RESOLUSI SIMPOSIUM SIYASAH SYARI IEYAH DALAM KONTEKS PERADABAN POLITIK MASA KINI SERI PASIFIC HOTEL, KUALA LUMPUR 29 MAC 2018

Ukuran: px
Mulai penontonan dengan halaman:

Download "RESOLUSI SIMPOSIUM SIYASAH SYARI IEYAH DALAM KONTEKS PERADABAN POLITIK MASA KINI SERI PASIFIC HOTEL, KUALA LUMPUR 29 MAC 2018"

Transkripsi

1 RESOLUSI SIMPOSIUM SIYASAH SYARI IEYAH DALAM KONTEKS PERADABAN POLITIK MASA KINI SERI PASIFIC HOTEL, KUALA LUMPUR 29 MAC 2018 Para peserta Simposium Siyasah Syari ieyah Dalam Konteks Peradaban Politik Masa Kini amat berterima kasih kepada pihak penganjur atas kejayaannya mengendali dan menguruskan simposium ini sehingga boleh dijadikan titik permulaan kepada penyelesaian beberapa kemelut politik yang berlaku di Malaysia pada masa kini dan seterusnya menyumbang kepada pembinaan peradaban Islam pada masa hadapan. Justeru, berdasarkan kepada kesedaran dan keinsafan yang mendalam mengenai peri pentingnya ayat al-quran surah an-nisa ayat 59 yang menyeru: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (an-nisa :59) Maka kami yang bersidang dalam Simposium Siyasah Syari ieyah Dalam Konteks Peradaban Politik Masa Kini pada hari ini, 29 Mac 2018 bertempat di Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur berpandangan adalah perlu dikaji dengan serius resolusi-resolusi yang dihasilkan ini. Resolusi-resolusi tersebut ialah: 1. Kaedah siyasah syari ah merupakan pendekatan terbaik dalam menyelesaikan masalah kehidupan masyarakat dan bernegara. Maka dalam menentukan setiap keputusan yang berhubung dengan 1

2 permasalahan umat Islam dan hubungannya dengan bukan Islam, hendaklah dilaksanakan menerusi proses ijtihad (perundingan) secara ilmiah, dengan mengambil kira faktor sejarah dan sumber-sumber keputusan-pendahulu (precedent) atau kepentingannya kepada masyarakat secara meluas (kemaslahatan ummah); 2. Peranan siyasah syari ah sebagai institusi dalam penetapan syariat hendaklah diiktiraf dan disesuaikan dengan pelbagai bentuk sistem politik yang diguna pakai oleh sesebuah negara dan ianya hendaklah dilaksanakan secara berkesan oleh badan-badan penyelaras legitimasi agama Islam di peringkat kebangsaan secara harmoni dan diterima sebagai keputusan bersama. Misalnya penentuan had hukum terhadap sesuatu kesalahan yang melibatkan umat Islam, agar ia tidak menampakkan perbezaan ketara atau perbezaan tafsiran yang boleh mengelirukan masyarakat awam; 3. Setiap tindakan untuk mencari keputusan bersama menerusi proses ijtihad dalam kerangka siyasah syari ah hendaklah didokumentasikan secara lengkap bagi memudahkan proses penambahbaikan peraturan atau usaha menjaga keharmonian beragama dan masyarakat Islam pada masa hadapan selaras dengan keperluan dan permasalahan yang muncul kemudiannya. Selain tidak berkompromi dengan perkara yang menyentuh asas akidah dan ketetapan yang terkandung di dalam al-quran dan as-sunnah serta kefahaman ideologi Ahli Sunnah Wal Jamaah; 4. Sebarang bentuk desakan, cubaan ataupun kritikan bersifat destruktif ke atas institusi-institusi Islam hendaklah ditolak atau dihalang berdasarkan pertimbangan legitimasi undang-undang dan fakta yang sahih manakala kumpulan-kumpulan pendesak yang terbabit hendaklah dipanggil untuk berunding dan dijernihkan pemikirannya 2

3 berdasarkan pendekatan menang-menang dan bukannya meneruskan serangan terbuka ; 5. Dalam tradisi siyasah (politik) Islam, sebagaimana berlaku selepas kewafatan Rasulullah SAW, perundingan untuk mencari satu keputusan yang tepat dibuat berdasarkan konsep syura atau musyawarah. Setelah keputusan bersama diperoleh, sebarang tindakan menentang atau tindakan mempersoalkan keputusan yang telah dibuat hendaklah ditolak kerana tindakan tersebut ternyata tidak menghormati dasar atau peraturan tanggungjawab bersama sebagaimana telah dirakamkan dalam doktrin politik Sunni selain boleh mengancam kestabilan sesebuah masyarakat dan negara ; 6. Tujuan terbentuknya sesebuah pemerintahan negara ialah kemaslahatan ummah dan setiap tindakan yang dibuat atau dilaksanakan untuk memenuhi tuntutan tersebut hendaklah disokong oleh masyarakat awam kerana Islam tidak bercanggah dengan hak asasi dan prinsip kebebasan dengan syarat, apa yang diperjuangkan itu tidak bertentangan dengan ketetapan akidah atau konsep tauhid; 7. Islam bukanlah ciri-ciri budaya tetapi Islam adalah cara hidup yang holistik, maka sebarang percubaan untuk memisahkannya dengan kehidupan seseorang Muslim wajib ditolak dan disekat menerusi jihad intelektual atau proses-proses ilmiah dengan bersandarkan fakta sejarah, petunjuk dari al-quran dan Hadis. Manakala perkara-perkara yang tidak ditetapkan secara jelas wajar diputuskan bersama secara institusional (musyawarah), bukannya oleh individu-individu tertentu sahaja; 8. Usaha untuk mengorientasikan politik Islam kepada kekuasan mutlak wajar ditolak oleh seluruh masyarakat awam. Dalam Islam, tidak wujud 3

4 konsep personality cult ataupun kultus peribadi yang melihat seseorang itu keramat, kebal dan maksum. Ia bertentangan dengan prinsip Tauhid, iaitu membebaskan manusia dari tirani kerana seseorang tirani sentiasa menentang atau mempersendakan hukum Allah SWT. Budaya politik sedemikian hanya membawa kepada penutupan pintu ijtihad dan pemikiran jumud ; 9. Dalam Islam, tidak ada konsep manusia spiritual seperti tokoh rahib yang hanya mementingkan perkara-perkara ritual dan seremonial semata-mata. Oleh itu, apa yang diatur sebagai dimensi kehidupan bermoral atau masyarakat madani dalam pandangan politik moden hendaklah ditolak sepenuhnya kerana kehidupan politik masyarakat Islam tidak terputus dengan kehidupan di akhirat, ia wajib diuruskan secara sempurna dan terbaik sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang luas dan menjiwai roh hamba Allah (menjaga agama dan mengatur urusan dunia); 10. Politik Islam bertindak atas prinsip keadilan dan kebenaran bagi mencapai objektif negara maslahah. Maka selagi pemerintah mengamalkannya, selagi itulah ia wajib ditaati. Menjatuhkan pemimpin yang melaksanakan keadilan berdasarkan legitimasi undang-undang untuk menjaga kesejahteraan rakyat adalah satu tindakan yang zalim dan boleh menghancurkan proses pembinaan sesebuah peradaban; 11. Sejarah penderhakaan kepada pemerintah dalam Islam bermula dari kemunculan golongan Khawarij dan golongan ini sentiasa hidup dalam masyarakat hingga kini. Maka adalah menjadi kewajiban kepada setiap institusi agama dan pemimpinnya untuk menolak golongan ini dari terus merosakkan kehidupan masyarakat Islam sebagaimana pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak 4

5 mengharuskan penderhakaan kepada ketua-ketua negara sekalipun mereka melakukan kesalahan, mendoakan keburukan ke atas seseorang dan tidak menarik kesetiaan. Mentaati pemerintah adalah sebahagian daripada kewajipan taat kepada Allah selagi tidak menyuruh kepada budaya maksiat; 12. Suatu penilaian yang berhemah dan berhati-hati perlu dibuat dalam menilai semula bahan-bahan tulisan yang dikenalpasti memiliki ciri-ciri menyebelahi fahaman Khawarij. 13. Islam yang datang dan kemudian menjadi anutan umumnya masyarakat Melayu di Nusantara adalah Islam Sunni Syafie. Islam di Nusantara dapat berkembang dengan baik kerana peranan yang dimainkan oleh pihak istana dan serta sokongan padu mereka dalam usaha penyebaran dakwah islamiah. Justeru, Institusi Diraja perlu terus dipertahankan demi kemaslahatan ummah. Mengganti atau menghilangkannya dari sistem kenegaraan hanya mendatangkan kemudaratan kepada semua; 14. Orang Melayu, sama ada di Malaysia atau keseluruhan wilayah nusantara adalah begitu ketat dalam memelihara sikap kemazhabannya maka untuk memugarkan sikap bermazhab itu hendaklah dilaksanakan program pendidikan yang berterusan, pembudayaan ilmu-ilmu Islam dari perspektif Mazhab Syafie dengan pembinaan kurikulum, modul kursus dan wacana ilmiah melalui terjemahan, saduran dan penulisan semula kitab-kitab kuning bersesuaian dengan masyarakat masa kini, terutamanya dalam bahasa yang mudah difahami dan popular ilmiah; 15. Institusi-institusi agama dan dakwah perlu menerbitkan wacana peradaban Islam dalam konteks masa kini bagi memberikan kesedaran selain meningkatkan perlibatan golongan muda untuk 5

6 memahami Islam dalam konteks yang lebih luas dan holistik, bukannya terkucil dalam bidang ritual dan seremonial agama (fardu ain) semata. Ia hendaklah dikembangkan dalam konteks bermasyarakat, dan pengupayaan diri untuk berubah kepada lebih maju dan menonjol dalam perspektif muamalah; 16. Sebagai kerajaan yang memerintah, membentuk dasar dan melaksanakan pembangunan fizikal, peruntukan yang mencukupi hendaklah diberikan kepada Institusi Islam bagi membolehkannya menjernihkan asas pemikiran ummah agar tidak mudah terpengaruh dengan penerobosan ideologi yang bertentangan dengan falsafah politik dan kenegaraan Islam pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah; 17. Bagi membolehkan kerangka siyasah syari ah menjadi sebuah model penting dalam prinsip pemerintahan Islam, institusi-institusi Islam hendaklah sentiasa berusaha melaksanakan kajian berterusan dalam aspek metodologi, pendokumentasian, rasional hukuman dan memperkembangkannya sebagai budaya ilmiah yang wajib dipelajari dipelbagai peringkat pendidikan bukan sahaja oleh seluruh pelajar Islam bahkan keseluruhan pelajar yang mengikuti sistem pendidikan kebangsaan tanpa pengecualian; 18. Bagi memastikan tanggungjawab dan amanah sebagai khalifah di muka bumi ini, dapat dilaksanakan dengan baik setiap Muslim perlu dididik dn diberikan latihan secara total melalui sistem pendidikan yang memberikan penekanan terhadap hal ehwal peradaban Islam. Peradaban masa depan dikatakan sedang dibina oleh peradaban Islam, maka untuk membina kerangkanya seluruh umat Islam Nusantara wajib berganding bahu untuk sama-sama menyumbang, bekerjasama secara harmoni tanpa ada sikap jumud ilmu dan jumud budaya. Sejarah 6

7 peradaban Islam pada suatu ketika telah berjaya menyumbang kepada kesejahteraan manusia sejagat tetapi hari ini, umat Islam sedang dilemahkan oleh kesejahteraan yang pernah lahir dari jiwa Islam hanya kerana umat Islam tidak menunjukkan solidariti yang kuat dan saling mengkhianati sesama Islam atas keinginan hegemonik dan perspektif keunggulan sendiri. Dan, dari sinilah kita sepatutnya berusaha merobohkan tembok penghalang, bukan menjadikan perbezaan sebagai halangan penyatuan kerana Islam adalah cara hidup yang selamat dan sejahtera untuk seluruh penghuni alam, membangun kerahmatan hidup di dunia dan akhirat. 7

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS)

7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA (BPMS) 7 CIRI BUDAYA POLITIK MATANG SEJAHTERA () 1 POLITIK BERTUNJANG PRINSIP POLITIK DAKWAH & AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR 3 POLITIK PENYELESAIAN BERASASKAN ISLAM POLITIK UTAMAKAN RAKYAT 5 4 POLITIK DAMAI & DIPLOMASI

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah TASAWWUR ISLAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sukatan Pelajaran TASAWWUR ISLAM 2000 RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung citacita hendak mencapai perpaduan yang

Lebih terperinci

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan. Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam. Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika BAB 2 : PERBEZAAN ANTARA AKHLAK, MORAL DAN ETIKA HASIL PEMBELAJARAN Menerangkan kepentingan akhlak dalam kehidupan Menerangkan ciri-ciri akhlak Islam Menjelaskan perbezaan antara akhlak, moral dan etika

Lebih terperinci

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan

BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN. Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan BAB LIMA KESIMPULAN DAN SARANAN 5.1 PENGENALAN Berdasarkan kepada keseluruhan hasil kajian yang diperolehi, bab ini akan membincangkan kesimpulan dan saranan-saranan kepada pihak-pihak yang berkaitan bagi

Lebih terperinci

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh

BAB 6 PENUTUP. juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh BAB 6 PENUTUP 6.1 KESIMPULAN Bab ini merupakan rumusan secara menyeluruh ke atas kajian ini. Di samping itu juga, ia akan menjawab beberapa persoalan yang timbul daripada objektif kajian. Oleh yang demikian,

Lebih terperinci

Guru Madrasah Aljunied PIAGAM KESEDERHANAAN DALAM BERAGAMA Berikut adalah pendirian yang perlu diambil bagi menjamin kesederhanaan dalam dakwah: 1. Kita beriltizam untuk menghormati prinsip-prinsip

Lebih terperinci

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam.

Marilah sama-sama kita bersatupadu dan mengetepikan apa jua fahaman politik demi mempertahankan kesucian dan keagungan Agama Islam. KENYATAAN MEDIA MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA MENGENAI ISU TUNTUTAN COMANGO DAN PELABURAN ASN DAN ASB Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Lebih terperinci

"PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR"

PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR "PEMIMPIN ADIL NEGARA MAKMUR" Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-nya dan meninggalkan segala larangan-nya. Kepimpinan di

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN MORAL 2000 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN

Lebih terperinci

Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman

Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman Prof. Madya Dr. Arieff Salleh bin Rosman Felo Penyelidik Fatwa Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) - JAKIM / Dekan Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi

Lebih terperinci

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan

Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa. Muhammad Haniff Hassan Melahirkan Pendakwah Yang Berwibawa Muhammad Haniff Hassan Pendahuluan Tidak syak lagi tarbiyah dan pembangunan sumber manusia adalah unsur yang penting dalam kerja Islam. Namun rasa kepentingan seharusnya

Lebih terperinci

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M

19/03/ Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M 1 0 Digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 622M 0 Merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia 0 Mengandungi 47 fasal yang terbahagi dua. 0 23 fasal tersebut membicarakan tentang hubungan umat

Lebih terperinci

KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM

KONSEP SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM KOD KURSUS : CTU 211 SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM TA ARUF SILIBUS KURSUS RANCANGAN PENGKULIAHAN SEPANJANG SEMESTER JULAI-NOVEMBER 2007 SKIMA PEMARKAHAN CTU 211 ESSEI = 15% PEMBENTANGAN = 10 % UJIAN = 15 %

Lebih terperinci

BAB 6: ETIKA KRISTIAN

BAB 6: ETIKA KRISTIAN BAB 6: ETIKA KRISTIAN Konsep tritunggal yang menjadi asas kepada kepercayaan agama Kristian terdiri daripada perhubungan tiga hala antara Tuhan dan manusia. Agama Kristian Agama Kristian adalah agama monotheis

Lebih terperinci

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.)

RUKUN NEGARA. B.006(B.M) Januari 2013 (100.) Diterbitkan oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara Jabatan Penerangan Malaysia Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Laman Web : www.penerangan.gov.my Portal : pmr.penerangan.gov.my E-mel :

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 PENGENALAN Wakaf sebagai sebuah institusi sosioekonomi telah dibangunkan dan berkembang sehingga berfungsi sebagai sumber pembiayaan dalam pembangunan masyarakat Islam.

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan

Lebih terperinci

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis:

Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran. Sinopsis: Pembangunan modal insan menurut perspektif Al Quran Sinopsis: Pembangunan modal insan menurut al Quran adalah pembangunan yang melihat insan sebagai watak terpenting dalam sesebuah pembangunan. Pembangunannya

Lebih terperinci

METODOLOGI KEPIMPINAN MENURUT AL-QUR AN. Ahmad Tarmizi Bin Zakaria Universiti Selangor ABSTRAK

METODOLOGI KEPIMPINAN MENURUT AL-QUR AN. Ahmad Tarmizi Bin Zakaria Universiti Selangor ABSTRAK METODOLOGI KEPIMPINAN MENURUT AL-QUR AN Ahmad Tarmizi Bin Zakaria Universiti Selangor ABSTRAK Kepimpinan yang baik dan disenangi sentiasa menjadi impian dalam manamana organisasi atau institusi dalam masyarakat.

Lebih terperinci

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia

Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia Pengaruh Pengetahuan Agama ke Atas Amalan Agama dan Gaya Hidup Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia Ahmad Johari Bin Hj Sihes, Abdul Rahim Bin Hamdan, Jamaluddin Bin Ramli dan Nor Salis Bte Samingan

Lebih terperinci

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan

BAB 5 KESIMPULAN. kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan BAB 5 KESIMPULAN 5.1 PENGENALAN Bab kelima ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian ini. Dalam bab ini, kesimpulan akan dibuat terhadap kajian kitab Tafsir Quran Marbawi beserta ketokohan al-marbawi

Lebih terperinci

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAKULTI PENGAJIAN ISLAM HHHC9401 KEMAHIRAN NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME SET 14 KONSEP ETIKA DAN MORAL DISEDIAKAN OLEH: FATIMAH BINTI HUSSIN A 144901 DISEDIAKAN

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

Lebih terperinci

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN

PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN PERANAN GURU SEBAGAI PEMBINA MODAL INSAN Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat.

Lebih terperinci

KONSEP ILMU DAN PENDIDIKAN SEPADU

KONSEP ILMU DAN PENDIDIKAN SEPADU KONSEP ILMU DAN PENDIDIKAN SEPADU 1. KONSEP ILMU 1.1 Ilmu dari Allah dan Sepadu 1. Ilmu daripada Allah S.W.T, ditanzilkan kepada rasul-rasul pilihan dan melalui alam ciptaan-nya, termasuklah manusia, yang

Lebih terperinci

sepenuhnya modeniti, sebaliknya cuba mengubahsuai ciri-ciri modeniti untuk

sepenuhnya modeniti, sebaliknya cuba mengubahsuai ciri-ciri modeniti untuk Bab 8: Kesimpulan Malaysia adalah sebuah negara yang sedang pesat menuju ke arah kemodenan. Modenisasi yang berlaku menyebabkan timbulnya pelbagai cabaran khususnya kepada masyarakat Malaysia yang majoritinya

Lebih terperinci

BAHAGIAN A (20 markah)

BAHAGIAN A (20 markah) 5226/1 BAHAGIAN A (20 markah) Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B. Jawab semua soalan Bahagian A dan Bahagian B 1. Allah s.w.t. berkuasa memberi sesuatu mengikut kehendaknya

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN MORAL 2000 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Sukatan Pelajaran PENDIDIKAN

Lebih terperinci

PENDAHULUAN CTU261 19/05/2014. Menghuraikan kepentingan fiqh awlawiyyat dalam pembangunan habitat dan pengurusan alam sekitar.

PENDAHULUAN CTU261 19/05/2014. Menghuraikan kepentingan fiqh awlawiyyat dalam pembangunan habitat dan pengurusan alam sekitar. Fatimah Hamrie CTU 261 ISLAM DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR PENDAHULUAN HASIL PEMBELAJARAN KANDUNGAN Menghuraikan kepentingan fiqh awlawiyyat dalam pembangunan habitat dan pengurusan alam sekitar Definisi

Lebih terperinci

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH )

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH ) PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5 TAHUN 2017 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA ( KEDAH ) MODUL 1 TASAWWUR ISLAM KERTAS 2 ( 5226/2 ) Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Lebih terperinci

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001

TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001 TEKS UCAPAN DATO' SERI DR SITI HASMAH BINTI HAJI MOHD ALI MENARA PERKESO, KUALA LUMPUR SIMPOSIUM KERJAYA ORANG KURANG UPAYA 12 MAC 2001 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

Lebih terperinci

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena

TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI. Sempena TEKS UCAPAN YAB DATO SERI AHMAD ZAHID HAMIDI TIMBALAN PERDANA MENTERI Sempena MAJLIS PELANCARAN BUKU NEGARA MASLAHAH DALAM KONTEKS MALAYSIA Karya Tan Sri Datuk Seri Alies Anor Abdul Pada 17 APRIL 2017

Lebih terperinci

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin

Objektif. Topik yang akan dipelajari SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM. Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin SIMPOSIUM 2015 METODOLOGI PENGELUARAN HUKUM DALAM ISLAM Ciri-Ciri Syariat Islam Ustaz Sayid Sufyan b Jasin Objektif Mengenali ilmu-ilmu yang diperlukan untuk mengeluarkan hukum dalam Islam. Menyatakan

Lebih terperinci

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi

Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi Kepelbagaian Budaya Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 102, kepelbagaian ialah perihal berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada abstrak atau konkrit yang boleh

Lebih terperinci

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN

POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN 1 POLISI KESAMARATAAN DALAM PERKHIDMATAN 1. TUJUAN 1.1 Polisi ini menjadi garis panduan kepada UTM untuk terus komited mengurus dan melaksanakan kesamarataan dalam

Lebih terperinci

BAB 16 SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM

BAB 16 SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM BAB 16 SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM Pendahuluan Islam adalah agama yang sering disalahtafsir oleh orang bukan Islam dan orang Islam Menyebabkan keunggulan Islam tidak terserlah dan indah s/a dari segi ilmiah

Lebih terperinci

Islam: pemikiran kenegaraan & pemerintahan. Sinopsis:

Islam: pemikiran kenegaraan & pemerintahan. Sinopsis: Islam: pemikiran kenegaraan & pemerintahan Sinopsis: Perbincangan yang dikemukakan dalam buku ini menyentuh aspek pemikiran politik kenegaraan Islam yang berbeza dengan corak pemikiran politik kenegaraan

Lebih terperinci

Nama Pelajar : Tingkatan : SMK PAYA BESAR KM 7 JALAN GAMBANG KUANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2013 TASAWWUR ISLAM. Kertas 1 Satu jam lima belas minit

Nama Pelajar : Tingkatan : SMK PAYA BESAR KM 7 JALAN GAMBANG KUANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2013 TASAWWUR ISLAM. Kertas 1 Satu jam lima belas minit Tasawwur slam Percubaan SPM 2013 1 1 / 4 Jam Nama Pelajar : Tingkatan : SMK PAYA BESAR KM 7 JALAN GAMBANG KUANTAN PEPERKSAAN PERCUBAAN SPM 2013 TASAWWUR SLAM Kertas 1 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 2 MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman,

Lebih terperinci

BAB 2 PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN DEFINISI AGAMA DEFINISI AGAMA. Manusia dan Agama (IDA 102) 1/10/2013. Maruwiah Ahmat 1

BAB 2 PENDAHULUAN PENDAHULUAN PENDAHULUAN DEFINISI AGAMA DEFINISI AGAMA. Manusia dan Agama (IDA 102) 1/10/2013. Maruwiah Ahmat 1 1 2 BAB 2 MANUSIA DAN AGAMA Pendahuluan Definisi agama Keperluan manusia kepada agama Agama samawi dan agama budaya Agama samawi dan kitab-kitab suci Kesimpulan Maruwiah Ahmat IDA 102 MANUSIA DAN AGAMA

Lebih terperinci

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS:

TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS: TEKS UCAPAN OLEH: Y.BHG DATO MOEHAMAD IZAT EMIR MAJLIS: BENGKEL ZAKAT PERNIAGAAN ANJURAN PERDASAMA DAN PUSAT PUNGUTAN ZAKAT MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN PADA: 24 MEI 2011 TEMPAT: DEWAN TUN HUSSEIN

Lebih terperinci

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4)

DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING. WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4) DIPLOMA PSIKOLOGI ISLAM DAN KAUNSELING WPK 1813 Motivasi dan Emosi (Minggu 4) Pensyarah Ustazah Dr Nek Mah Bte Batri PhD- Pendidikan Agama Islam (UMM) PhD Fiqh Sains & Teknologi (UTM) SINOPSIS - Modul

Lebih terperinci

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN. menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 PENDAHULUAN Bab ini membentangkan rumusan daripada analisis dapatan kajian untuk menjawab persoalan-persoalan kajian dan mengusulkan cadangan-cadangan untuk kajian akan datang.

Lebih terperinci

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah?

(a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota Makkah? Bab 5 Tingkatan 4 Esei 1.Nabi telah menguasai semula Kota Makkah pada tahun 630 M. (a) Apakah tujuan Nabi Muhammad membuka semula kota Makkah? ( 4 markah ) (b) Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota

Lebih terperinci

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah

Ulasan makalah. Wan Suhaimi Wan Abdullah Ulasan makalah Wan Zailan Kamaruddin Wan Ali, "Konsep Perbuataan Allah (AF'AL ALLAH) Dalam Pemikiran Islam: Pengaruh Dan Kesannya Kepada Pemikiran Umat Islam Di Malaysia", Dalam Jurnal Pengajian Melayu,

Lebih terperinci

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23:

Pertama : Menghormati kedua ibu bapa. Firman Allah SWT dalam surah al-isra' ayat 23: SALING MENGHORMATI Saling hormat-menghormati adalah salah satu sifat mahmudah atau sifat terpuji dalam Islam. Sifat saling hormat-menghormati ini harus ada kepada seseorang muslim yang mengaku beriman

Lebih terperinci

BAB 6 Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi

BAB 6 Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi BAB 6 Nilai Berkaitan Dengan Demokrasi Negara Malaysia adalah sebuah negara demokrasi. Rakyat diberi kebebasan untuk berucap, bergerak, berpersatuan dan menyuarakan pendapat, namun mestilah mengikut batasan

Lebih terperinci

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah

ASAS-ASAS ISLAM. Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah ASAS-ASAS ISLAM Agama Islam Iman & Taat Kenabian Pentafsiran Iman Ibadat-ibadat Agama & Syariah Hukum Syariah Agama lain Nama seseorang/umat Agama Masehi (Al-Maseh) Agama Budha (Gautama) Zarathustra (Zarathustra)

Lebih terperinci

2. THABAT (TETAP) CIRI2 KEISTIMEWAAN ISLAM 7. ALAMIYYAH (SARWAJAGAT)

2. THABAT (TETAP) CIRI2 KEISTIMEWAAN ISLAM 7. ALAMIYYAH (SARWAJAGAT) 1. RABBANIAH (KETUHANAN) 2. THABAT (TETAP) 3. MURUNAH (ANJAL) 4. WAQI IYYAH (REALISTIK) CIRI2 KEISTIMEWAAN ISLAM 5. TAWAZUN (KESEIMBANGAN) 7. ALAMIYYAH (SARWAJAGAT) 6. SYUMULIYYAH (LENGKAP) 8. WASATIYYAH

Lebih terperinci

LAPORAN MALAM CINTA RASUL

LAPORAN MALAM CINTA RASUL Nama : Mohd Ansari Bin Mohd Baseair No Matrik : A144754 LAPORAN MALAM CINTA RASUL Pengenalan Malam Cinta Rasul merupakan satu himpunan umat Islam untuk berselawat, berqasidah dan mengingati Rasulullah

Lebih terperinci

KONVENSYEN MEMPERKUKUH PASAK NEGARA: KE ARAH WASIAT LEBIH TERSURAT TARIKH : 5-6 OGOS 2017M / DZULKAEDAH 1438H TEMPAT : HOTEL MARRIOTT PUTRAJAYA

KONVENSYEN MEMPERKUKUH PASAK NEGARA: KE ARAH WASIAT LEBIH TERSURAT TARIKH : 5-6 OGOS 2017M / DZULKAEDAH 1438H TEMPAT : HOTEL MARRIOTT PUTRAJAYA KONVENSYEN MEMPERKUKUH PASAK NEGARA: KE ARAH WASIAT LEBIH TERSURAT TARIKH : 5-6 OGOS 2017M / 12-13 DZULKAEDAH 1438H TEMPAT : HOTEL MARRIOTT PUTRAJAYA 1 RESOLUSI KONVENSYEN MEMPERKUKUH PASAK NEGARA Ke Arah

Lebih terperinci

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini.

BAB LIMA KESIMPULAN. perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum ini. BAB LIMA KESIMPULAN 5.0 PENDAHULUAN Di dalam bab ini, Pengkaji akan mengemukakan kesimpulan yang diperolehi daripada perbahasan dan laporan analisis kajian yang telah dijalankan daripada bab-bab sebelum

Lebih terperinci

PENDAHULUAN CTU /08/2013. Menghuraikan kepentingan fiqh awlawiyyat dalam pembangunan habitat dan pengurusan alam sekitar.

PENDAHULUAN CTU /08/2013. Menghuraikan kepentingan fiqh awlawiyyat dalam pembangunan habitat dan pengurusan alam sekitar. 1 Maruwiah Ahmat CTU 263 ISLAM DAN PENGURUSAN PENDAHULUAN 2 HASIL PEMBELAJARAN KANDUNGAN Menghuraikan kepentingan fiqh awlawiyyat dalam pembangunan habitat dan pengurusan alam sekitar Definisi dan Konsep

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 STANDARD PRESTASI MATEMATIK TAHUN 1 Draf FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan

Lebih terperinci

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 Kertas 2 2 ½ Jam. Dua jam tiga puluh minit. Disediakan oleh; Tasawwur Islam Sesi 2015

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /2 Kertas 2 2 ½ Jam. Dua jam tiga puluh minit. Disediakan oleh; Tasawwur Islam Sesi 2015 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUARA TUANG, KOTA SAMARAHAN SARAWAK PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015 5226/2 Kertas 2 2 ½ Jam TASAWWUR ISLAM Dua jam tiga puluh minit 1. Kertas soalan ini

Lebih terperinci

BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri

BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri BAB 1 Nilai Berkaitan Dengan Perkembangan Diri Nilai berkaitan dengan perkembangan diri melibatkan nilai-nilai kepercayaan kepada Tuhan, amanah, bertanggungjawab, harga diri, hemah tinggi, toleransi, berdikari,

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 2

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 2 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID SEJARAH TINGKATAN 2 MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN SEJARAH Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai

Lebih terperinci

PENDAHULUAN FIQH AWLAWIYYAT DEFINISI FIQH AWLAWIYYAT KONSEP FIQH AWLAWIYYAT CTU /08/2013. Maruwiah Ahmat 1

PENDAHULUAN FIQH AWLAWIYYAT DEFINISI FIQH AWLAWIYYAT KONSEP FIQH AWLAWIYYAT CTU /08/2013. Maruwiah Ahmat 1 1 PENDAHULUAN 2 HASIL PEMBELAJARAN Menghuraikan kepentingan fiqh awlawiyyat dalam pembangunan habitat dan pengurusan alam sekitar KANDUNGAN Definisi dan Konsep Fiqh Asas-asas Pertimbangan Fiqh Bidang-bidang

Lebih terperinci

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. Mengenal pasti dan merangka strategi survival Melayu dan Bumiputera Menjelaskan strategi. Bumiputera fokus Malaysia.

PENGENALAN. Hasil Pembelajaran. Mengenal pasti dan merangka strategi survival Melayu dan Bumiputera Menjelaskan strategi. Bumiputera fokus Malaysia. KANDUNGAN BAB 7 7.1 7.2 7.3 7.4 Hasil Pembelajaran Mengenal pasti dan merangka strategi survival Melayu dan Bumiputera Menjelaskan strategi survival Melayu dan Bumiputera fokus Malaysia. 2 1 Definisi Survival

Lebih terperinci

DASAR PENGGUNA NEGARA (DPN)

DASAR PENGGUNA NEGARA (DPN) DASAR PENGGUNA NEGARA (DPN) KENYATAAN DASAR Dasar Pengguna Negara bertujuan menggalakkan keseimbangan hak dan tanggungjawab di kalangan dan di antara pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan dalam melaksanakan

Lebih terperinci

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1 BAB 1 KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN 1.1 Pengenalan Sejak hampir dua dekad yang lalu, beberapa kajian berkaitan penilaian selepas-dihuni (post-occupancy

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman,

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 MASALAH PEMBELAJARAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 MASALAH PEMBELAJARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 MASALAH PEMBELAJARAN MATLAMAT Matlamat Pendidikan Islam dalam Standard Prestasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan

Lebih terperinci

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil

BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN. Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil BAB LIMA RUMUSAN DAN CADANGAN 5.0 PENDAHULUAN Bab ini merupakan penutup bagi kajian yang dijalankan. Ia membincangkan hasil dapatan kajian yang diperoleh daripada analisis statistik deskriptif dan inferensi

Lebih terperinci

NO. SOALAN: 356 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) DEWAN RAKYAT BUKAN LISAN PERTANYAAN

NO. SOALAN: 356 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) DEWAN RAKYAT BUKAN LISAN PERTANYAAN PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KETIGA BELAS (2016) DEWAN RAKYAT NO. SOALAN: 356 PERTANYAAN BUKAN LISAN DARIPADA YB TUAN AHMAD MARZUK BIN SHAARY [BACHOK] SOALAN: Tuan

Lebih terperinci

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU

LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL. Semester I TUGASAN INDIVIDU LMCK 1621 ETIKA DAN PROFESIONAL Semester I 2016-2017 TUGASAN INDIVIDU NAMA : QHAIRUN IZZATY BINTI AZIZ NO MATRIK : A149099 SET KURSUS : 6 1. Apakah perbezaan antara adab dan etika? Adab adalah suatu istilah

Lebih terperinci

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK TAJUK 1 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK Sinopsis Tajuk ini memberi pendedahan mengenai konsep budaya dari aspek epistemologi dan takrifan yang merangkumi budaya kebendaan dan bukan kebendaan. Perbincangan

Lebih terperinci

KONSEP ILMU DAN PENDIDIKAN SEPADU

KONSEP ILMU DAN PENDIDIKAN SEPADU KONSEP ILMU DAN PENDIDIKAN SEPADU KONSEP ILMU Dalam Islam, ilmu sebenar datangnya daripada Allah S.W.T yang ditanzilkan kepada rasul-rasul pilihan dan melalui alam ciptaan-nya termasuklah manusia, yang

Lebih terperinci

KESIMPULAN DAN SARANAN

KESIMPULAN DAN SARANAN KESIMPULAN DAN SARANAN 5.1 Pengenalan Bab kelima ini akan merumuskan keseluruhan bab sebelum ini. Setiap bab dalam sesi penulisan ini mempunyai fungsi, peranan dan skop perbincangan tersendiri dalam memastikan

Lebih terperinci

PERJUANGAN DAN PENCAPAIAN UMNO telah ditubuhkan di dalam tahun 1946. Pada 1 lhb. Mei lalu UMNO telah mencapai usia 35 tahun. UMNO tel?h ditubuhkan bagi menggembeling tenaga Melayu untuk menumpas gagasan

Lebih terperinci

Pengenalan Takaful 45 BAB A3 PENGENALAN TAKAFUL

Pengenalan Takaful 45 BAB A3 PENGENALAN TAKAFUL Pengenalan Takaful 45 BAB A3 PENGENALAN TAKAFUL PENGENALAN Dalam zaman sebelum kedatangan Islam, adalah menjadi adat orangorang Arab pagan untuk membayar pampasan atau diyat, di mana penjenayah perlu membayar

Lebih terperinci

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci?

Kenapa kebencian? Apakah yang membuat seseorang itu membenci? HILANG KASIH SAYANG TIMBUL BENCI ISLAM sebagai ajaran lengkap dan menyeluruh dalam setiap aspek kehidupan manusia sejagat memiliki panduan yang ditetapkan Tuhan bagi menjamin kesejahteraan hidup umatnya

Lebih terperinci

TASAWWUR ISLAM KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit

TASAWWUR ISLAM KERTAS 2. Dua jam tiga puluh minit SULIT SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JABATAN PENDIDIKAN KELANTAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2017 Tasawwur Islam Kertas 2 Ogos 2017 2 ½ jam 5226/2 TASAWWUR ISLAM KERTAS 2 Dua jam tiga puluh

Lebih terperinci

Disediakan Oleh: Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor

Disediakan Oleh: Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor Disediakan Oleh: Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor Pada akhir slot ini, peserta akan : 1. Mengetahui ciri-ciri kemenjadian yang ingin dicapai melalui IHES 2. Menyedari kepentingan

Lebih terperinci

sanjungan di kalangan para pemimpin Islam dunia. BAB V PENUTUP Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Anchi di Miri.

sanjungan di kalangan para pemimpin Islam dunia. BAB V PENUTUP Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Anchi di Miri. 89 Menurut Tunku lagi, tokoh ini mempunyai perawakan yang lemah lembut, kuat bekerja dan mempunyai latar belakang agama yang kuat. Kejayaan tokoh ini dibidang dakwah di Sarawak, kata Tunku, mengkagumkan

Lebih terperinci

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda.

a) Adakah manusia biasa dapat mencapai tahap ihsan sepertimana para Nabi dan Rasul? Kemukakan pendapat anda. SOALAN ESEI (10 MARKAH) BAB 1 : ISLAM DAN KONSEP-KONSEP ASAS 1. Ihsan ditakrifkan dengan makna membuat sesuatu kebaikan dengan penuh keikhlasan kepada Allah Ta ala dan melakukannya secara tekun dan terbaik.

Lebih terperinci

TOPIK PERBINCANGAN. 2.2 Pandangan Semesta Tamadun Islam. 2.3 Konsep Tamadun Islam. 2.4 Sumber Tamadun Islam. 2.1 Pengenalan

TOPIK PERBINCANGAN. 2.2 Pandangan Semesta Tamadun Islam. 2.3 Konsep Tamadun Islam. 2.4 Sumber Tamadun Islam. 2.1 Pengenalan BAB 2 TAMADUN ISLAM TOPIK PERBINCANGAN 2.1 Pengenalan 2.2 Pandangan Semesta Tamadun Islam 2.3 Konsep Tamadun Islam 2.4 Sumber Tamadun Islam 2.8 Ciri-ciri Keistimewaan Tamadun Islam 2.7 Prinsip Tamadun

Lebih terperinci

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

Lebih terperinci

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU

DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MORAL TAHUN SATU 2010 Cetakan Pertama 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan keluar

Lebih terperinci

PAKATAN MURNI. Maksud Pakatan Murni

PAKATAN MURNI. Maksud Pakatan Murni PAKATAN MURNI Maksud Pakatan Murni Usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan kerjasama dan tolak ansur politik melalui rundingan Jalan untuk menyelesaikan tuntutan dan masalah yang tersendiri untuk

Lebih terperinci

Definisi Etika TAJUK 4 : ETIKA ISLAM DALAM SAINS & TEKNOLOGI. Etika Islam Dalam Sains & Teknologi

Definisi Etika TAJUK 4 : ETIKA ISLAM DALAM SAINS & TEKNOLOGI. Etika Islam Dalam Sains & Teknologi TAJUK 4 : ETIKA ISLAM DALAM SAINS & TEKNOLOGI Etika Islam Dalam Sains & Teknologi 4.1 Pengenalan Etika Maksud Etika Asas Etika Islam 4.2 Kepentingan Etika Islam Dalam Sains dan Teknologi Kepentingan Etika

Lebih terperinci

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform

BAB 8 : KESIMPULAN. kawasan bandar Jesselton (Kota Kinabalu) dalam kegiatan badan-badan beruniform BAB 8 : KESIMPULAN Kesedaran berpersatuan dalam kalangan kaum wanita di Sabah telah muncul dan bercambah sejak tahun 1950-an lagi menerusi penglibatan segelintir kaum wanita di kawasan bandar Jesselton

Lebih terperinci

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut.

BAB LIMA PENUTUP. pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus tersebut. BAB LIMA PENUTUP 5.1 Pendahuluan Bab ini menghuraikan rumusan tentang penemuan kajian dan cadangan-cadangan ke arah menjadikan Kursus Pendidikan Islam mempengaruhi terhadap cara hidup pelajar dalam semua

Lebih terperinci

GARIS PANDUAN PENTAKSIRAN BERASASKAN INTEGRATED HOLISTIC ASSESSMENT BOARD ( IHAB ) SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA NEGERI SELANGOR ( SAN )

GARIS PANDUAN PENTAKSIRAN BERASASKAN INTEGRATED HOLISTIC ASSESSMENT BOARD ( IHAB ) SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA NEGERI SELANGOR ( SAN ) GARIS PANDUAN PENTAKSIRAN BERASASKAN INTEGRATED HOLISTIC ASSESSMENT BOARD ( IHAB ) SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA NEGERI SELANGOR ( SAN ) 1. PENGENALAN Matlamat Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor ialah

Lebih terperinci

TINGKATAN : Disediakan oleh : Ust Safaee Zakaria GC Tasawwur Islam SMK Jelawat, Bachok, Kelantan

TINGKATAN : Disediakan oleh : Ust Safaee Zakaria GC Tasawwur Islam SMK Jelawat, Bachok, Kelantan NAMA : TINGKATAN : Disediakan oleh : Ust Safaee Zakaria GC Tasawwur Islam SMK Jelawat, Bachok, Kelantan Buku GLA Tasawwur Islam Tingkatan 5 PELAJARAN 1 ISLAM DAN HARTA Unit 1 Harta amanah Allah 2 Unit

Lebih terperinci

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur,

BAB 5 PENUTUP. telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur, BAB 5 PENUTUP 5.1 PENDAHULUAN Secara umumnya dalam kajian ini, teori dan konsep produk berstruktur Islam telah dibincangkan secara terperinci merangkumi latar belakang produk berstruktur, pembahagian produk

Lebih terperinci

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam

Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam Kepimpinan Mengikut Perspektif Islam Nik Karimah binti Nik Hassan Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands Kementerian Pendidikan Malaysia Kepimpinan merealisasikan tujuan hidup manusia di muka bumi

Lebih terperinci

CONTOH SOALAN IDA 152

CONTOH SOALAN IDA 152 CONTOH SOALAN IDA 152 BAHAGIAN A 1. Apakah faktor UTAMA kemajuan tamadun Islam? A Akidah Islam B Pemerintah Islam C Tentera Islam D Undang-undang Islam 2. Apakah dua sumber UTAMA tamadun Islam? A Al-Quran

Lebih terperinci

Tamadun Islam TITB113

Tamadun Islam TITB113 Tamadun Islam TITB113 Pengenalan Islam ialah risalah yang di bawa oleh semua Nabi dan Rasul sejak Nabi Adam A.S sehinggalah kepada Nabi Muhammad S.A.W. Makna Islam dari segi bahasa ialah tunduk, patuh,

Lebih terperinci

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN Di akhir kajian ini, penulis akan menarik beberapa poin-poin sebagai kesimpulan atas huraian-huraian yang telah dikemukakan. Di samping itu, penulis ingin mengajukan beberapa

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 3 MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman,

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2 MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL Pendidikan Moral di sekolah menengah adalah untuk membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab

Lebih terperinci

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN

BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN BAB 5 RUMUSAN DAN SARANAN 5.1 Pengenalan Hasil daripada kajian strategi membaca teks bahasa Arab dalam kalangan pelajar ini, pengkaji akan mengemukakan cadangan dan saranan dalam dua bentuk yang berbeza,

Lebih terperinci

Bab 3 ETIKA DAN POLITIK ORGANISASI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

Bab 3 ETIKA DAN POLITIK ORGANISASI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL Bab 3 ETIKA DAN POLITIK ORGANISASI FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL KOD KOD ETIKA ETIKA Etika berasal daripada perkataan Greek ethos yang bermakna watak atau adat resam. Adat resam masyarakat

Lebih terperinci

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh:

Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN. Cek Tak Laku. Program pendidikan pengguna oleh: Cek Tak Laku AKAUN ANDA DAN PERKHIDMATAN Cek Tak Laku Program pendidikan pengguna oleh: kandungan 1 Pengenalan 2 Cek tak laku bermakna sesuatu yang tidak diingini akan berlaku Bank Negara Malaysia dan

Lebih terperinci

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL Pendidikan Moral di sekolah menengah adalah untuk membentuk individu yang berakhlak mulia, bertanggungjawab

Lebih terperinci

//Perbicangan kita ditumpukan pada perkara-perkara berikut: //Pentingnya Pendidikan untuk kemajuan masyarakat Islam

//Perbicangan kita ditumpukan pada perkara-perkara berikut: //Pentingnya Pendidikan untuk kemajuan masyarakat Islam //Definisi Falsafah Pendidikan Islam: Sejumlah prinsip, kepercayaan dan premis yang diambil dari ajaran Islam atau sesuai dengan semangatnya serta mempunyai kepentingan terapan dan bimbingan dalam bidang

Lebih terperinci