Kakitangan dan Tempat Kerja

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "Kakitangan dan Tempat Kerja"

Transkripsi

1 Topik 9 Kakitangan dan Tempat Kerja HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan bagaimana melindungi hak kebersendirian kakitangan dan syarikat; 2. Mengenal pasti alasan-alasan moral dalam langkah-langkah syarikat sebelum mengambil pekerja; dan 3. Mengenal pasti kejadian-kejadian yang mengakibatkan pencabulan hak kebersendirian. PENGENALAN Tahukah anda semasa temu duga, penemu duga boleh meminta pemohon supaya menjalani ujian dadah? Mengapa ujian itu perlu? Apakah rasional di sebalik permintaan ini? Ujian saringan boleh dibuat kerana syarikat ingin melindungi diri, kakitangan dan pelanggan daripada keburukan yang boleh dielakkan. Oleh itu, mereka percaya bahawa mereka perlu mengetahui sejarah peribadi dan tabiat kakitangan mereka agar dapat melindungi organisasi daripada masalah penipuan, kecurian maklumat atau lain-lain kemudaratan akibat tingkah laku kakitangan di bawah pengaruh arak atau dadah. Namun, adakah syarikat mempunyai hak ke atas maklumat tersebut demi kepentingannya sendiri? Adakah ia suatu pencerobohan yang tidak wajar terhadap hak kebersendirian kakitangan jika ia dilakukan? Kita akan mengetahui jawapan bagi isu-isu ini dalam subtopik-subtopik seterusnya. Mari kita teruskan!

2 152 TOPIK 9 KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA 9.1 MENGHORMATI HAK KEBERSENDIRIAN KAKITANGAN Secara dasarnya, setiap syarikat mempunyai hak untuk melindungi diri daripada penipuan, kecurian maklumat dan rahsia perdagangan, kerosakan ke atas kemudahan serta kemudaratan kepada kakitangan, pelanggan dan orang awam yang berurusan dengan syarikat. Oleh kerana kakitangan berpotensi sebagai punca kemudaratan tersebut, para pengurus selalunya perlu menyelidiki sejarah peribadi calon pekerja mereka. Sesetengah syarikat menggunakan ujian pra-pekerjaan untuk mengetahui tahap kejujuran bakal kakitangan mereka. Sebagai contoh, pada suatu masa dahulu, ujian poligraf telah digunakan oleh banyak syarikat sebagai alat saringan pra-pekerjaan (Rajah 9.1). Ia digunakan untuk mengetahui tahap kejujuran seseorang. Walau bagaimanapun, penggunaan alat tersebut kini dilarang oleh undang-undang. Rajah 9.1: Ujian poligraf Sumber: Para pengurus juga ingin memantau ataupun cuba menyekat aktiviti peribadi pekerja yang bekerja dengan mereka untuk memastikan mereka tidak menjadi ancaman kepada perniagaan.

3 TOPIK 9 KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA 153 Namun, terdapat dua persoalan penting yang boleh dipersoalkan terhadap tindakan-tindakan tersebut iaitu: (a) (b) Sejauh manakah para pengurus boleh menceroboh hak kebersendirian calon kakitangan atau kakitangan sedia ada demi kepentingan syarikat? Adakah hak syarikat untuk melindungi diri akan sentiasa mengatasi hak kebersendirian kakitangan? AKTIVITI 9.1 Cuba anda tanya pengurus sumber manusia di tempat anda tentang sejauh manakah majikan anda boleh menjalankan ujian ke atas kakitangannya. Bandingkan maklumat yang anda dapati dengan rakan sekelas. Kemudian, ringkaskan dapatan anda menggunakan peta minda. Selain itu, syarikat-syarikat juga boleh memasang alat-alat canggih seperti televisyen litar tertutup (CCTV) atau perisian komputer untuk memantau gerakgeri kakitangan mereka di pejabat dan dalam rangkaian komputer. Rajah 9.2 menunjukkan rakaman melalui televisyen litar tertutup di suatu organisasi. Rajah 9.2: Memantau gerak-geri kakitangan melalui televisyen litar tertutup Sumber:

4 154 TOPIK 9 KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA Pemasangan kamera ini membolehkan majikan memantau gerak-geri kakitangannya sewaktu bekerja. AKTIVITI 9.2 Bincangkan soalan-soalan berikut: (a) (b) Sejauh manakah majikan boleh menceroboh hak kebersendirian bakal kakitangan atau kakitangan sedia ada demi kepentingan organisasi? Adakah hak organisasi untuk melindungi diri sendiri sentiasa mengatasi hak kebersendirian kakitangan? AKTIVITI 9.3 Terdapat kes-kes di Malaysia di mana majikan didapati menyelidik kehidupan sosial kakitangan mereka melalui aplikasi jaringan sosial seperti Facebook. Sumber: Adakah amalan ini boleh diterima? Bincangkan perkara ini daripada sudut gangguan ke atas hak kebersendirian kakitangan.

5 TOPIK 9 KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA PENYALAHGUNAAN BAHAN Anda tentu bersetuju bahawa tiada syarikat yang ingin berada dalam keadaan di mana kakitangan mereka tidak dapat menjalankan tugas akibat pengaruh arak atau dadah. Disebabkan penyalahgunaan arak dan dadah yang berleluasa pada masa ini, ramai majikan bimbang jika pekerja yang diambil oleh mereka ialah penagih dadah atau arak. Oleh itu, ujian penyalahgunaan bahan berkenaan sudah menjadi suatu keperluan pra-pekerjaan di banyak syarikat perniagaan. Namun, wujud persoalan sama ada syarikat mempunyai hak moral untuk mengenakan ujian tersebut atau tidak. Hak kebersendirian kakitangan supaya tidak dicerobohi bukan sesuatu yang mutlak kerana seseorang itu tidak mungkin boleh mengetepikannya. Demi kepentingan untuk membuktikan kepada majikan bahawa mereka bukan ancaman kepada syarikat, pemohon pekerjaan boleh bersetuju untuk menjalani ujian dadah atau arak. Bagi pihak syarikat, mereka mempunyai justifikasi moral apabila menghendaki pemohon pekerjaan menjalani ujian dadah atau arak sebagai langkah perlindungan, terutamanya apabila keselamatan pelanggan dan kakitangan lain dianggap terancam. Namun, terdapat garis panduan yang perlu dipatuhi di mana syarikat yang menghendaki ujian tersebut perlu memastikan bahawa: (a) Ujian adalah tepat dan bagi pemohon yang mempunyai kes perubatan, mereka perlu dibenarkan untuk menunjukkan bukti bahawa mereka menggunakan dadah mengikut preskripsi perubatan yang sah; dan (b) Keputusan ujian disimpan sebagai sulit. Capaian terhadap maklumat tersebut hanya dibenarkan kepada pihak-pihak yang sah dan perlu sahaja. Sekiranya langkah beringat ini tidak dapat dipatuhi walaupun keadaannya munasabah, maka syarikat tiada hak untuk meminta ujian berkenaan dilaksanakan. Terdapat dua persoalan penting berhubung ujian dadah atau arak ke atas kakitangan. Dua persoalan tersebut dihuraikan seperti berikut:

6 156 TOPIK 9 KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA (a) Bagaimanakah ujian ke atas kakitangan yang sedia ada di syarikat dilakukan? (i) Ujian ini memerlukan penyelia-penyelia terlatih dalam teknikteknik mengenali tanda-tanda penyalahgunaan. (ii) (iii) Selain itu, ia juga bermaksud menjalankan ujian selepas fakta di mana terdapat kakitangan yang terlibat dalam sesuatu kemalangan yang telah memudaratkan orang lain atau mengakibatkan kerosakan harta benda yang meluas. Bagi majikan, bukanlah sesuatu yang menyenangkan apabila mendapat tahu bahawa kakitangan mereka khayal atau mabuk dan mengakibatkan kemalangan kapal terbang, kereta api atau bas. Kesimpulan yang menyedihkan ini menerangkan mengapa majikan kadangkala menjalankan ujian rawak ke atas semua kakitangan yang memegang jawatan di mana risiko untuk memudaratkan orang lain atau harta benda adalah tinggi, sekiranya mereka melakukan kesilapan. (b) Adakah ujian rawak ke atas kakitangan mempunyai justifikasi moral? Prinsip sebab barangkali dianggap boleh digunakan. Ini bermakna ujian dadah atau arak hanya dibenarkan jika majikan mengesyaki bahawa prestasi kakitangan adalah sah terjejas oleh penggunaan bahan berkenaan. Walau bagaimanapun, hanya dua keadaan yang dapat menjustifikasikan sebarang ujian ke atas kakitangan iaitu: (i) Syak dan sahkan bahawa kakitangan tertentu telah menyalahgunakan arak atau dadah; atau (ii) Mempunyai bukti statistik yang sah bahawa kejadian penyalahgunaan arak atau dadah dalam kalangan kakitangan yang disyaki adalah signifikan. Ujian rawak boleh digunakan terutamanya dalam pekerjaan di mana keselamatan kakitangan lain, pelanggan atau orang awam akan terancam oleh prestasi pekerja yang tidak cekap. Jika ia dapat memastikan keputusan yang memuaskan, maka ia mempunyai justifikasi moral dengan syarat, semua kakitangan tertakluk kepadanya.

7 TOPIK 9 KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA 157 SEMAK KENDIRI 9.1 Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum sesebuah organisasi mengenakan ujian penyalahgunaan arak atau dadah ke atas kakitangannya? Senaraikan. 9.3 PENGANIAYAAN KAKITANGAN Akhir sekali, mari kita pelajari tentang penganiayaan kakitangan. Pernahkah anda menghadapi situasi di mana majikan anda memarahi anda dengan suara yang lantang dan kuat di hadapan rakan-rakan sekerja anda kerana sangat berang dan tidak dapat mengawal emosinya? Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 9.3, ia mungkin bukan perkara yang luar biasa bagi seorang ketua yang naik berang memarahi kakitangan bawahan mereka dengan cara yang agak beremosi. Rajah 9.3: Seorang majikan sedang memarahi kakitangannya

8 158 TOPIK 9 KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA Seorang ketua boleh memarahi kakitangan bawahannya di atas beberapa sebab, kebiasaannya kerana kegagalan atau kesalahan mereka yang berkaitan dengan kerja. Walau bagaimanapun, jika kakitangan turut diancam untuk diberhentikan kerja atas alasan-alasan berikut, ia menjadi sesuatu yang serius: (a) (b) (c) (d) Tidak bersetuju untuk memalsukan penyata-penyata kewangan; Menolak desakan seksual; Tidak mengelak daripada dilantik menjadi juri; atau Enggan menipu bagi pihak kesatuan sekerja atau syarikat. Alasan-alasan tadi melibatkan pencabulan hak kebersendirian yang jelas. Walaupun kakitangan perlu diberitahu jika prestasi kerja mereka tidak memuaskan, ia tidak bermakna bahawa kakitangan atau pengurus yang tiada kaitan kerja secara langsung dengannya atau tidak mungkin akan menjadi penyelianya, mempunyai hak untuk mengetahui tentangnya juga. Semua orang berhak memelihara reputasi yang baik di khalayak ramai. Menggunakan ancaman untuk memaksa kakitangan supaya melanggar undangundang adalah juga satu bentuk pelanggaran hak kebersendirian. Ia dianggap seperti menceroboh ke dalam jiwa seseorang dan meletakkannya dalam keadaan yang bertentangan dengan undang-undang. Bagi penyokong moral undang-undang semula jadi atau penyokong moral berasaskan hak, kejadian-kejadian ini adalah bukti penganiayaan kakitangan, pencabulan maruah dan kehormatan manusia. Oleh itu, ia dianggap tidak bermoral. Bagi penyokong utilitarian, mereka juga tidak mungkin akan mengatakan bahawa amalan-amalan ini mempunyai justifikasi moral dan boleh menghasilkan akibat baik pada keseluruhannya. Akhir sekali, bagi penyokong relativisme budaya, mereka juga tidak mungkin mempercayai wujudnya adat sebegini di tempat kerja dalam mana-mana masyarakat di dunia sebagai normal dan bermoral. Sebagai penutup, cuba anda jawab soalan-soalan berikut untuk memperkukuhkan pemahaman anda mengenai Topik 9 ini: SEMAK KENDIRI 9.2 Apakah aspek-aspek yang boleh dianggap sebagai pencerobohan ke atas hak kebersendirian kakitangan?

9 TOPIK 9 KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA 159 LATIHAN Menggunakan perkataan sendiri, jelaskan pemahaman anda tentang hak kebersendirian kakitangan. 2. Sebagai seorang pengurus sumber manusia di sebuah syarikat, apakah persediaan anda sebelum mengambil seseorang calon sebagai pekerja baru di tempat anda? 3. Terangkan apakah keadaan yang membenarkan ujian arak atau dadah ke atas kakitangan mempunyai justifikasi moral? Kakitangan mempunyai hak kebersendirian mereka; tiada sesiapa (walaupun majikan) berhak untuk mencerobohi hak kebersendirian ini. Syarikat ingin melindungi diri, kakitangan dan pelanggan mereka daripada kemudaratan yang boleh dielak. Syarikat perlu mengetahui butir-butir peribadi calon/pekerja seperti sejarah dan tabiat kakitangan mereka untuk melindungi syarikat daripada penipuan, kecurian dan tingkah laku kakitangan yang boleh mendatangkan mudarat. Ujian rawak untuk mengesan penyalahgunaan bahan terlarang boleh dijustifikasikan daripada segi moral, jika terdapat syak dan bukti yang sah menunjukkan terdapat sejumlah besar kakitangan yang mungkin terlibat dengan arak atau dadah. Memarahi kakitangan di khalayak ramai di atas sebab prestasi kerja yang lemah adalah suatu pencabulan hak kebersendirian mereka. Semua orang mempunyai hak untuk memelihara nama baik mereka di khalayak ramai. Oleh itu, hanya mereka yang perlu sahaja harus mengetahui mengenai prestasi seseorang. Mengancam seseorang kerana enggan melakukan sesuatu perkara yang menyalahi moral atau undang-undang adalah pencerobohan terhadap jiwa/kerohanian seseorang dan seterusnya menghadapkannya dengan masalah undang-undang. Ini juga merupakan satu pencabulan ke atas hak kebersendirian.

10 160 TOPIK 9 KAKITANGAN DAN TEMPAT KERJA Penyokong moral undang-undang semula jadi menganggap sebarang penganiayaan ke atas kakitangan adalah salah daripada segi moral, manakala penyokong utilitarian akan mendapatinya berjustifikasi hanya dalam keadaan ekstrem jika ia boleh menghasilkan kebaikan yang menyeluruh. Bagi penyokong relativisme budaya, mereka perlu memastikan bahawa komuniti yang terlibat dalam penganiayaan boleh bertoleransi dengan isu tersebut. Kebersendirian kakitangan Penganiayaan kakitangan Penyalahgunaan bahan Ujian dadah Ujian poligraf Ujian rawak

TOPIC 9 EMPLOYEES AND THE WORKPLACE (PEKERJA DAN TEMPAT KERJA)

TOPIC 9 EMPLOYEES AND THE WORKPLACE (PEKERJA DAN TEMPAT KERJA) TOPIC 9 EMPLOYEES AND THE WORKPLACE (PEKERJA DAN TEMPAT KERJA) Pengenalan Syarikat pastinya ingin melindungi kepentingannya, pekerja mereka dan pelanggan mereka dari sabarang musibah yang boleh dielakkan.

Lebih terperinci

Kesetiaan kepada Syarikat

Kesetiaan kepada Syarikat Topik 10 Kesetiaan kepada Syarikat HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan konsep kesetiaan kepada syarikat; 2. Membezakan peniupan wisel dalaman dengan luaran; 3.

Lebih terperinci

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN FAQ 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM 1 1. Apakah yang dimaksudkan dengan memberi maklumat? Ia adalah satu tindakan sukarela oleh mana-mana pekerja/orang awam (setakat perkhidmatan

Lebih terperinci

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan

Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan 09 2016 Perutusan daripada Stefan Karlen 3 Nilai etika Panalpina 4 Prestasi Integriti Profesionalisme Pengenalan Tatakelakuan 5 Perkara yang diharapkan daripada pengurus Membuat laporan tentang pelanggaran

Lebih terperinci

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam

Tatakelakuan. Tatakelakuan berkenaan hubungan Syarikat dengan Pentadbiran Awam Tatakelakuan Tatakelakuan Dokumen ini mengandungi "Tatakelakuan" yang mesti dipatuhi oleh semua Pengarah, Pengurus, pekerja Kumpulan Pirelli, dan secara amnya sesiapa yang bekerja di Itali dan di luar

Lebih terperinci

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa

Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan. Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa Minerals Technologies Inc. Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan Kelakuan yang Sah dan Beretika Diperlukan pada Setiap Masa Ringkasan Dasar Kelakuan Perniagaan ("Ringkasan" ini) menyediakan satu gambaran

Lebih terperinci

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM

DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM DASAR PEMBERI MAKLUMAT DALAMAN 2013 SEKSYEN AUDIT DALAM 1 Dasar Pemberi Maklumat (Dalaman) Definisi 1. Pemberian maklumat adalah pendedahan yang dilakukan oleh individu yang kebiasaannya terdiri daripada

Lebih terperinci

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN

Kawalan PENGENALAN HASIL PEMBELAJARAN Topik 9 Kawalan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan terma kawalan dan tujuan utamanya; 2. Melihat langkah-langkah yang terlibat dalam proses kawalan; 3. Menghuraikan

Lebih terperinci

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif :

TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT. Objektif : Objektif : TM3923 ETIKA PROFESIONAL TEKNOLOGI MAKLUMAT 1. Mengetahui masalah moral dan isu etika komputer 2. Memahami prinsip etika komputer 3. Memahami etika profesional TM 4. Mengetahui fungsi kod etika

Lebih terperinci

Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin

Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin Soalan Lazim (FAQ) Panduan kepada Tatakelakuan Pengedar Parker Hannifin Pengenalan Soal awab berikut ialah panduan kepada Tatakelakuan Pengedar ( Tatakelakuan ) Parker Hannifin (Parker). Kami telah menyediakan

Lebih terperinci

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths

Perilaku Beretika bagi Pembekal dan Orang Tengah: Tataetika Perniagaan Pembekal. Tataetika Perniagaan Pembekal Smiths Tataetika Perniagaan Smiths Prakata daripada Philip Bowman, Ketua Eksekutif Sebagai sebuah syarikat bertaraf global, Smiths Group berinteraksi dengan pelanggan, pemegang saham dan pembekal di seluruh dunia.

Lebih terperinci

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON

NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON NOTIS PRIVASI MAKLUMAT PERIBADI UNTUK KAKITANGAN DAN CALON Adient plc (didaftarkan di Ireland, 25-28 North Wall Quay, IFSC, Dublin, 1), dan subsidiari dan syarikat gabungannya (secara kolektif, Adient,

Lebih terperinci

Inovasi dan Perubahan

Inovasi dan Perubahan Topik 11 Inovasi dan Perubahan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan kepentingan inovasi dalam organisasi; 2. Menerangkan cara-cara menguruskan inovasi dengan berkesan;

Lebih terperinci

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini:

NOTIS PRIVASI. Untuk tujuan Notis ini: NOTIS PRIVASI Dokumen ini menerangkan dasar privasi ("Dasar Privasi") Spring Energy Sdn Bhd ("Spring Energy" "kami," atau "kami" dalam terma- terma yang mana ungkapan- ungkapan hendaklah termasuk, di mana

Lebih terperinci

Jadual Manfaat JUMLAH YANG DIINSURANSKAN (RM) KELUARGA PELAN INDIVIDU PELAN. 1. KEMALANGAN DIRI Kematian Akibat Kemalangan 300,000 50,000

Jadual Manfaat JUMLAH YANG DIINSURANSKAN (RM) KELUARGA PELAN INDIVIDU PELAN. 1. KEMALANGAN DIRI Kematian Akibat Kemalangan 300,000 50,000 Lembaran Fakta Polisi Travel Partner Polisi Travel Partner anda akan membayar ganti rugi kepada anda dengan cara dan setakat yang dinyatakan di dalam polisi, berhubung dengan peristiwa yang berlaku semasa

Lebih terperinci

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB

KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB KOD ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN KUMPULAN AIR SELANGOR MELIPUTI: SYABAS PNSBW KONSORTIUM ABASS KASB KANDUNGAN I. Mesej kepada semua Rakan niaga m/s 2 II.Polisi Etika Perniagaan Umum m/s 3 III. Polisi

Lebih terperinci

Pertimbangan Moral dan Teori Etika

Pertimbangan Moral dan Teori Etika Topik 1 Pertimbangan Moral dan Teori Etika HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan definisi etika dari sudut perniagaan dan profesional; 2. Menerangkan lima faktor

Lebih terperinci

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika

Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika Kod Tatakelakuan Korporat dan Dasar Etika KOD TATAKELAKUAN KORPORAT DAN DASAR ETIKA 1. Pengenalan Amcor mengiktiraf tanggungjawabnya sebagai pengeluar global bahan dan perkhidmatan pembungkusan, dan komited

Lebih terperinci

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa

DASAR PRIVASI. UiTM... Mengubah Destini Anak Bangsa KAMI, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), ADALAH DENGAN INI PERCAYA BAHAWA KERAHSIAAN MAKLUMAT PELANGGAN ADALAH HAK DAN OLEH SEBAB ITU, IA ADALAH PENGHORMATAN DASAR ASAS YANG MESTI DITURUTI, DIKEKALKAN,

Lebih terperinci

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010) National Bank of Abu Dhabi Menghormati Hak Maklumat Peribadi Anda (Notis menurut seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010) Maklumat peribadi anda adalah selamat dan dilindungi di National Bank of

Lebih terperinci

Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan Bilik Darjah Topik 7 Pengurusan Bilik Darjah HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan maksud pengurusan bilik darjah; 2. Mengenal pasti perkara yang perlu diambil kira untuk mengurus

Lebih terperinci

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu

Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu Notis Data Peribadi dan Maklumat kepada individu Chemical Company of Malaysia dan Kumpulan Syarikatnya menghormati privasi anda. Kami menganggap dan memandang serius data peribadi anda. Notis Data Peribadi

Lebih terperinci

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017)

SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017) SOALAN LAZIM BAGI KAD PIN & BAYAR (Pindaan 17 Ogos 2017) 1. Apakah PIN? PIN, atau Nombor Pengenalan Peribadi, adalah kod rahsia yang diberikan kepada ahli kad atau dipilih oleh mereka bagi membuktikan

Lebih terperinci

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI POLISI PERLINDUNGAN DATA PERIBADI Kumpulan Syarikat Lion Syarikat dan Kumpulan Syarikat Lion Bersekutu, entiti yang dikawal bersama dan gabungannya (secara kolektifnya Kumpulan ) menghormati privasi individu

Lebih terperinci

Jadual Kandungan. Budaya Kami terhadap Etika dan Integriti Melakukan Perkara Yang Betul Pendidikan dan Latihan Asas Kami...

Jadual Kandungan. Budaya Kami terhadap Etika dan Integriti Melakukan Perkara Yang Betul Pendidikan dan Latihan Asas Kami... Kod Tatakelakuan Jadual Kandungan Secara Keseluruhan Mesei daripada Thomas J. Hook Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif...1 visi dan Nilai-Nilai Kami... 2 Tujuan terhadap Kod... 3 Pengecualian daripada

Lebih terperinci

DASAR AKAUNTABILITI DAN KERAHSIAAN MAKLUMAT

DASAR AKAUNTABILITI DAN KERAHSIAAN MAKLUMAT BAB 8: DASAR AKAUNTABILITI DAN KERAHSIAAN MAKLUMAT 8.1 Tujuan Menyatakan tanggungjawab pihak yang terlibat dengan penggunaan kemudahan ICT di Universiti Malaysia Pahang (UMP) seperti berikut: i. memelihara

Lebih terperinci

Polisi Privasi. Pengenalan

Polisi Privasi. Pengenalan Polisi Privasi Pengenalan imsme ialah satu platform rujukan atas talian yang pertama di Malaysia bagi pinjaman/ pembiayaan PKS yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.0 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.0 Pendahuluan Industri pembinaan hari ini terdedah kepada cabaran dari dalam dan luar industri yang membawa kepada keperluan pengurusan dan pengawalan risiko pembinaan. Salah satu kaedah

Lebih terperinci

Pertikaian Perdagangan dan Resolusi Pertikaian

Pertikaian Perdagangan dan Resolusi Pertikaian Topik 8 Pertikaian Perdagangan dan Resolusi Pertikaian HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti jenis pertikaian yang kebiasaannya timbul antara majikan dan pekerja;

Lebih terperinci

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal

NSG Group Tata Kelakuan Pembekal NSG Group Tata Kelakuan Pembekal Pengenalan Matlamat NSG Group adalah untuk mencapai tahap reputasi bertaraf dunia dalam menjalankan perniagaan secara professional mengikut undang-undang dan etika seperti

Lebih terperinci

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON

TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON AVON PRODUCTS, INC. TATAKELAKUAN PEMBEKAL GLOBAL AVON Di Avon, kami percaya kepada lima nilai utama: Kepercayaan, Hormat, Pegangan, Rendah Hati, dan Integriti. Walaupun masing masing memainkan peranan

Lebih terperinci

Bab 1: Etika. 1.1 Pengenalan. Pada akhir bab ini, anda akan dapat:

Bab 1: Etika. 1.1 Pengenalan. Pada akhir bab ini, anda akan dapat: Bab 1: Etika Pada akhir bab ini, anda akan dapat: Menakrifkan konsep etika; Menjelaskan orientasi etika mereka melalui aktiviti penghayatan; Mengenal pasti empat ciri-ciri etika berdasarkan perasaan, agama,

Lebih terperinci

Kod pengendalian perniagaan

Kod pengendalian perniagaan KOD PENGENDALIAN PERNIAGAAN PRINSIP-PRINSIP TINDAKAN KITA PRINSIP-PRINSIP ORGANISASI KITA DASAR-DASAR KITA Kod pengendalian perniagaan Kod pengendalian perniagaan Kandungan 01 Pengenalan 02 Pematuhan undang-undang

Lebih terperinci

Model Pengurusan Strategik

Model Pengurusan Strategik Topik 2 Model Pengurusan Strategik HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membezakan komponen utama bagi pengurusan strategik; 2. Menghuraikan model pengurusan strategik; dan

Lebih terperinci

Malay. 1 Soalan: Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang saya telan, suntik atau gunakan pada tubuh saya.

Malay. 1 Soalan: Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang saya telan, suntik atau gunakan pada tubuh saya. Malay 1 Soalan: Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang saya telan, suntik atau gunakan pada tubuh saya. Semua atlet perlu proaktif untuk bertanya supaya kerjaya sukan mereka tidak terjejas.

Lebih terperinci

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA)

(TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (LMCK 1621 SET 8 ETIKA DAN PROFESIONAL) SEMESTER 1 SESI 2016/2017 (TUGASAN INDIVIDU: PENYALAHGUNAAN LORONG KECEMASAN DI MALAYSIA) PENSYARAH : DR. MARINA BINTI ZAHARI NAMA

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Latar Belakang Kajian 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian Kampus merupakan suatu persekitaran yang menempatkan ribuan pelajar untuk menjalankan aktiviti akademik. Di samping pelajar, sebuah kampus turut menempatkan

Lebih terperinci

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?

Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan? 17 Pengenalan Apakah itu insurans? Apakah itu takaful? Halaman 1 andungan Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan? Apakah jenis produk

Lebih terperinci

OBJEKTIF UTAMA KAJI SELIDIK INI ADALAH UNTUK MENGUKUR TAHAP KEFAHAMAN DAN PENERIMAAN ANGGOTA PKNS TERHADAP SISTEM INTEGRITI KORPORAT PKNS.

OBJEKTIF UTAMA KAJI SELIDIK INI ADALAH UNTUK MENGUKUR TAHAP KEFAHAMAN DAN PENERIMAAN ANGGOTA PKNS TERHADAP SISTEM INTEGRITI KORPORAT PKNS. OBJEKTIF UTAMA KAJI SELIDIK INI ADALAH UNTUK MENGUKUR TAHAP KEFAHAMAN DAN PENERIMAAN ANGGOTA PKNS TERHADAP SISTEM INTEGRITI KORPORAT PKNS. SEKSYEN A : DEMOGRAFI Sila tandakan ( ) di petak yang berkenaan.

Lebih terperinci

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat

Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat Dikeluarkan pada September 2005 Disemak semula pada April 2012 Disemak semula pada Oktober 2017 Prinsip-prinsip Tingkah Laku Korporat Epson akan memenuhi tanggungjawab sosialnya dengan mengamalkan kelakuan

Lebih terperinci

Borang soal selidik iklim keselamatan perkerjaan Nordic

Borang soal selidik iklim keselamatan perkerjaan Nordic NOSACQ-50- Malay Borang soal selidik iklim keselamatan perkerjaan Nordic Tujuan borang soal selidik ini adalah untuk mendapatkan pendapat anda tentang keselamatan di tempat kerja ini. Jawapan anda akan

Lebih terperinci

KOD ETIKA KANDUNGAN 1. PENGENALAN DAN DEFINISI. 2. PRINSIP TERAS Applus+ 3. KOD ETIKA Applus Pengenalan 1.2. Definisi

KOD ETIKA KANDUNGAN 1. PENGENALAN DAN DEFINISI. 2. PRINSIP TERAS Applus+ 3. KOD ETIKA Applus Pengenalan 1.2. Definisi KOD ETIKA 2016 KOD ETIKA KANDUNGAN 1. PENGENALAN DAN DEFINISI 1.1. Pengenalan 1.2. Definisi 2. PRINSIP TERAS Applus+ 1 1 3 4 3. KOD ETIKA Applus+ 3.1. Apakah tujuan Kod Etika? 3.2. Siapakah yang perlu

Lebih terperinci

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA GP13 : GARIS PANDUAN MENGENAI ETIKA CALON ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI BAHAGIAN A : PENGENALAN TUJUAN Garis panduan ini dikeluarkan di bawah seksyen 86B Akta Koperasi 1993 (Akta)

Lebih terperinci

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY

POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY 1 POLISI DALAMAN PEMBERIAN MAKLUMAT INTERNAL WHISTLE BLOWER POLICY Pengenalan 2 Pendedahan oleh seseorang biasanya (tidak terhad kepada) terdiri daripada seseorang pekerja penguatkuasaan persekutuan atau

Lebih terperinci

B. KEPENTINGAN DOKUMEN

B. KEPENTINGAN DOKUMEN A. MENGENAI DOKUMEN Dasar berikut diguna pakai pada semua laman media sosial yang menyediakan maklumat rasmi mengenai Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada orang ramai. B. KEPENTINGAN DOKUMEN Laman media

Lebih terperinci

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini.

7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA. yang kukuh semasa menjawab soalan-soalan kajian tindakan ini. 7.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA Dalam proses melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah menggunakan pelbagai jenis kaedah mengumpul data seperti ujian pra, pemerhatian, temu bual, analisis dokumen, soal

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA GARIS PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI/STAF YANG BERPRESTASI RENDAH DAN YANG BERMASALAH DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA TUJUAN 1. Untuk memaklumkan Pusat Tanggungjawab, Pusat Kecemerlangan dan semua Jabatan/Pejabat/Unit

Lebih terperinci

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA

BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA BAB 1 ISU PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA 1.1 Pendahuluan Para pekerja adalah antara aset penting negara dan menjadi tulang belakang proses pembangunan dimana tanpa sumbangan

Lebih terperinci

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1

Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1 Polisi Privasi Data Peribadi (September 2016) 1 POLISI PRIVASI DATA PERIBADI AKADEMI HOSPITALITI & PELANCONGAN SAUJANA SDN BHD (304.595-W) JUGA DIKENALI SEBAGAI KOLEJ SATT No. Pendaftaran PDPA: SB20112014-0003

Lebih terperinci

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan

Mighty Dine UOBM. Terma Penggunaan Mighty Dine UOBM Terma Penggunaan Aplikasi mudah alih Mighty ( Aplikasi ) UOBM [ciri-ciri tempat makan] ( UOBM Dine ) dari United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809-K) ( UOBM ) ialah perkhidmatan yang

Lebih terperinci

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian.

LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK. Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian. LAMPIRAN MAKLUMAT PRODUK Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kenderaan Persendirian. Sila pastikan juga anda membaca terma dan syarat am. 1. Skim

Lebih terperinci

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor

Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia. Naib Canselor Tajuk: POLISI MEDIA Edisi 1.0 Nombor Fail UPM/PNC/BKK/POLISI MEDIA 01/2009 Deskripsi Polisi Pengurusan Perhubungan Media Di Dalam Universiti Putra Malaysia Panduan Semua Kakitangan UPM Pihak Berkuasa Naib

Lebih terperinci

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali

BAHAGIAN A 30 markah. 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali BAHAGIAN A 30 markah Jawab semua soalan 1. Bidang perguruan merupakan satu profesion kerana mempunyai ciri-ciri berikut kecuali Kepentingan guru adalah diutamakan lebih daripada profesion Profesion ini

Lebih terperinci

Prinsip, Etika, dan Rukun Etika

Prinsip, Etika, dan Rukun Etika Internet Cabang Informasi Anda, Gunakanlah sebaiknya. Teras Etika 1. Menghormati semua agama 2. Menghormati dan mematuhi undangundang negara. ETIKA PENGGUNAAN INTERNET Prinsip, Etika, dan Rukun Etika 3.

Lebih terperinci

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya

1.0 PENDAHULUAN. ini dijalankan di SKBC dalam tempoh masa selama tiga bulan semasa saya 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan SK Bukit Ceria (SKBC)(nama samaran) adalah sebuah sekolah yang terletak di daerah Kuala Muda / Yan, iaitu 5 km dari Bandar Gurun, Kedah. Kajian tindakan ini dijalankan di

Lebih terperinci

Jaminan Fideliti Terma & Syarat

Jaminan Fideliti Terma & Syarat Jaminan Fideliti Terma & Syarat Polisi Jaminan Fideliti BAHAWASANYA Pihak Diinsuranskan melalui Usul dan Perisytiharan yang akan menjadi asas kontrak ini dan disifatkan bergabung dalam perjanjian ini telah

Lebih terperinci

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016

Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016 Kod etika perniagaan Disemak Februari 2016 Kod etika perniagaan Semua unit perniagaan dan pekerja Smiths adalah tertakluk kepada kod etika ini. Pematuhan kepada kod ini dapat membantu mengekalkan dan meningkatkan

Lebih terperinci

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA UTHM/PP/100-6/3 (35) 30 Jun 2008 PEKELILING PENGURUSAN BIL. 35/2008 LARANGAN MEMINJAM WANG DAN BERADA DALAM KEADAAN KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS Pekeliling ini

Lebih terperinci

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT

Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT LAMPIRAN 1 Dasar Perlindungan Data Peribadi LTAT 1. Pendahuluan Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ( Akta ) yang telah berkuatkuasa pada 15 November 2013 untuk mengawal pemprosesan data

Lebih terperinci

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017)

PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT. KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017) PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PPKT ~ 2 ~ KAMPUS KEJURUTERAAN, USM Versi 3 (25 April 2017) ~ 3 ~ 1. VISI Memimpin budaya kerja cemerlang. 2. MISI Melahirkan staf berbudaya kerja cemerlang. 3. OBJEKTIF

Lebih terperinci

Pengenalan Makroekonomi

Pengenalan Makroekonomi Topik 1 Pengenalan Makroekonomi HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Membincangkan maksud makroekonomi dan lima isu utama dalam makroekonomi; 2. Menghuraikan dua dasar utama

Lebih terperinci

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia.

Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia. Notis Privasi (Untuk Pelanggan) Di Kumpulan CIMB, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia. Oleh itu, Notis Privasi ini dirumus

Lebih terperinci

SEMAKAN SEMULA KOD ETIKA 2018

SEMAKAN SEMULA KOD ETIKA 2018 SEMAKAN SEMULA KOD ETIKA 2018 KOD ETIKA KANDUNGAN 1. PENGENALAN DAN DEFINISI 1.1. Pengenalan 1.2. Definisi 2. PRINSIP TERAS Applus+ 1 1 3 4 3. KOD ETIKA Applus+ 3.1. Apakah tujuan Kod Etika? 3.2. Siapakah

Lebih terperinci

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty

Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty Universiti Malaysia PAHANG engineering' Technology' CreatMty PANDUAN BIL.1 TAHUN 2012 PANDUAN MENGURUSKAN PEGAWAI BERPRESTASI RENDAH DAN PEGAWAI YANG BERMASALAH BAHAGIAN SUMBER MANUSIA JABAT AN PENDAFT

Lebih terperinci

HELAIAN KETERANGAN PRODUK

HELAIAN KETERANGAN PRODUK HELAIAN KETERANGAN PRODUK (Sila baca Helaian Keterangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan menyertai IKHLAS P.A PERMATA Takaful. Pastikan juga anda telah membaca terma-terma dan syaratsyarat di

Lebih terperinci

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini.

Maklumat Am. Supaya dapat menyediakan bahan atau perkhidmatan kepada Kumpulan NSG, para pembekal dikehendaki mematuhi Kod Tatalaku ini. Maklumat Am Nama Dasar Kod Tatalaku Pembekal Kumpulan NSG Diluluskan Oleh Jawatankuasa Pemandu Dasar Perolehan Tarikh Diluluskan 17.06.09 Skop Dasar ini diguna pakai untuk semua pembekal Kumpulan NSG Objektif

Lebih terperinci

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli Identiti Kumpulan Pirelli didasari sehimpunan nilai yang, sejak bertahun-tahun, kita berusaha untuk mengekal dan melindungi. Dalam tempoh itu, nilai-nilai ini

Lebih terperinci

Bilangan pengawal adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Harga Tawaran (Lampiran F) dalam Borang Tender.

Bilangan pengawal adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Harga Tawaran (Lampiran F) dalam Borang Tender. SPESIFIKASI (PENENTUAN SKOP KERJA) LAMPIRAN I PERINGATAN: Petender dikehendaki menyediakan :- i) BILANGAN PEKERJA Bilangan pengawal adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Harga Tawaran (Lampiran F)

Lebih terperinci

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM

PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 18 TAHUN 2005 PANDUAN APLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA i KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING

Lebih terperinci

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD

1 of 5 PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD PENYATAAN PRIVASI EDUCATE TO LEARN SDN BHD Penyataan Privasi ini menjelaskan bagaimana Educate to Learn Sendirian Berhad (e2lsb) dan syarikat sekutu serta anak-anak syarikatnya, termasuk tetapi tidak terhad

Lebih terperinci

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA BUKU PANDUAN BUDAYA KERJA CEMERLANG PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT) KAMPUS PULAU PINANG UNIVERSITI SAINS MALAYSIA 1 1. VISI Ke arah masalah disiplin sifar. 2. MISI Melahirkan staf yang

Lebih terperinci

Tatakelakuan Pekerja. Perniagaan dijalankan dengan cara yang betul. Orang & Budaya

Tatakelakuan Pekerja. Perniagaan dijalankan dengan cara yang betul. Orang & Budaya Tatakelakuan Pekerja Perniagaan dijalankan dengan cara yang betul Orang & Budaya Kandungan Sepatah dua kata daripada Ketua Pegawai Eksekutif 2 Menggunakan Tatakelakuan ini 5 Undang-undang dan peraturan

Lebih terperinci

Buat Apa Yang Betul. Kod Etika

Buat Apa Yang Betul. Kod Etika Buat Apa Yang Betul Kod Etika Apa itu Kod? Kod mengandungi maklumat dan sumber yang akan membantu anda melakukan perniagaan Johnson Matthey secara sah, beretika, bertanggungjawab dan menggambarkan nilai

Lebih terperinci

DASAR ANTI RASUAH RGIS

DASAR ANTI RASUAH RGIS DASAR ANTI RASUAH RGIS I. KENYATAAN DASAR Ia adalah menjadi dasar RGIS Holdings, LLC ( RGIS atau Syarikat ) menjalankan operasi di seluruh dunia secara beretika dan mematuhi undang-undang A.S. dan undang-undang

Lebih terperinci

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda

Jenis maklumat peribadi yang kami kumpulkan. Cara kami mengumpul maklumat peribadi anda. Cara kami menggunakan maklumat peribadi anda POLISI PRIVASI DAN PERLINDUNGAN DATA Penyataan Privasi ini menjelaskan bagaimana United Business Media Sdn Bhd dan syarikat induk, syarikat sekutu serta anak-anak syarikatnya, termasuk tetapi tidak terhad

Lebih terperinci

Tatakelakuan Perniagaan dan Etika

Tatakelakuan Perniagaan dan Etika Tatakelakuan Perniagaan dan Etika Komitmen kepada Kecemerlangan di Tempat Kerja Kandungan Surat daripada Pengerusi 2 Kecemerlangan di Tempat Kerja dan Tatakelakuan Perniagaan dan Etika FedEx 3 Tingkah

Lebih terperinci

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN Tuntutan Takaful Perubatan dan Kesihatan 251 BAB A13 TUNTUTAN TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN PENGENALAN Bab A13 akan membincangkan isu-isu berkaitan tuntutan Takaful perubatan dan kesihatan, yang meliputi

Lebih terperinci

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial

Teori Perkembangan Moral Kohlberg. Penaakulan Moral. Elemen-elemen Penaakulan Moral. Peringkat-peringkat Penaakulan Moral. Peringkat 5 Kontrak Sosial Teori Perkembangan Moral Kohlberg Penaakulan Moral Elemen-elemen Penaakulan Moral Peringkat-peringkat Penaakulan Moral Orientasi Moral Peringkat 1 Hukuman dan Kepatuhan Peringkat 2 Timbal Balik Peringkat

Lebih terperinci

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING

SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING SUNEDISON, INC. September 2013 DASAR ANTI-RASUAH ASING Pernyataan Dasar Menjadi dasar Syarikat bahawa Syarikat, kesemua subsidiarinya dan anggota gabungan, dan mana-mana pegawainya, pengurus dan pekerja

Lebih terperinci

Dasar Antisogokan & Antirasuah Global Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2017

Dasar Antisogokan & Antirasuah Global Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2017 Dasar Antisogokan & Antirasuah Global Tarikh Berkuat Kuasa: 1 Julai 2017 Pengenalan 21st Century Fox ( Syarikat ) komited untuk menjalankan perniagaan di seluruh dunia dengan integriti dan ketelusan, dan

Lebih terperinci

Pengenalan kepada Kaunseling

Pengenalan kepada Kaunseling Topik 1 Pengenalan kepada Kaunseling HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti konsep dan kepentingan kaunseling; 2. Membezakan antara kaunseling dan psikoterapi;

Lebih terperinci

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

BAB 6: ETIKA KRISTIAN BAB 6: ETIKA KRISTIAN Konsep tritunggal yang menjadi asas kepada kepercayaan agama Kristian terdiri daripada perhubungan tiga hala antara Tuhan dan manusia. Agama Kristian Agama Kristian adalah agama monotheis

Lebih terperinci

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli

Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli Nilai-nilai dan Kod Etika Kumpulan Pirelli Identiti Kumpulan Pirelli didasari sehimpunan nilai yang, sejak bertahun-tahun, kita berusaha untuk mengekal dan melindungi. Dalam tempoh itu, nilai-nilai ini

Lebih terperinci

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737)

AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737) 26 KANUN (1) [ULASAN Dura PERUNDANGAN] Diyana Kamal 147 AKTA PERANTI PERUBATAN 2012 (AKTA 737) Dura Diyana Kamal durakamal@gmail.com Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti

Lebih terperinci

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda.

Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard anda. 27 Januari 2016 Fasal-Fasal yang dipinda bagi Terma & Syarat AFFINBANK Debit MasterCard Sila harap maklum bahawa perubahan berikut (perkataan digelapkan) telah dibuat ke atas Terma & Syarat AFFINBANK Debit

Lebih terperinci

Garis Panduan Tiga Pihak Tentang Amalan Pekerjaan Yang Adil

Garis Panduan Tiga Pihak Tentang Amalan Pekerjaan Yang Adil Garis Panduan Tiga Pihak Tentang Amalan Pekerjaan Yang Adil Diterbitkan oleh: www.fairemployment.sg Disokong oleh: ULANG CETAK PADA SEPTEMBER 2009 Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan menyalin mana-mana

Lebih terperinci

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile

ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN. mercantile ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN 1 KOPERASI JIMAT CERMAT DAN PINJAMAN MERCANTILE BHD ATURAN-ATURAN TETAP MESYUARAT AGUNG KAWASAN 1. TAJUK 1.1 Aturan-Aturan ini boleh disebut sebagai Aturan-Aturan

Lebih terperinci

Amalan perniagaan yang bertanggungjawab

Amalan perniagaan yang bertanggungjawab Semangat Nolato 2 Amalan perniagaan yang bertanggungjawab Nolato mempunyai tradisi lama mengamalkan perniagaan secara bertanggungjawab. Adalah menjadi sebahagian daripada semangat syarikat kami untuk menjadi

Lebih terperinci

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS DASAR PERTUKARAN PEGAWAI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 1.0 TUJUAN Dasar ini bertujuan menjelaskan urusan pertukaran pegawai UPSI supaya dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, berkesan dan seragam.

Lebih terperinci

Kata-kata Aluan daripada Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif

Kata-kata Aluan daripada Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Code Tataetika of Business Perniagaan Conduct 2 Kata-kata Aluan daripada Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif David Lesar Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Rakan-rakan

Lebih terperinci

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang

AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT 2010 [AKTA 711] NOR FADHILAH AHMAD Penasihat Undang-Undang Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang 1 Untuk memerangi rasuah dan salah laku lain (kelakuan tidak wajar) dengan

Lebih terperinci

Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia. 1 Pengenalan 2 Komitmen 3 Penyampaian 4 Pengurusan

Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia. 1 Pengenalan 2 Komitmen 3 Penyampaian 4 Pengurusan Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia 1 Pengenalan 2 Komitmen 3 Penyampaian 4 Pengurusan BP 2013 Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia 1. Pengenalan Kami menyampaikan tenaga ke seluruh dunia. Kami mencari,

Lebih terperinci

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Notis Perlindungan Data Peribadi Menurut Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Notis Perlindungan Data Peribadi ini ( Notis ) menerangkan bagaimana Malaysia Steel Works (KL) Berhad dan kumpulan

Lebih terperinci

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan

BAB 1 PENGENALAN. 1.1 Pendahuluan BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Sistem Penilaian Kenaikan Pangkat Pensyarah Secara Sistematik Berasaskan Sistem Bantuan Keputusan (SBK) Berkumpulan dibangunkan berdasarkan proses penilaian kenaikan pangkat

Lebih terperinci

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING

SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING SIJIL PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 1013 Penilaian & Pelan Tindakan dalam kaunseling Minggu 4 Pensyarah: Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri PhD Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD Fiqh Sains & Teknologi (UTM)

Lebih terperinci

Toll Group Kod Amalan Membantu anda menghayati Cara Toll

Toll Group Kod Amalan Membantu anda menghayati Cara Toll Toll Group Kod Amalan Membantu anda menghayati Cara Toll Kandungan Mengenai Kod Ini 5-9 Hubungan Luaran 47-53 Selamat Datang daripada Pengarah Urusan, Brian Kruger 5 Apa itu Cara Toll? 6 Menghayati Kod

Lebih terperinci

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia.

1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia. NOTIS PRIVASI KUMPULAN AFFINBANK 1. Di Kumpulan AFFINBANK, kami menghargai privasi anda dan berusaha untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan undang undang Malaysia. Kumpulan AFFINBANK hanya

Lebih terperinci

1. Saya akan menuruti segala peraturan serta bertingkah laku jujur, tulus dan ikhlas dalam menjalani

1. Saya akan menuruti segala peraturan serta bertingkah laku jujur, tulus dan ikhlas dalam menjalani POLISI BELI BALIK Syarikat Guan Fang International Marketing (M) Sdn. Bhd. (GFI) menyediakan Polisi Beli Balik kepada pengedar yang ingin menamatkan keahliannya dan memulangkan sebarang produk Syarikat

Lebih terperinci

SULIT 1225/1 Pendidikan Moral Sept. 2009 2 ½ jam PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009 PENDIDIKAN MORAL Dua Jam Tiga Puluh Minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi

Lebih terperinci

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan:

Apakah terma dan syarat yang dimaksudkan? Kami akan membimbing anda satu persatu bermula dengan: TERMA & SYARAT TEKA TEKAN TEKA TEKAN adalah sebuah rancangan permainan secara langsung yang diwujudkan, dibangunkan dan disiarkan oleh kami di Telekom Malaysia Berhad. Dengan menyertai TEKA TEKAN, anda

Lebih terperinci