Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 (910/4): Penulisan Esei Berformat

Save this PDF as:
 WORD  PNG  TXT  JPG

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 (910/4): Penulisan Esei Berformat"

Transkripsi

1 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION) Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 (910/4): Penulisan Esei Berformat Penggal 2 Tahun 2014 PERINGATAN: Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau pemeriksa dan calon sahaja. Manual ini terdiri daripada 25 halaman bercetak. Majlis Peperiksaan Malaysia

2 KANDUNGAN Perkara Halaman BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA 1 Pengenalan 3 2 Objektif 3 3 Pelaksanaan Kerja Kursus 3.1 Arahan Kerja Kursus 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu 3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta BAHAGIAN II: CALON 3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta 3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu 3.9 Kes Plagiat PBS 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 4.1 Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 4.2 Calon Sekolah Swasta 4.3 Calon Persendirian Individu Format Penulisan 19 6 Struktur Penulisan 19 7 Penskoran 20 8 Borang yang Digunakan Lampiran 1: Muka Hadapan Kerja Kursus Lampiran 2: Borang Perakuan Calon Lampiran 3: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon

3 BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA 1 PENGENALAN Setiap calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) wajib melaksanakan kerja kursus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Wajaran markah bagi kerja kursus ini adalah sebanyak 8%. Markah kerja kursus ini akan diambil kira bersama-sama dengan markah ujian bertulis penggal 1, 2, dan 3 bagi tujuan penggredan mata pelajaran. 2 OBJEKTIF Tujuan kerja kursus ini dilaksanakan adalah untuk menilai dan memperkukuh kebolehan dan keupayaan calon untuk 2.1 memahami dan mengaplikasi pengetahuan dan sistem bahasa Melayu 2.2 menerapkan domain kemahiran insaniah dalam mata pelajaran ini 3 PELAKSANAAN KERJA KURSUS 3.1 Arahan Kerja Kursus (a) Kerja kursus bahasa Melayu ( ) wajib dilaksanakan oleh semua calon pada penggal 2. (b) Calon dikehendaki menulis lapan esei berdasarkan soalan yang disediakan oleh guru atau pemeriksa. (c) Tempoh pelaksanaan kerja kursus ini adalah sepanjang penggal Tanggungjawab Pengetua (a) Mempengerusikan Mesyuarat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tingkatan Enam peringkat sekolah (b) Memastikan semua calon yang menghasilkan mendapat bimbingan daripada guru (c) Memastikan pelaksanaan diserapkan dalam strategi pengajaran dan bukan merupakan kerja tambahan yang memerlukan persediaan dan waktu yang berasingan (d) Mendapatkan maklumat daripada guru bahasa Melayu mengenai perkembangan calon dan masalah yang mungkin dihadapi oleh calon (e) Memastikan dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh yang ditetapkan (f) Memastikan calon dihantar kepada guru mengikut tarikh yang ditetapkan (g) Memastikan guru menyemak dan menilai calon berdasarkan skema pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM (h) Memastikan guru menghantar markah calon kepada MPM mengikut tarikh yang ditetapkan (i) (j) Mengesahkan markah yang diperoleh calon dengan menandatangani borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-submission Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens calon di sekolah 3

4 (k) Memastikan guru menyimpan evidens calon dari tarikh penghantaran markah melalui e-submission tarikh keputusan STPM diumumkan (l) Memastikan evidens calon dilupuskan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan 3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan (c) Menyediakan soalan untuk calon. Soalan yang disediakan mestilah asli dan tidak diciplak daripada mana-mana sumber. Sekiranya guru menciplak soalan daripada mana-mana sumber, MPM akan mengarahkan guru berkenaan untuk menyediakan soalan esei semula dan calon perlu menulis esei berkenaan semula. (d) Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi setiap jenis format esei (e) Menyerahkan soalan kepada calon pada akhir P&P setiap format esei (f) Membimbing calon menghasilkan (g) Memastikan calon menulis esei dalam waktu P&P (h) Memastikan calon menulis kelapan-lapan esei tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada mana-mana sumber. Sewaktu, calon dibenarkan untuk membawa/merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang berkaitan. Bahan rujukan boleh terdiri daripada isi-isi penting sahaja. Calon tidak dibenarkan untuk membawa bahan rujukan berbentuk esei penuh. Guru tidak dibenarkan untuk menyediakan draf jawapan atau esei penuh untuk calon. (i) (j) Memastikan calon menguasai format esei sebelum mengajarkan jenis format esei yang lain Memastikan semua calon menghantar kelapan-lapan untuk disemak dan dinilai. Sekiranya calon tidak menghantar salah satu esei, calon akan diberikan gred X. (k) Menyemak dan menilai calon berdasarkan skema pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM (l) Memberikan peluang kepada calon untuk menambah baik markah masing-masing (m) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2) yang telah ditandatangani oleh calon dan borang rumusan markah kerja kursus calon (Lampiran 3) (n) Menghantar markah calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan (o) Menyediakan sampel yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) (p) Menyimpan evidens calon dari tarikh penghantaran markah melalui e-submission tarikh keputusan STPM diumumkan (q) Melupuskan evidens calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan 4

5 3.4 Tanggungjawab Pemeriksa (Guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai pemeriksa kerja kursus calon sekolah swasta dan calon persendirian individu) Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Menyerahkan soalan esei kepada sekolah swasta yang ditetapkan oleh MPM. Soalan yang diserahkan mestilah merupakan soalan yang digunakan di sekolah pemeriksa sendiri. (c) Menandatangani borang rumusan markah kerja kursus calon (Lampiran 3) (d) Menyemak dan menilai calon berdasarkan skema pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM (e) Menghantar markah calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan (f) Menyediakan sampel yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) (g) Menyimpan evidens calon di JPN yang ditetapkan dari tarikh penghantaran markah melalui e-submission tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens sahaja) (h) Melupuskan evidens calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens sahaja) Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Menemui calon untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan penulisan esei dari aspek pelaksanaan tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh akhir penyerahan tugasan (c) Menyerahkan soalan esei kepada calon. Soalan yang diserahkan mestilah merupakan soalan yang digunakan di sekolah pemeriksa sendiri. (d) Memastikan calon menulis kelapan-lapan esei tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada mana-mana sumber. (e) Memastikan calon menghantar kelapan-lapan untuk disemak dan dinilai. Sekiranya calon tidak menghantar salah satu esei, calon akan diberikan gred X. (f) Menyemak dan menilai calon berdasarkan skema pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM (g) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2) yang telah ditandatangani oleh calon dan borang rumusan markah kerja kursus calon (Lampiran 3) (h) Menghantar markah calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan (i) Menyediakan sampel yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK) 5

6 (j) Menyimpan evidens calon di JPN yang ditetapkan dari tarikh penghantaran markah melalui e-submission tarikh keputusan STPM diumumkan (k) Melupuskan evidens calon dalam tempoh enam bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan 3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan dari aspek tugasan (c) Menghubungi pemeriksa yang ditetapkan oleh MPM untuk mendapatkan soalan (d) Menjalankan P&P bagi setiap jenis format esei (e) Membimbing calon menghasilkan (f) Memastikan calon menulis esei dalam waktu P&P (g) Memastikan calon menulis kelapan-lapan esei tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada mana-mana sumber. Sewaktu, calon dibenarkan untuk membawa/merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang berkaitan. Bahan rujukan boleh terdiri daripada isi-isi penting sahaja. Calon tidak dibenarkan untuk membawa bahan rujukan berbentuk esei penuh. Guru tidak dibenarkan untuk menyediakan draf jawapan atau esei penuh untuk calon. (h) Memastikan calon menguasai format esei sebelum mengajarkan jenis format esei yang lain (i) (j) Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 2) yang telah ditandatangani oleh calon Memastikan semua calon menghantar kelapan-lapan untuk disemak dan dinilai oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM. Sekiranya calon tidak menulis salah satu esei, calon akan diberikan gred X. (k) Menyerahkan yang dihantar oleh calon kepada pemeriksa yang dilantik oleh MPM untuk disemak dan dinilai. Tarikh akhir penghantaran penulisan esei bagi setiap jenis format esei adalah seperti yang berikut: (i) Laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan: 21 Februari 2014 (ii) Memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi: 18 April

7 BAHAGIAN II: CALON 3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan (c) Mengikuti sesi P&P bagi setiap jenis format esei (d) Menerima soalan daripada guru (e) Menulis esei secara individu dalam waktu P&P (f) Menulis lapan esei, iaitu satu esei bagi setiap format yang berikut: (i) Syarahan (ii) Ceramah (iii) Teks ucapan (iv) Memorandum (v) Laporan (vi) Minit mesyuarat (vii) Kertas cadangan (viii) Surat kiriman rasmi * Markah untuk surat kiriman rasmi tidak akan diambil kira dalam penggredan PBS Penggal 2. Sekiranya calon tidak menulis salah satu esei, calon akan diberikan gred X. (g) Menulis kelapan-lapan esei tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada mana-mana sumber. Sewaktu, calon dibenarkan untuk membawa/merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang berkaitan. Bahan rujukan boleh terdiri daripada isi-isi penting sahaja. Calon tidak dibenarkan untuk membawa bahan rujukan berbentuk esei penuh. Guru tidak dibenarkan untuk menyediakan draf jawapan atau esei penuh untuk calon. (h) Menghantar kelapan-lapan kepada guru pada tarikh yang ditetapkan untuk disemak dan dinilai. Sekiranya calon tidak menghantar salah satu esei, calon akan diberikan gred X. (i) (j) Menambah baik markah yang telah disemak oleh guru. Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2). Borang perakuan hendaklah ditandatangani setelah selesai semua. 3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan (c) Mengikuti sesi P&P bagi setiap jenis format esei (d) Menerima soalan daripada guru (e) Menulis esei secara individu dalam waktu P&P 7

8 (f) (g) Menulis lapan esei, iaitu satu esei bagi setiap format yang berikut: (i) Syarahan (ii) Ceramah (iii) Teks ucapan (iv) Memorandum (v) Laporan (vi) Minit mesyuarat (vii) Kertas cadangan (viii) Surat kiriman rasmi * Markah untuk surat kiriman rasmi tidak akan diambil kira dalam penggredan PBS Penggal 2. Sekiranya calon tidak menulis salah satu esei, calon akan diberikan gred X. Menulis kelapan-lapan esei tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada mana-mana sumber. Sewaktu, calon dibenarkan untuk membawa/merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang berkaitan. Bahan rujukan boleh terdiri daripada isi-isi penting sahaja. Calon tidak dibenarkan untuk membawa bahan rujukan berbentuk esei penuh. Guru tidak dibenarkan untuk menyediakan draf jawapan atau esei penuh untuk calon. (h) Menghantar kelapan-lapan kepada guru pada tarikh yang ditetapkan untuk disemak dan dinilai oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM. Tarikh akhir penghantaran bagi setiap jenis format esei adalah seperti yang berikut: (i) (j) (i) Laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan: 21 Februari 2014 (ii) Memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi: 18 April 2014 Sekiranya calon tidak menulis salah satu esei, calon akan diberikan gred X. Menambah baik dari semasa ke semasa sebelum tarikh akhir penghantaran Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2). Borang perakuan hendaklah ditandatangani setelah selesai semua. 3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon (b) Bertemu dengan pemeriksa untuk mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan dari aspek pelaksanaan tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh akhir penyerahan tugasan. (c) Menerima soalan daripada pemeriksa (e) Menulis esei secara individu (f) Menulis lapan esei, iaitu satu esei bagi setiap format yang berikut: (i) Syarahan (ii) Ceramah (iii) Teks ucapan 8

9 (iv) Memorandum (v) Laporan (vi) Minit mesyuarat (vii) Kertas cadangan (viii) Surat kiriman rasmi * Markah untuk surat kiriman rasmi tidak akan diambil kira dalam penggredan PBS Penggal 2. Sekiranya calon tidak menulis salah satu esei, calon akan diberikan gred X. (g) Menulis kelapan-lapan esei tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada mana-mana sumber (h) Menghantar kelapan-lapan kepada pemeriksa yang dilantik oleh MPM pada tarikh yang ditetapkan untuk disemak dan dinilai. Tarikh akhir penghantaran bagi setiap jenis format esei adalah seperti yang berikut: (i) (j) (i) Laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan: 21 Februari 2014 (ii) Memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi: 18 April 2014 Sekiranya calon tidak menulis salah satu esei, calon akan diberikan gred X. Menambah baik dari semasa ke semasa sebelum tarikh akhir penghantaran Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2). Borang perakuan hendaklah ditandatangani setelah selesai semua. 3.9 Kes Plagiat PBS (a) Calon mestilah menulis esei sendiri, berdasarkan soalan yang disediakan oleh guru atau pemeriksa, tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada mana-mana sumber. (b) Perbincangan soalan dan isi boleh diadakan dalam waktu P&P. Namun demikian, calon mesti menulis esei sendiri, tanpa bantuan daripada mana-mana pihak. (c) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak mana-mana bahagian esei, calon akan diberikan 0 markah pada bahagian berkenaan. (d) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak keseluruhan kandungan esei daripada mana-mana sumber, calon akan diberikan 0 markah untuk esei berkenaan. 9

10 4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS 4.1 Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan 17/12/2013 Manual pelaksanaan Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon MPM memuat naik Manual PBS Bahasa Melayu pada 16 Disember 2013 Penyediaan soalan esei Menyediakan lapan soalan esei berdasarkan kandungan sukatan pelajaran 6/1/ /1/2014 Pengenalan Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan dari aspek tugasan dan tarikh penyerahan tugasan Mendengar penerangan guru mengenai aspek tugasan yang perlu dilaksanakan 13/1/ /4/2014 Pengajaran dan pembelajaran (P&P) esei Mengadakan sesi P&P di dalam bilik darjah tentang format esei, seperti yang terkandung dalam sukatan pelajaran Mengikuti P&P dan mempelajari format esei 10

11 Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan Penulisan esei Penghantaran, penyemakan, dan penilaian Menyerahkan soalan esei kepada calon dan membimbing mereka dalam Menyemak dan menilai berdasarkan skema pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM * Pelaksanaan hendaklah dibuat apabila P&P bagi sesuatu format esei telah selesai. Menerima soalan esei dan menulis esei berdasarkan soalan yang diterima Menghantar yang dihasilkan kepada guru untuk disemak dan dinilai Penghantaran esei : Setiap yang dihasilkan oleh calon hendaklah terus dihantar kepada guru sebelum guru memulakan P&P bagi format esei yang lain. Penyemakan dan penilaian : Guru hendaklah menyemak dan menilai semua yang dihantar oleh calon. Guru mestilah memberikan peluang kepada calon untuk menambah baik markah masing-masing. 11

12 Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan 14/4/ /5/2014 Penghantaran markah kepada MPM Menghantar markah calon kepada MPM dengan menggunakan perisian e-submission Tidak berkenaan Penyelarasan PBS oleh KPK Mengemukakan sampel untuk penyelarasan markah oleh KPK Tidak berkenaan Sampel mestilah terdiri daripada calon yang dipilih oleh KPK. Jun 2014 Oktober 2015 Penyimpanan evidens Menyimpan evidens di sekolah dari tarikh penghantaran markah melalui e-submission tarikh keputusan STPM diumumkan Tidak berkenaan 12

13 4.2 Sekolah Swasta Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon 17/12/2013 Manual pelaksanaan penulisan esei Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon Tindakan Pemeriksa Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon Catatan MPM memuat naik Manual PBS Bahasa Melayu pada 16 Disember /1/ /1/2014 Pengenalan Memberikan penerangan kepada calon mengenai pelaksanaan dari aspek tugasan dan tarikh penyerahan tugasan Mendengar penerangan guru mengenai aspek tugasan yang perlu dilaksanakan Menyerahkan soalan penulisan esei kepada guru sekolah swasta yang ditetapkan oleh MPM Menerima soalan daripada pemeriksa yang ditetapkan oleh MPM 13/1/ /2/2014 Pengajaran dan pembelajaran (P&P) esei Mengadakan sesi P&P di dalam bilik darjah bagi format esei yang berikut: (i) Laporan (ii) Teks ucapan (iii) Ceramah (iv) Syarahan Mengikuti P&P dan mempelajari format esei yang berikut: (i) Laporan (ii) Teks ucapan (iii) Ceramah (iv) Syarahan Tidak berkenaan 13

14 Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Tindakan Pemeriksa Catatan Penulisan esei Menyerahkan soalan kepada calon Membimbing calon menulis laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan Menulis laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan berdasarkan soalan yang diberikan oleh guru Tidak berkenaan 17/2/ /2/2014 Penghantaran, penyemakan, dan penilaian Memastikan semua calon menghantar laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan serta menyerahkannya kepada pemeriksa untuk disemak dan dinilai Menghantar laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan kepada guru untuk diserahkan kepada pemeriksa untuk disemak dan dinilai Menerima, menyemak, dan menilai laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan yang diserahkan oleh guru sekolah swasta 24/2/ /4/2014 Pengajaran dan pembelajaran (P&P) esei Mengadakan sesi P&P di dalam bilik darjah bagi format esei yang berikut: (i) Memorandum (ii) Minit mesyuarat (iii) Kertas cadangan (iv) Surat kiriman rasmi Mengikuti P&P dan mempelajari format esei yang berikut: (i) Memorandum (ii) Minit mesyuarat (iii) Kertas cadangan (iv) Surat kiriman rasmi Tidak berkenaan Penulisan esei Membimbing calon menulis memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi Menulis memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi berdasarkan soalan yang diberikan oleh guru Tidak berkenaan 14

15 Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Tindakan Pemeriksa Catatan 14/4/ /4/2014 Penghantaran, penyemakan, dan penilaian Memastikan semua calon menghantar memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi serta menyerahkannya kepada pemeriksa untuk disemak dan dinilai Menghantar memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi kepada pemeriksa untuk disemak dan dinilai Menerima, menyemak, dan menilai memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi yang diserahkan oleh guru sekolah swasta 14/4/ /5/2014 Penghantaran markah esei kepada MPM Tidak berkenaan Tidak berkenaan Menghantar markah calon kepada MPM melalui perisian e-submission Penyelarasan PBS oleh KPK Tidak berkenaan Tidak berkenaan Mengemukakan sampel untuk penyelarasan markah oleh KPK Sampel mestilah terdiri daripada penulisan esei calon yang dipilih oleh KPK. 15

16 Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Tindakan Pemeriksa Catatan Jun 2014 Oktober 2015 Penyimpanan evidens Tidak berkenaan Tidak berkenaan Menyimpan evidens di JPN yang ditetapkan dari tarikh penghantaran markah melalui e-submission tarikh keputusan STPM diumumkan 16

17 4.3 Calon Persendirian Individu Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan 17/12/2013 Manual pelaksanaan Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual PBS Bahasa Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon MPM memuat naik Manual PBS Bahasa Melayu pada 16 Disember 2013 Menghubungi calon persendirian individu yang telah ditetapkan oleh MPM untuk memaklumkan tarikh, masa, dan tempat untuk bertemu 6/1/ /1/2014 Pengenalan Bertemu dengan calon persendirian individu untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan dari aspek tugasan dan memaklumkan tarikh penyerahan tugasan Bertemu dengan pemeriksa untuk mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan dari aspek tugasan dan tarikh penyerahan tugasan Menyerahkan soalan esei kepada calon 17

18 Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan 13/1/ /2/2014 Penulisan esei Tidak berkenaan Menulis empat esei berdasarkan soalan yang diberikan oleh pemeriksa (i) Laporan (ii) Teks ucapan (iii) Ceramah (iv) Syarahan 17/2/ /2/2014 Penghantaran dan penyemakan Menerima, menyemak, dan menilai penulisan esei laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan yang dihantar oleh calon persendirian individu Menghantar laporan, teks ucapan, ceramah, dan syarahan kepada pemeriksa untuk disemak dan dinilai 24/2/ /4/2014 Penulisan esei Tidak berkenaan Menulis empat esei berdasarkan soalan yang diberikan oleh pemeriksa (i) Memorandum (ii) Minit mesyuarat (iii) Kertas cadangan (iv) Surat kiriman rasmi 14/4/ /4/2014 Penghantaran dan penyemakan Menerima, menyemak, dan menilai penulisan esei memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi yang dihantar oleh calon persendirian individu Menghantar memorandum, minit mesyuarat, kertas cadangan, dan surat kiriman rasmi kepada pemeriksa untuk disemak 18

19 Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan 14/4/ /5/2014 Penghantaran markah esei kepada MPM Menghantar markah calon kepada MPM melalui perisian e-submission Tidak berkenaan Penyelarasan PBS oleh KPK Mengemukakan sampel penulisan esei untuk penyelarasan markah oleh KPK Tidak berkenaan Sampel mestilah terdiri daripada penulisan esei calon yang dipilih oleh KPK. Jun 2014 Oktober 2015 Penyimpanan evidens Menyimpan evidens penulisan esei calon di JPN yang ditetapkan dari tarikh penghantaran markah melalui e-submission tarikh keputusan STPM diumumkan Tidak berkenaan 5 FORMAT PENULISAN (i) Panjang esei yang dihasilkan mestilah antara patah perkataan. (ii) Esei mestilah ditulis dengan menggunakan tulisan tangan. 6 STRUKTUR PENULISAN Penulisan esei oleh calon hendaklah mengikut format yang ditetapkan oleh MPM. (Rujuk Format dan Contoh Penulisan Esei Berformat PBS Bahasa Melayu) 19

20 7 PENSKORAN Skema Pemarkahan Esei Berformat (i) Skema pemarkahan laporan, syarahan, ceramah, teks ucapan, dan memorandum Perkara Kerelevanan Pendahuluan (2) Isi (12) Kesimpulan (2) Markah 16 Pengolahan 3 Bahasa 6 Jumlah 25 (ii) Skema pemarkahan minit mesyuarat Perkara Ketepatan format dan kandungan Tajuk Tarikh/Hari/Masa/Tempat Kehadiran 1.0 Ucapan 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat 3.0 Perkara Berbangkit 4.0 Perbincangan Aktiviti/Mesyuarat 5.0 Hal-hal Lain 6.0 Penangguhan/Penutup Mesyuarat Tandatangan (1) (1) (1) (3) (1) (2) (6) (2) (1) (1) Markah 19 Bahasa 6 Jumlah 25 20

21 (iii) Skema pemarkahan kertas cadangan Perkara Ketepatan format dan kandungan Muka depan Pengenalan Objektif Rasional Tarikh/Hari/Masa/Tempat Peserta/Tetamu/Penceramah Program Tentatif Kewangan AJK Penutup Tandatangan (1) (2) (3) (3) (1) (1) (2) (2) (1) (2) (1) Markah 19 Bahasa 6 Jumlah 25 (iv) Skema pemarkahan surat kiriman rasmi Perkara Markah Ketepatan format dan kandungan 19 Nama dan alamat pengirim (1) Garis panjang (1) Nama dan alamat penerima Untuk perhatian (opsyenal) Rujukan/Tarikh (1) Rujukan kehormat (1) Tajuk surat (1) Pendahuluan surat (2) Isi surat (6) Perenggan penutup surat (2) Penamat surat/cogan kata (1) Pengakuan pengirim (1) Tandatangan dengan nama dan jawatan pengirim (1) Bahasa 6 (1) Jumlah 25 21

22 8 BORANG YANG DIGUNAKAN Terdapat tiga jenis borang yang digunakan, iaitu (i) Muka hadapan kerja kursus (Lampiran 1) (ii) Borang perakuan calon (Lampiran 2) (iii) Borang rumusan markah kerja kursus calon (Lampiran 3) 22

23 Lampiran 1 MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2014 PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) PENGGAL 2 TAHUN 2014 MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA MELAYU 4 (910/4) FORMAT ESEI NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON NAMA GURU/PEMERIKSA TANDATANGAN GURU/PEMERIKSA TARIKH MARKAH 23

24 Lampiran 2 BPC SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Borang Perakuan Calon Mata pelajaran: Bahasa Melayu Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama-sama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan. Nama Calon... No. Kad Pengenalan Calon... Angka Giliran Calon... Nama Sekolah/Pusat PBS Calon... Makluman kepada Calon: Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan semua kerja kursus (kerja projek) Bahasa Melayu (910) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah (untuk calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan). Tandatangan Calon... Tarikh... Perakuan oleh Guru/Pemeriksa: Saya mengesahkan bahawa semua kerja kursus (kerja projek) Bahasa Melayu (910) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus (kerja projek) calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus (kerja projek) tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa... Nama Guru/Pemeriksa... Tarikh... 24

25 Lampiran 3 BRMKKC SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA... BAHASA MELAYU (910/4: PENULISAN ESEI BERFORMAT) BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON Nama Calon :... No. Kad Pengenalan : Angka Giliran : Format/Kriteria penilaian 1. Laporan 2. Syarahan 3. Ceramah 4. Teks ucapan 5. Memorandum Format/kriteria penilaian 6. Minit mesyuarat 7. Kertas cadangan 8. Surat Kiriman Rasmi Penilai Guru/pemeriksa Penyelaras Guru/pemeriksa Penyelaras Guru/pemeriksa Penyelaras Guru/pemeriksa Penyelaras Guru/pemeriksa Penyelaras Penilai Guru/pemeriksa Penyelaras Guru/pemeriksa Penyelaras Guru/pemeriksa Penyelaras Kerelevanan [16] Ketepatan format dan kandungan [19] Pengolahan [3] Bahasa [6] Bahasa [6] Jumlah [25] Jumlah [25] PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa: Nama :.... No. Kad Pengenalan : Tarikh :... No. Telefon (sekolah) : (bimbit) : PENGESAHAN PENYELARAS Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Penyelaras: Nama : No. Kad Pengenalan : Tarikh :... No. Telefon (sekolah) : (bimbit) : Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan oleh MPM. 25