang dan peningkatan taraf hidup, ramai warga Malaysia mendapati simpanan mereka tidak
Lebih terperinciGARIS PANDUAN LAPORAN PROJEK PRAKTIKUM SHE 101/2 HUBUNGAN ETNIK SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2015 / 2016
GARIS PANDUAN LAPORAN PROJEK PRAKTIKUM SHE 101/2 HUBUNGAN ETNIK SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2015 / 2016 PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Dr. Malliga Marimuthu malliga@usm.my Bilik 217,
Lebih terperinciLAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:...
LAPORAN PENILAIAN PRESTASI PEGAWAI KUMPULAN PERKHIDMATAN SOKONGAN (II) Tahun. Bulan Pergerakan Gaji:... PERINGATAN Pegawai Penilai (PP) iaitu Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK)
Lebih terperinciANUGERAH INOVASI & PENGKOMERSILAN PRODUK UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN
ANUGERAH INOVASI & PENGKOMERSILAN PRODUK UiTM 2017 KRITERIA, SYARAT & PERATURAN ASAS ANUGERAH i. Anugerah Inovasi dan Pengkomersilan Produk merangkumi produk berasaskan penyelidikan dan pembangunan yang
Lebih terperinciUNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI i Cetakan Pertama, 2013, Edisi 2 Pejabat Jaringan Industri & Masyarakat Universiti Teknikal Malaysia Melaka Hakcipta terpelihara. Tiada
Lebih terperinciKOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB
KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR MELIPUTI: SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB KANDUNGAN I. Mesej kepada semua Rakan niaga m/s 2 II.Polisi Etika Perniagaan Umum m/s 3 III. Polisi
Lebih terperinciBAB 1 PENDAHULUAN. 1.1 Pengenalan
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Perkembangan komputer di negara kita telah melalui satu gerakan reformasi dan pembaharuan yang canggih bersesuaian dengan perkembangan infrastukturnya. Perkembangan penggunaan
Lebih terperinciSISTEM PENEMPAHAN KENDERAAN UTM DAN MAKLUMAN BERASASKAN SISTEM PESANAN RINGKAS MOHD FAIRUS BIN RAMLAN IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (SAINS KOMPUTER)
SISTEM PENEMPAHAN KENDERAAN UTM DAN MAKLUMAN BERASASKAN SISTEM PESANAN RINGKAS MOHD FAIRUS BIN RAMLAN IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (SAINS KOMPUTER) FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT 4 MEI 2009 PENGHARGAAN
Lebih terperinciSISTEM PENDAFTARAN CITRA
SISTEM PENDAFTARAN CITRA NIK NOR ATHIRAH BINTI NIK YUSOF UMI ASMA MOKHTAR Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Sistem Pendaftaran Citra merupakan proses yang akan
Lebih terperinciBAB 5 KESIMPULAN. pengkaji mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diutarakan sebagai. refleksi kepada keseluruhan kajian disertasi ini.
BAB 5 KESIMPULAN 5.0 Pendahuluan Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Dalam bab ini, pengkaji merumuskan secara ringkas segala perbincangan dan dapatan kajian yang telah dilakukan dalam
Lebih terperinciPANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL
PANDUAN DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL 1.0. KONSEP 1.1. Cuti sabatikal adalah satu anugerah yang diberikan kepada kakitangan akademik. Ia juga adalah salah satu daripada Program Pembangunan Tenaga Manusia
Lebih terperinciSISTEM PENILAIAN AKTIVITI PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN CD
SISTEM PENILAIAN AKTIVITI PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN CD FERNANDER JONATHAN FAKULTI KOMPUTERAN DAN INFORMATIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2015 ABSTRAK ABSTRAK Pihak kolej kediaman sentiasa mendapat permohonan
Lebih terperinciPOLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA
POLISI PENYELIAAN PELAJAR IJAZAH TINGGI DI UNIVERSITI MALAYA 1. Tujuan Polisi ini diwujudkan bertujuan seperti berikut: (1) Untuk menjelaskan kriteria pelantikan penyelia dan juga peranan dan tanggungjawab
Lebih terperinciGARIS PANDUAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL UNIVERSITI MALAYA
GARIS PANDUAN PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL UNIVERSITI MALAYA 1. TUJUAN Garis Panduan ini disediakan adalah untuk menerangkan penggunaan media sosial yang perlu dipatuhi oleh staf dan pelajar Universiti Malaya.
Lebih terperinciDASAR ISMS V1R1 MS ISO/IEC 27001:2007 PENGURUSAN SISTEM KESELAMATAN MAKLUMAT DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
DASAR ISMS V1R1 MS ISO/IEC 27001:2007 PENGURUSAN SISTEM KESELAMATAN MAKLUMAT DI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG Disedia Oleh: Disemak Oleh: Diluluskan Oleh:... Nama : Jawatan: Tarikh :... Nama : Jawatan: Tarikh
Lebih terperinciPOLISI PENERBITAN BAB DALAM BUKU (BOOK CHAPTERS) UTM
POLISI PENERBITAN BAB DALAM BUKU (BOOK CHAPTERS) UTM Nama Polisi : Polisi dan Prosedur Penerbitan Bab dalam Buku (Book Chapters) UTM Nombor Polisi : UTM P.I.0.4 Diluluskan oleh : Senat UTM Bil.11 2013/2014:
Lebih terperinciBAB 1 PENGENALAN PROJEK
BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pengenalan Pengurusan kokurikulum yang baik dan cekap amat diharapkan oleh setiap pentadbir di pelbagai peringkat tidak kira di sekolah, daerah mahupun di peringkat kebangsaan.
Lebih terperincidan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan
BAB ENAM PENUTUP 6.1 Pengenalan Bab ini akan menerangkan kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan analisis kajian dan pencapaian objektif kajian. Di samping itu, dalam bab ini juga terdapat cadangan bagi
Lebih terperinciTERHAD ARAHAN PENGENDALIAN KOMPUTER BAGI SECURE DIGITAL COMMUNICATION SYSTEM (SDCS)
ARAHAN PENGENDALIAN KOMPUTER BAGI SECURE DIGITAL COMMUNICATION SYSTEM (SDCS) 1. Perkembangan teknologi masa kini memungkinkan penghantaran data tanpa encryption dengan mudah dapat dibaca oleh pihak yang
Lebih terperinciBAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang
BAB VI RUMUSAN DAN CADANGAN 6.1 Pendahuluan. Dalam bab ini penulis akan merumuskan hasil dapatan kajian yang dilakukan sepanjang kajian yang telah dijalankan. Penulis juga akan menyimpulkan beberapa faktor-faktor
Lebih terperinciANUGERAH INOVASI & PENGKOMERSILAN PRODUK UiTM 2016 BORANG PERMOHONAN / PENCALONAN
ANUGERAH INOVASI & PENGKOMERSILAN PRODUK UiTM 2016 BORANG PERMOHONAN / PENCALONAN (Sila Gunakan Satu Borang Bagi Setiap Permohonan / Pencalonan) NAMA CALON / PEMOHON: KELAYAKAN (AKADEMIK DAN / ATAU PROFESIONAL):
Lebih terperinci1.1 Latar Belakang Penyelidikan
1 BAB 1 PENGENALAN Hospital adalah sebuah institusi penjagaan kesihatan yang menyediakan perkhidmatan dan rawatan kepada pesakit. Kaki tangan khusus, peralatan dan sistem pengurusan rawatan pesakit adalah
Lebih terperinciTAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN
TAHAP PERSEDIAAN BAKAL GURU FIZIK DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA DALAM MELAKSANAKAN PENGAJARAN FIZIK DENGAN MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS LOW BEE YEN Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
Lebih terperinciGARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI
GARIS PANDUAN LATIHAN INDUSTRI 1.0 Pengenalan 1.1 Semua mahasiswa peringkat sarjana muda di UTM diwajibkan menjalankan Latihan Industri bagi satu tempoh yang ditetapkan. Latihan ini merupakan satu kursus
Lebih terperinciBAB V KESIMPULAN. Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan
BAB V KESIMPULAN 5.1 PENDAHULUAN Setelah meneliti hasil kajian yang dirancangkan di Bab IV, bab ini akan mengemukakan suatu rumusan ringkas mengenai hasil kajian, implikasi, memberi cadangan, limitasi
Lebih terperinci