Kertas Dasar Warga Ilmu Warga Ta`awun

Save this PDF as:
 WORD  PNG  TXT  JPG

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "Kertas Dasar Warga Ilmu Warga Ta`awun"

Transkripsi

1

2 PEMBIAYAAN PEMBIAYAAN 1. Pendidikan Asnaf 2. Musibah Hayat 3. Perubatan Kritikal 4. Khairat Kematian 5. Pembangunan Arab Mikro Persatuan Akademi Arab Mikro (PAKAR) 2

3 O R G A N I S A S I Sistem Pembelajaran al-quran dan Bahasa Arab Cap Dagang Bil : Kelas 41 Syarikat Pemilik Hak Cipta Jenama ArabMikro Pengurus : Noor Rizan binti Mat Syarikat Pengendali Program ArabMikro Pengurus : Mohd Rosdi bin Ismail Pemegang Amanah Aset Wakaf AKRAM Pengurus : Ahmad Mursyid bin Mohd Rosdi Kompleks Wakaf Kampus Pengajian dan Kemudahan Asas UNIT PENERBITAN Us Mohamad Fadhil bin Ismail UNIT AKADEMIK & PENYELIDIKAN Mohd Rosdi bin Ismail UNIT PEMASARAN Che Muhamad Najmi bin Che Ariffin WARGA ILMU WARGA TA`AWUN Persatuan Akademi Arab Mikro (PAKAR) 3

4 1. MUKADIMAH بسم الله الرحمن الرحيم الحمد رب العالمين والصلاة والسلام على رسولنا الكريم محمد النبي الا مي وعلى ا هل وصحبه ا جمعين Warga Ilmu Warga Ta`awun satu muafakat berjemaah antara peserta ATAU pelajar siswazah atau atau pelajar persijilan dalam mana-mana program pengajian berdaftar dengan Pusat Bahasa Arab Mikro. Kesatuan ini bernaung di bawah Persatuan Akademi Arab Mikro sebagai badan pemantau berdaftar dengan Pertubuhan Pendaftaran Negara (ROS). Ia adalah kesatuan kebajikan yang menawarkan 5 Skim Infaq untuk setiap ahli secara takaful. 2. ORGANISASI ARAB MIKRO Berikut adalah maklumat ringkas tentang organisasi Arab Mikro:- 1. ARAB MIKRO ARAB MIKRO ialah kaedah pembelajaran al-quran dan Bahasa Arab berasaskan penguasaan SISTEM BAHASA melalui aplikasi FUNGSI MAKNA dan kaitannya dengan BENTUK KATA sesuatu lafaz. Ia telah diolah semula secara efektif berasaskan rumusrumus linguistik sebagai suatu pendekatan yang lebih hampir dengan budaya dan alam pemikiran Melayu. Kaedah ini terbukti telah membantu pelajar lebih cepat memahami dan menguasai bahasa Arab dan al-quran. Perkataan ARABMIKRO telah didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sebagai jenama Cap Dagang Bil : Kelas 41 pada 19 May ALC ARABIC LANGUAGE & CONSULTANCY ALC Arabic Language & Consultancy (ALC) adalah syarikat yang mempunyai hak cipta ke atas semua harta intelek Sistem Pembelajaran Bahasa Arab Mikro. Segala hasil karya dan modul yang berasaskan kepada pendekatan Arab Mikro adalah tertakluk di bawah akta hak cipta tersebut. Ia berfungdi sebagai badan Penyelidik dan Pembangunan Akademik Arab Mikro. Ia telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 25 November PUSAT BAHASA ARAB MIKRO / ARAB MIKRO CENTRE (AMC) Arab Mikro Centre (AMC) adalah syarikat yang bertanggung jawab menyelia dan mengendali segala bentuk kursus dan proses pembelajaran Arab Mikro. Persatuan Akademi Arab Mikro (PAKAR) 4

5 Ia juga bertanggung jawab mengurus dan menyelia kakitangan dan penjagaan pusatpusat pengajian Arab Mikro. Ia tidak mempunyai hak milik ke atas segala aset Akademi Arab Mikro (AKRAM). Ia telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 08 Oktober PERSATUAN AKADEMI ARAB MIKRO (PAKAR) AR) PAKAR ialah persatuan pelajar Arab Mikro dan kakitangan AMC sebagai badan pemegang amanah wakaf AKRAM. Ia juga berperanan sebagai badan penggerak pembangunan AKRAM yang menyediakan segala kemudahan proses pembelajaran. Ia telah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 18 Februari AKADEMI ARAB MIKRO (AKRAM) AKRAM ialah kompleks pengajian al-quran dan Bahasa Arab Mikro dan ilmu-ilmu Islam. Ia adalah insititusi wakaf yang diselia oleh PAKAR sebagai badan pemegang amanah di bawah konsep Wakaf Khas. Pra-Pelancaran Pembangunan AKRAM telah dilakukan pada 23 Jun ARAB MIKRO SUPPORT GROUP (AMSG) AMSG adalah kelab sukarelawan yang ikhlas berusaha membantu dan menyumbang tenaga, masa dan idea dan sebagainya demi melancarkan proses pembangunan Komplek Akademi Arab Mikro (AKRAM). Ia adalah SALURAN TERBUKA kepada sesiapa sahaja yang ingin bersama dalam kerja-kerja pembangunan AKRAM. RAYUAN : Dengan ini ARAB MIKRO membuka penyertaan kepada sesiapa sahaja untuk membantu usaha mulia ini. Kami memohon PERSETUJUAN Tuan/Puan untuk menjadi ahli AMSG dan membantu pembangunan AKRAM demi memartabatkan sistem pembelajaran al-quran dan Bahasa Arab Mikro yang telah TERBUKTI BERKESAN untuk generasi Islam masa akan datang. Sila hubungi kami melalui talian : Us. Dr. Mohd Rosdi Ismail (Pengurus AMC) Us. Ahmad Mursyid bin Mohd Rosdi (Presiden PAKAR) Us. Mohd Fadhil bin Ismail (Timbalan Presiden PAKAR) Persatuan Akademi Arab Mikro (PAKAR) 5

6 3. KONSEP WARGA TA`AWUN Konsepnya adalah seperti berikut:- 1. VISI Meneroka al-quran membina Kesatuan Padu Warga Ilmu. 2. MISI Memperkasa Amal Jamaiey Membina Generasi Islamiey. 3. WARGA ILMU Semua PELAJAR atau IBU atau BAPA atau PENJAGA yang pernah atau telah atau sedang belajar di Arab Mikro Centre adalah layak untuk didaftarkan sebagai ahli WARGA TA`AWUN. Tiada had umur ditentukan untuk layak diakui sebagai ahli Warga Ta`awun setelah mendaftar secara sah sebagai pelajar Arab Mikro. Warga Ta`awun adalah PENDOKONG UTAMA semua program pengajian dan pembangunan Arab Mikro dalam memperjuangkan Akidah Tauhid dan Tasawwur Islam yang benar menerusi al-quran. 4. WARGA TA`AWUN Ta`awun adalah konsep tolong menolong sesama ahli apabila berdepan dengan sesuatu musibah. Ta`awun dilakukan melalui TABARRU atau DREMA secara ONE-OFF pada kadar RM yang minima, iaitu antara RM10.00/ahli hingga RM100.00/ahli sahaja mengikut skala musibah yang berlaku ke atas si penerima. Para pelajar Pengajian Arab Mikro akan diberi tawaran untuk menyertai program SKIM INFAQ WARGA TA`AWUN yang akan membiayai bantuan kewangan untuk KECEMASAN dalam lima skim berikut:- PEMBIAYAAN 1. Pendidikan Asnaf 2. Musibah Hayat 3. Perubatan Kritikal 4. Khairat Kematian 5. Pembangunan Arab Mikro Persatuan Akademi Arab Mikro (PAKAR) 6

7 5. DANA WARGA TA`AWUN Kekuatan Dana Warga Ta`awun ialah KESATUAN AKIDAH TAUHID sebagai ASAS PERSAUDARANN sesama muslim, berteraskan firman Allah swt. Dana Biaya adalah derma ikhlas setiap ahli Warga Ta`awun kepada mana-mana pelajar yang memerlukan bantuan segera dalam lima perkara di atas. Dana akan dipohon berdasarkan keperluan berikut:- i- Pendidikan asnaf zakat seperti pelajar miskin dan saudara muslim baru atau seumpama. ii- Musibah hayat seperti kebakaran, banjir atau kemalangan yang tidak melibatkan kematian. iii- Perubatan kritikal yang memerlukan kos rawatan yang tinggi. iv- Khairat kematian untuk modal aktiviti sara hidup keluarga si mati selama setahun. v- Pembangunan Pembelajaran Arab Mikro melalui penyertaan pakej pengajian Arab Mikro Online 1000 perserta ke atas. 6. SISTEM OPERASI Perolehan, pengurusan dan pembiyaan dana akan dilakukan seperti berikut:- 1. Permohonan diajukan kepada Persatuan Akademi Arab Mikro (PAKAR) untuk dinilai dengan perakuan sah oleh Penghulu / Penggawa / Imam / PBT / ADUN / Polis atau mana pihak yang layak membuat perakuan sah. 2. Wakil Warga Ta`awun Daerah akan membuat semakan kesahihan permohonan untuk dilulusakan oleh PAKAR. 3. PAKAR akan membuat hebahan kepada semua Ahli AMSG (Warga Ta`awun) dan SISWAZAH Arab Mikro untuk membuat sumbangan pada kadar RM10.00 RM50.00 / kepala mengikut kadar keperluan yang difikir layak oleh pihak PAKAR. 4. Hebahan wang terkumpul akan dimaklumkan kepada semua ahli sebelum disampaikan kepada pihak pemohon. 5. Sumbangan akan diuruskan oleh PAKAR untuk disampaikan kepada pemohon. Persatuan Akademi Arab Mikro (PAKAR) 7

8 4. SERUAN KEAHLIAN Pihak pengurusan Arab Mikro menyeru dengan sesungguh hati agar semua pelajar/ibu/bapa/penjaga menyokong usaha mulia ini untuk sama-sama memastikan kita semua berjaya membina sebuah jemaah yang kuat dengan sasaran: AHLI TAHUN 2019 Oleh itu, adalah AMAT DIHARAPKAN agar kita semua tidak menarik diri dari senarai group AMSG (WARGA TA`AWUN) yang kita ada sekarang. Tuan/Puan/Dato/Datin tidak perlu melakukan apa-apa. Kami hanya perlukan TIGA PERKARA sahaja :- Kerelaan hati menjadi ahli berdaftar secara sah Warga Ta`awun yang bernaung di bawah Persatuan Akademi Arab Mikro (PAKAR). Menyumbang apabila ada keperluan berbuat demikian (akan dimaklumkan). Dokongan berterusan hingga akhir hayat kita. 5. PENDAFTARAN KEAHLIAN Untuk proses pendaftaran keahlian, sila :- Hantar foto muka depan kad pengenalan melalaui aplikasi WhatsApp ke nombor berikut:- i- Presiden PAKAR : (Ustaz Ahmad Mursyid) ii- Timb. Presiden PAKAR : (Ustaz Mohamad Fadhil) Sila tulis kod ; WARGA TA`AWUN bila hantar foto kad pengenalan. 6. PENUTUP Akhirnya, pihak pengurusan Arab Mikro mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang telah diberi dalam menjayakan usaha murni ini. Wassalam wbt. Persatuan Akademi Arab Mikro (PAKAR) 8